Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, menyambut kelahiran anak keempat mereka baru-baru ini.
Berita baik tersebut dimuat naik menerusi lama twitter pasangan DiRaja ini beserta sekeping gambar sekeluarga.
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini.
Dalam pada itu, laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut memuat naik berita yang mana baginda telah perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.
Ads
Puteri serta waris Tunku Mahkota Johor yang keempat ini dimaklumkan telah diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April 2021(Rabu).
Ads
TMJ dan Che’ Puan Khaleeda, berkahwin di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.
Dianggarkan sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit asma. Namun semakin ramai yang mengalami penyakit ini.
Asma boleh terjadi kepada kanak-kanak yang tiada sejarah asma di kalangan ahli keluarga. Kanak-kanak yang ada faktor genetik, selalunya ada masalah lain yang dialami bersama seperti eczema, alergik rhinitis dan acute sinusitis.
Antara faktor pencetus asma di kalangan kanak-kanak adalah:
1. Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
2. Asap rokok.
3. Perubahan cuaca.
4. Alahan pada habuk seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
5. Senaman yang agresif
6. Bau dari minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
7. Alahan makanan dan perasa tambahan makanan.
Ubat sintetik untuk asma yang selalu diberikan doktor terbahagi kepada 3 jenis:
Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit. Contoh Salbutamol.
Ubat Kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk. Contoh Cortocosteroid.
Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi berkaitan dengan ubat-ubatan yang diberikan.
Kawal asma elak lebih kronik
Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma adalah dengan mengetahui faktor pencetus asma. Dengan itu ia dapat dielakkan.
Pastikan anak-anak minum air kosong yang secukupnya. Berikan suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink, mengikut dos yang dicadangkan. Elakkan terlalu aktif di tengah panas atau berada lama di kolam renang.
Menurut perubatan moden, asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Semoga bermanfaat.
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat.
Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Ramai wanita mengadu bahawa mereka didatangi haid semula setelah putus haid beberapa tahun. Apabila mereka mengadu kepada suami, mungkin ramai yang pandang ringan, kerana persepsi ramai mengatakan normal haid datang semula setelah pencen.
Malah pernah dibincangkan dalam kitab pengajian agama pun banyak kali ditekankan bahawa keluar darah semacam haid itu normal walaupun sudah menopos.
Namun jika sekiranya persoalan diajukan kepada para doktor, semua akan menjawab, wajib buat pemeriksaan lanjut. Ahli perubatan akan mempersoalkan adakah wanita yang disahkan putus haid ini akan kembali haid semula? Ianya sesuatu yang agak mustahil kerana fisiologi seorang wanita yang putus haid akan kurang hormon kewanitaannya dan proses pengeluaran darah haid akan terhenti. Jika keuar apa-apa darah selepas menopos akan dikira sebagai darah yang perlu dikenalpasti puncanya. Jangan dipandang enteng isu ini.
Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid atau sebaliknya. Pendapat yang pertama adalah tempoh masa enam bulan ketiadaan kitaran haid boleh dilabelkan sebagai menopos. Manakala pendapat kedua menyatakan tempoh masa selepas satu tahun dari haid yang terakhir.
Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita.
Kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual dibawah menunjukkan umur kebanyakan wanita putus haid. Peratus ini hasil dari kajian ke atas wanita dipelbagai benua dan geografi.
Umur Putus Haid
(% wanita)
35—40 tahun
11.87%
40—45 tahun
25.97%
45—50 tahun
41.03%
50—55 tahun
14.58%
Sebelum 35 atau selepas 55 tahun
6.54%
Bagi wanita yang putus haid kurang dari 40 tahun diistilahkan sebagai Putus Haid Pra-matang (Premature Menopause)
Dari pembahagian di atas, majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah diantara 45 hingga 55 tahun. Tetapi median umur (Kebanyakan) putus haid adalah 52.4 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan.
Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya 5% wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid. Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan.
Darah penyakit ini berpunca dari beberapa sebab seperti dibawah:
1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan kuman.
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu. Bahan yang terdapat dalam ubatan herba mungkin mengandungi hormon tersembunyi atau terproses secara semulajadi.
3. Pengencutan vagina (Vagina Atropy) dan pangkal rahim kering menyebabkan senang terluka apabila bersenggama.
4. Pembengkakan rahim (Radang) tanpa sebab yang diketahui secara jelas. Mungkin perubahan tindakbalas badan dan hormon atau jangkitan kuman.
5. Perdarahan berpunca dari kanser Rahim, kanser pangkal rahim atau kanser Ovari (Kilang Telur).
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim. Apabila diganggu semasa hubungan intim bersama suami, perdarahan boleh meletus.
Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah Kanser. Lima hingga 10% perdarahan selepas putus haid adalah berpunca dari Kanser Rahim. Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui kanser rahim ini. Antara ujian yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah Ultra Sound sistem peranakan dan melakukan pensampelan peranakan wanita. Melalui kaedah ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.
Oleh yang demikian, doktor akan meletakkan diagnosa awalan kanser rahim kepada sesiapa sahaja wanita yang didatangi darah selepas putusnya haid (menopos). Pemeriksaan lanjut wajib dijalankan bagi mempastikan perdarahan itu bukan berpunca dari kanser atau sebaliknya. Setiap dari kita berhak untuk mendapatkan maklumat kesahihan dan pengesanan penyakit tersebut agar kita boleh bertindak cepat. Jika dibiarkan tanpa kecaknaan dari kita, diri kita sendiri akan menanggung derita.
Silalah datang ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Sekian nasihat dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.11.2018
Kuala Berang
Sumber: FB Dr Suhazeli Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.