Tekanan yang kuat setiap hari membuatkan ramai diantara kita tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes sendiri. Sebenarnya tidak salah jika ingin menginjakkan kaki ke dunia perniagaan. Itu sebaiknya.

Pun begitu jangan jadikan alasan kerja sebagai titik untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan sebaliknya kena tahu niat sebenar berbisnes. Takut jatuh terduduk!

Sebelum tekad untuk berhenti kerja, ada baiknya kita dengarkan nasihat daripada Tuan Norizan Sharif yang merupakan seorang usahawan di Bridgewater, New Jersey.


“Saya kini bekerja makan gaji dan bercadang untuk buat bisnes sepenuh masa. Apakah nasihat tuan?”

1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?

IKLAN

Niat Berhenti Kerja Dan Bisnes Sepenuh Masa,  “Keluarga Kena Sokong Baru Teruskan Niat, Usahawan Ni Kongsikan 10 Tip Berguna!

2. Pastikan keluarga anda sokong niat nak buat bisnes. Apabila anda buat bisnes, merekalah tempat anda mengadu dan minta sokongan. Anda mungkin bersedia, tetapi suami dan isteri serta anak-anak mungkin tak bersedia. Selesaikan itu dulu sebelum berhenti.

3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.

4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.

IKLAN

Niat Berhenti Kerja Dan Bisnes Sepenuh Masa,  “Keluarga Kena Sokong Baru Teruskan Niat, Usahawan Ni Kongsikan 10 Tip Berguna!

5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.

6. Mula downsizing sewaktu bekerja. Kurangkan perbelanjaan. Ikat perut. Biasakan hidup susah sewaktu bekerja. Lupakan hotel lima bintang atau penerbangan kelas bisnes. Mula makan di gerai, bukan coffee house. Apabila buat bisnes nanti tak susah sangat nak buat penyesuaian sekiranya bisnes tidak berkembang laju seperti yang diharapkan.

7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.

IKLAN

Niat Berhenti Kerja Dan Bisnes Sepenuh Masa,  “Keluarga Kena Sokong Baru Teruskan Niat, Usahawan Ni Kongsikan 10 Tip Berguna!

8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.

9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru
buat pinjaman.

10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI