Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur

Kalau bercakap tentang jodoh dan perkahwinan, ia adalah rahsia Allah. Ada sebab mengapa dia menjadi pasangan kita.

Bahkan tiada siapa menyangka, kita akan bertemu jodoh dengan pasangan yang berlainan latar budaya. Bak kata orang kata, dari mata turun ke hati dan bermulalah cinta.

Tular perkongsian daripada akaun TikTok Farahwaheeda dengan video yang berdurasi 18 saat itu telah mendapat tontonan 2 juta itu membuatkan wargamaya terhibur.

Kata-kata sepontan ibunya yang tidak memahami percakapan besannya itu membuatkan wargamaya terhibur.

“Mak faham ker.”
“Sepatah habuk aku tak faham.”

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Artikel Berkaitan: “Macam Kakak Dengan Abang.” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Anak 6 Tetap ‘Maintain ‘, Buat Ramai Kagum

Artikel Berkaitan:‘Rezeki Kahwin Muda.’ 29 Tahun, Anak Dah 7 Orang, Ibu Muda Ini Luah Rasa Syukur, Percaya Setiap Anak Ada Rezeki.

Artikel Berkaitan:“Macam Tok Ti Masa Muda.” Bersemut Tengok Bella Dan Suami, Wargamaya Titip Doa

Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur

Video dirakam ketika kunjungan ibu bapa mentua adik bongsunya, Muhammad Izzuddin Md Ariffin, 28, di rumah ibunya dekat Kampung Bukit Badong, di sini, baru-baru ini.

Video itu memaparkan perbualan adiknya dengan mertuanya yang merupakan yang berasal dari negara Jepun ketika sedang menjamah hidangan. Sementelah itu, ibu pula dalam nada seloroh tidak memahami langsung perbualan mereka.

IKLAN

 

@farahwaheeda92mertua adik dari negara naruto datang 😄♬ bunyi asal – Farah Waheeda – FarahWaheeda92

 

Menurut Farah Waheeda, ibunya berbesan dengan mereka sejak dua tahun lalu selepas adik berkahwin dengan isteri warga Jepun (Kanari Khaleelah, 27).

“Hubungan emak dan besannya baik malah ada berhubung menerusi panggilan video.

“Kiranya, mereka tidak bertemu sebelum ini jadi emak beritahu dia agak gementar untuk jumpa besannya.

“Bagaimanapun, pertemuan itu berjalan dengan baik malah besan emak sangat ramah dan mereka cuba bersembang walaupun tidak faham bahasa masing-masing.”

 

ADIK JADI PENTERJEMAH

IKLAN

Menerusi video yang berlainan, kelihatan adiknya menjadi penterjemah dalam pertemuan antara ibu dan besannya.

“Emak ada belajar bahasa Jepun yang asas saja melalui ‘Google Translate’ seperti ungkapan selamat datang, apa khabar, jemput makan dan lain-lain yang ringkas saja.

“Mujurlah adik ada maka dia yang jadi penyelamat dengan menjadi penterjemah emak dan besannya.

“Seronok lihat kemesraan mereka dan sebagai tanda kenangan, emak dan besannya ada bertukar hadiah dengan satu sama lain. Besan emak juga menangis ketika bersalaman dengan emak sebelum pulang ke Jepun.”

 

 

@farahwaheeda92 Replying to @hanaraman ♬ bunyi asal – Farah Waheeda – FarahWaheeda92

 

 

IKLAN
@farahwaheeda92Mak dgn bapak bagi hadiah cenderahati untuk besan. Hari terakhir di negara Upin Ipin.. semoga diberi rezeki untuk bersua lagi ☺️♬ bunyi asal – Farah Waheeda – FarahWaheeda92

WARGAMAYA TERHIBUR AYAT SEPONTAN TAK FAHAM BAHASA JEPUN

Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur

 

Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur

Sumber: TikTok @farahwaheeda92 & Harian Metro

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bila Besan Orang Jepun Sepontan Cakap Tak Faham Bahasa Jepun, Bikin Wargamaya Terhibur