Siapa sangka, bermula dengan mampu bayar zakat sebanyak RM7 setiap bulan sejak berniaga 15 tahun lalu, kini Pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri olehnya dalam satu entri baru di laman Instagramnya semalam.
“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor, dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.
“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan. Tetapi, saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ia menjadi satu semangat untuk saya kerja keras! Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Aliff turut meminta pengikutnya supaya mendoakan agar dia sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya… tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” tulisnya lagi.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Keadaan banjir di negeri pantai timur pada waktu ini di lihat semakin buruk, ia susulan hujan berterusan hingga ada beberapa kawasan telah dinaiki air bahkan ada sesetengahnya telah terputus hubungan.
Pun begitu idea kreatif yang dikongsikan oleh seorang penduduk di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal di sini mungkin boleh dijadikan inspirasi di masa akan datang. Hanya dengan menggunakan plastik sebagai benteng, dia berjaya mengelak limpahan air banjir memasuki ke kawasan kediamannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik laporan Sinar Harian, Suhaimi Mohamad, 50, berkata, idea asal itu dicetuskan oleh arwah bapa saudaranya kerana kediaman mereka sering ditenggelami air setiap kali musim tengkujuh.
“Buat benteng ini tidak sukar, hanya memerlukan plastik dan ia dipasang pada pagar rumah, kemudian disokong oleh papan dan batu bata bagi mengelakkan ia dihanyutkan air deras.
“Alhamdulillah setakat ini sudah tiga kali rumah kami terselamat daripada banjir,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, ramai yang terpegun dengan situasi tersebut sehingga pernah tular tahun lalu apabila hanya kediamannya sahaja tidak dilimpahi air.
Ujar Suhaimi terdapat lima buah rumah yang terlibat yang merupakan adik-beradiknya.
Katanya, banjir kali ini sedikit luar biasa apabila air deras dan banyak tidak seperti biasa.
Jika ada dokumen penting seperti surat beranak anak-anak, sijil nikah, buku bank, dokumen loan rumah atau kereta, polisi insuran dan sebagainya, di mana kita simpan semua itu ya?
Tentunya kita semua ada menyimpannya dengan baik, namun mungkin tidak terurus. Mungkin ada sebahagiannya disimpan di dalam fail, ada yang lainnya diletakkan di dalam laci, ada pula di dalam almari dan hakikatnya cara ini sukar untuk kita capai bila di dalam waktu kecemasan berlaku seperti kejadian banjir ketika ini.
Jadi apa kata kita ikut sepertimana yang dilakukan oleh Puan Wanda Safwan ini untuk rujukan.
“Antara benda yang saya bersyukur sangat sewaktu cemas dilanda banjir ialah semua dokumen penting saya dah disimpan di satu tempat.”
3-4 bulan lepas, memang selalu terfikir pasal nak kemaskan susun atur & juga pengumpulan dokumen-dokumen penting setempat.
Disamping prepping, pengurusan dokumen ni juga penting supaya senang kita nak capai & lari di waktu kecemasan.
Saya simpan semuanya di dalam 1 beg ni. Ruangan simpanan dia banyak, boleh simpan segala dokumen penting macam surat beranak anak, passport, geran kenderaan, S&P pembelian rumah, surat ar-Rahnu, polisi insurans dan apa saja dokumen penting yang perlu ada.
Sijil Degree saya & suami pun saya simpan dalam beg ni. Yelah just in case diperlukan nanti.
Masa air naik pukul 3am tu, saya terus capai beg ni dan semak balik apa yang ada di dalam. Kemudian saya terus masukkan ke dalam luggage untuk di bawa keluar nanti.
Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah dan letakkan di tempat yang senang capai.
Beg ni saya beli dulu direct dari China, tapi saya tengok kat shopee pun ada jual. Murah je RM15 harganya.
Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak etc.
Dengan 1 bag ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit cash di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti.
Mohon sharekan, semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan.
Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/wanda.safwan/posts/10222331934581346″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Puan Wanda Safwan [/su_button]
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.