Kucing putih jadi teman Norhamimah lawat kubur suami, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
Ibu lima anak itu berkata, Uteh asalnya kucing buangan yang tidak terurus namun menjadi gebu selepas Norhamimah memberi makan serta menyediakan tempat tidur buat haiwan itu dekat pondok di luar tanah perkuburan.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
Kanak-kanak normal pun boleh ada tanda-tanda autisme. Jangan terkejut dengan kenyataan ini ya ibu ayah.
Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku pada anak anda yang lahir normal sekiranya tidak dipantau sejak awal.
Autisme adalah spektrum simptom. Keseriusan penyakit ini boleh dikelaskan kepada beberapa tahap iaitu tahap terkawal (mild autisme), sederhana dan tahap membimbangkan dan ia bergantung kepada kesan simptom terhadap kehidupan harian pesakit.
Tiada tempoh tepat untuk mengesan simptom autisme terhadap anak-anak. Penyakit ini boleh dikesan sejak berusia beberapa bulan sehinggalah dewasa asalkan fasa perkembangan minda anak-anak dapat diperhatikan serta dinilai.
Terdapat juga situasi di mana bayi tersebut membesar seperti normal sehingga satu tahap, tetapi pembesaran bayi terbantut atau berlaku keadaan apabila kehilangan skil yang sebelum ini telah dipelajari.
Menurut penulis keibubpaan, Wawa Shauqi yang berkongsi isu tersebut di Facebooknya berikut antara tanda-tanda yang ibu bapa kena perhatikan pada anak masing-masing.
Antara tanda-tanda yang kita boleh lihat adalah :
Kalau saya belajar dengan para terapis, mereka pun akui, banyak kes kanak-kanak begini ni dirujuk pada mereka. Mula-mula ingatkan Autism. Rupanya bukan.
Keadaan ini kita panggil sebagai Virtual Autism. Sebahagian pakar menyebutnya sebagai Pseudo Autism.
Istilah “Virtual Autism” dicipta oleh ahli psikologi klinikal Romania Dr Marius Zamfir. Istilah ni merujuk kepada anak-anak yang punya tanda-tanda Autism. Tapi, mula menunjukkan perkembangan positif bila :
Saya suka dengan kata-kata Dr Putri Afzan Maria dalam satu temuramah.
“Tempoh kritikal untuk otak kanak-kanak berkembang dengan pesat adalah 1 hingga 6 tahun. Iaitu 90%”
“Tapi, disebabkan penggunaan gajet dan TV, kanak-kanak kurang peluang melakukan aktiviti fizikal, kurang terlibat dalam stimulasi sensori serta ketinggalan dalam aktiviti sosial, maka, perkembangan yang sepatutnya berlaku, tidak berlaku pada anak-anak ini.”
Sangatlah tepat.
Banyak kajian dah dibuat mengesahkan kesan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak.
1. Kesan terhadap EMOSI
Kanak-kanak kurang penyabar, mudah mengamuk dan susah ditenteramkan. Later in life, kanak-kanak ini mudah diancam kemurungan.
2. Kesan terhadap FIZIKAL
Tiada minat untuk bermain, masalah sensori seperti penggeli yang keterlaluan, gayat dan mudah muntah bila lakukan aktiviti fizikal, kekok bila pegang peralatan atau main menggunakan tangan dan sebagainya.
3. Kesan terhadap SOSIAL
Tak faham konsep giliran, tak boleh berkongsi, tak mampu berempati, tak mendengar arahan dan tak mampu bekerjasama dengan rakan sebaya.
4. Kesan terhadap AKADEMIK
Susah fokus, cepat penat menulis, mudah penat bila duduk lama, sukar urus diri dan sebagainya.
Buat mak ayah yang perasan ada sesuatu yang tak kena pada anak, bertindaklah. Bantu anak dengan serah pada tangan pakar yang boleh membantu.
Jangan takut anak dilabel tidak normal. Sebaliknya, fikirkan struggle yang mereka alami di kemudian hari kalau tak dibantu dari awal.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...