Malang tidak berbau. Siapa pun pasti tidak mahu terlibat dalam kemalangan apatah lagi sekiranya memandu bersama isteri dan bayi.
Pelakon kacak Ikmal Amry memuat naik gambar keretanya yang terpusing apabila dia sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada hari Sabtu di Instagram miliknya.
Menurut Ikmal atau nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, pada hari kejadian dia memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga jam 7 pagi sebelum pulang ke Melaka untuk menziarahi keluarganya.
Mimpi ngeri yang tak sanggup ku lalui terjadi. Pahit untuk ditelan,tapi pengalaman yg menjadi pengajaran.
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah. Simpan sini untuk kenangan. Maaf kepada yg terlibat.
Kereta yang dipandu Ikmal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan sehingga menyebabkan keretanya berpusing dan terbalik.
Mohon Maaf Kepada Yang Terlibat
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada hari Ahad, Iqmal membuat penjelasan berkenaan kemalangan tersebut.
“Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya gagahkan diri untuk terus memandu. Saya akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat,” katanya.
Bapa kepada seorang anak ini menjelaskan kemalangan itu bukan kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat selamat. Dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
Ads
“Syukur kpada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta MyVi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.
“Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicar, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan”, jelasnya.
Trauma Dengan Kemalangan
Sementara itu, Ikmal memberitahu dia sekeluarga masih trauma disebabkan kejadian tersebut.
Ads
“Saya dan keluarga masih trauma dengan kejadian semalam. Perkara yang terjadi bukan biasa. Soal nyawa dan keselamatan pemandu lain yang terlibat.
“Masih tak boleh saya lupakan apa yang berlaku,” katanya.
Selain Najla iaitu isteri Ikmal, turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah anak mereka yang bernama Cailie berusia lapan bulan.
Sebelum ini heboh pasangan ini bergaduh sehinggakan pelbagai spekulasi dibuat netizen. Hampir tiga bulan berlarutan akhirnya pasangan ini berdamai.
Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada isteri tersayangnya Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche.
Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya semalam. Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka.
“Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga.
“Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri. Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.
Zaman maju kini rtak dinafikan pelbagai jenis content dikongsikan di laman sosial masing-masing. Tak kira sama ada yang beri manfaat atau sebaliknya.
Baru-baru ini tular para anak muda dan remaja yang menunaikan solat dengam menjadikan kipas angin sebagai makmum.
Video-video tersebut memaparkan individu bujang yang berlakon seperti sedang menunaikan solat bersama pasangan mereka. Kononnya, trend ini dibuat kerana ingin merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.
Menurut Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak perkara tersebut merupakan satu perbuatan yang mempersendakan agama dan merupakan DOSA BESAR!
“Perbuatan mengejek agama ini haram perbuatannya dosa besar. Apatah lagi kalau dibuat dalam keadaan sedar bukan mabuk ketum maka perbuatan tersebut dilarang oleh agama. Kalau boleh kepada pihak jabatan agama, kalau perbuatan ini dilakukan di Malaysia boleh diambil tindakan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, menurut pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar ldrus berkata individu yang berlakon solat adalah HARAM kerana mereka seakan mempermainkan Islam yang mana berdosa besar seseorang itu jika mempersendakan agama.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya,” – (HADIS RIWAYAT ABU DAWUD)
“Berlakon solat adalah haram. Jika tunjuk cara sujud dengan budak-budak dibolehkan. Benda itu beza. Berlakon lain, dia berpura-pura sembahyang. Dia tidak tahiyat. Haram kerana bermain-main.
“Ada juga yang ambil gambar ketika sembahyang, menurut ulama perkara itu dibolehkan. Kalau ajar orang dibolehkan seperti seorang suami menegur isterinya ketika solat, perkara itu dibolehkan atas tujuan pembelajaran” kata Azhar menerusi sebuah klip video ceramah TikToknya.
Malah mereka berpendapat content sebegitu agak melampau selain akui tidak sangka ada segelintir umat Islam sanggup mempersendakan agama demi populariti semata-mata. Moga jadi peringatan kepada semua.
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Pengorbanan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini bukan semua mampu melakukannya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperiibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.