Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah yang boleh digambarkan kepada betapa tegarnya seorang suami ini ‘melayan’ hobinya bercucuk tanam. Walau sedar ruang laman terhad, namun itu semua tidak menghalangnya menanam pelbagai jenis pokok. Semuanya dijaga rapi!
Hobinya menanam pokok-pokok tersebut tidak terhenti dijadikan untuk mengisi waktu senggangnya apabila berada di rumah. Malah dek kerana meminati aktiviti berkebun ini juga menyebabkan anak kelahiran Jerteh, Besut, Terengganu yang juga merupakan seorang cikgu, turut berkebun di sekolah!
Dia yang juga merupakan Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi (RBT) Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka, berkebun mampu mengurangkan tekanan dan menghilangkan segala masalah.
“Seronok bila melihat kejayaan orang lain dalam aktiviti bercucuk tanam. Selain mengisi masa lapang, ia juga mampu menjana pendapatan lumayan.
“Saya lihat ramai murid cukup suka pada bidang pertanian. Sebab itu, saya mulakan dengan projek tanaman terung terlebih dahulu. Sebanyak 100 polibeg pokok terung berjaya dihasilkan pada Penggal 1 2019. Alhamdullilah, sekolah mendapat RM1,000 bagi semusim,” katanya.
Berkebun Hilangkan Stres
Ads
“Bila berkebun, saya rasa seronok sangat. Apatah lagi, isteri dan anak-anak saya juga meminati hobi yang sama,” ujarnya.
Macam-macam pokok
Sehingga kini, pelbagai jenis pokok telah ditanam oleh cikgu kesayangan ramai ini. Antaranya, cili kulai 461, terung panjang, kubis, salad, sawi, kangkung dan tomato.
Ads
Turut ditanam, cili padi, bayam merah dan hijau, roselle, kunyit, bayam Brazil, oregano dan mulberry.
Menurutnya lagi, kebanyakan pokok yang ditanam, adalah untuk kegunaan sendiri.
“Cuma sejak kebelakangan ini, saya ada membuat jualan pokok, baja, benih, dan keperluan asas kepada komuniti di taman saya, iaitu Taman Bemban Heights, Melaka.
Ads
“Selain itu, ada juga permintaan daripada pasaraya di Jasin, Melaka,” jelasnya.
Tambah beliau, stok baja dan penjagaan kebun mini itu, mudah didapati dan senang dijaga kerana dia telah membina stor khas di rumah.
“Di stor berkenaan, saya menyimpan baja dan kelengkapan asas pertanian seperti benih, baja TPF, bio booster, racun serangga, takung hidroponik, pasu nutripot dan lain-lain lagi.
“Sangat senang bila kita memerlukan stok ini di masa akan datang,” katanya.
Alangkah bersyukurnya bila membayangkan suatu hari nanti bila usia kita mencecah 60 tahun ke atas, masih kekal sihat, bertenaga untuk tunai ibadah dengan sempurna dan tidak lelah melayan cucu-cucu. Bahagianya saat itu!
Pun begitu, sekadar berangan dan mengharap sahaja tanpa berbuat sesuatu tentunya hal ini tidak mudah terjadi. Apatah lagi berkenaan kesihatan, apa yang kita makan hari ini tidak dinafikan akan memberi kesan pada tahap kesihatan kita di masa akan datang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umpamanya melalui perkongsian Mardzi Abu Bakar ini, gemar makan ulam-ulaman dan makanan yang direbus menjadi antara petua yang diamalkan olehnya untuk kekal sihat meskipun kini telah berusia 109 tahun.
Wanita hebat ini dilahirkan pada 1913 dan diiktiraf sebagai wanita tertua di Kedah dalam sambutan Hari Kanak-Kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini.
Menurut ibu kepada lapan orang anak ini, dia tidak mempunyai petua istimewa kecuali menjaga pemakanan dan mengelak makanan yang berminyak.
“Selain ulam-ulaman saya suka makan asam pedas dan kerabu, makanan berminyak saya kurang makan apatah lagi makanan yang diproses.
“Yang penting sebagai seorang Islam kita perlu menjaga solat fardhu dan banyakkan berzikir dan solat sunat, itu yang lebih baik bagi menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang diberikan Allah,” katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan wang saguhati pada majlis berkenaan yang disampaikan oleh Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Memetik sumber daripada Harian Metro, nenek kepada 30 cucu dan 11 cicit ini berkata dia rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan itu.
“Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak mempunyai penyakit kecuali masalah tulang kerana faktor usia…dulu zaman muda saya banyak membanting tenaga di sawah bersama arwah suami untuk membesarkan anak-anak.
“Kehidupan pada zaman dulu amat susah apatah lagi saya pernah melalui kehidupan pada zaman penjajahan Jepun. Sebab itu saya selalu nasihatkan anak-anak supaya belajar jika mahu mengubah kehidupan,” katanya yang ditemani anak bongsunya Mohammad Asri Marzuki, 50.
Dua anak Mardzi meninggal dunia ketika kecil, bagaimanapun enam orang anaknya berjaya termasuk menjadi pegawai kerajaan serta mempunyai perniagaan sendiri.
Sementara itu, Mohammad Asri berkata ibunya masih dapat berjalan di rumah dengan menggunakan tongkat.
“Ibu saya selalu amalkan solat sunat dhuha selain dia juga tidak suka bercerita hal orang lain, dia selalu pesan supaya kami usaha sendiri jika hendakkan sesuatu, jangan ambil hak orang lain tanpa izin.
“Mak saya kata perkara-perkara seperti ini akan membuatkan hati menjadi tenang,” katanya
Nampaknya cukup mudah cara Gan Alma Daud menyemai pokok limau dan ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada orang lain untuk mencubanya.
Mana tahu dengan teknik ini, tak ada lagi istilah ‘tangan panas’ untuk menanam buat sebahagian antara kita. Jadi tunggu apa lagi, jom dicuba teknik ni!
“1 hingga 2 minggu jadi pokok begini, semai dari biji dalam cup2 tepi sink sahaja.”
Tak de susah naw. Taruk ja biji limau dalam cup2 bunga tepi sink. Tutup dengan tanah sikit. Seminggu dah tunas. Tunggu keluar 3 daun kaleh ke tea bag ni. Dalam uncang teh tu gaul tanah sesudu.
Kemudian tunggu keluar 5 daun kita bagi rumah baru ke dia.
Ini kalau semai limau nipis atau kasturi. Tak payah keringkan biji. Limau kasturi senang tumbuh.
Kalau limau purut, lemon ka, lagi senang.
CARANYA : Potong tangkai muda yang 5 daun, celup dalam penggalak akar, semai dalam cup tinggi.
Selain itu, Puan Nor Amirah Omar juga ada berkongsi cara menyemai cili dengan memanfaatkan uncang teh. Ini perkongsiannya.
Semua anak-anak dah tidur. Jadi mama pergi usha anak benih cili pula kat dapur.
Yang dalam uncang teh tu cili merah. Biji cili merah yang mama guna waktu masak. Selalu biji tu dibuang. Rajin sikit so mama try semai. Ada lah dalam 4-5 hari rasanya. Alhamdulillah ada yang dah tumbuh.
Biji cili yang atas tisu ni pula cili api. Pokok cili api ada dah sebatang tapi cili apinya tak pedas. Jadi mama ambil biji cili api yang beli di pasar dan cuba semai. Benih cili api ni baru sehari dua. Jadi kita tunggu lagi few days.
Dua-dua cara ni belajar dari youtube je. Mudah semua di hujung jari.
Kalau kita guna kemudahan untuk kebaikan jadi kebaikan lah yang kita dapat.
Doakan naik elok cili-cili ini ya. Nanti kita try semai biji tomato pula. Dalam youtube nampak sonang je dia buat. Nanti kita try. Sekejap je nak semai benih ni. Nak menunggu keluar cambah tu yang menguji kesabaran.
Menjadi impian sebagai seorang anak untuk memberikan yang terbaik untuk ibu ayah yang tersayang bagi membalas jasa setelah membesarkan kita.
Pelbagai cara boleh kita lakukan dan salah satunya adalah seperti apa yang dilakukan oleh Raha Nur Hazwani ini. Lakukan transformasi ruang dapur ibunya dengan modal yang seadanya.
Ini perkongsiannya.
Bagi merialisasi kan impian mak & ayah untuk dapatkan dapur yang kemas & cantik xperlu keluarkan banyak modal.. Cukuplah sekadar kudrat & sedikit modal untuk pemasangan wallpaper.. Hadiah untuk mak & ayah.
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.
Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.
Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet
Untuk peralatan utama yang saya gunakan:
4 roll plain wallpaper
2 roll brick wallpaper
1 set meja & kerusi
1 blind
2 Unit rak Hyllis saiz besar
3 liter Cat
Storage
Dibahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan
stok barang serta tempat penyediaan
keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiznya
yang agak besar menyebabkan ruangan
dapur menjadi sempit. Selain tu juga stol
barang yang disimpan sukar untuk diambil.
Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Barulah bersemangat nak masakkan.
Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang
sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni
memang menyukarkan proses memasak
disebabkan susunan yang tidak teratur.
Bagi memudahkan proses memasak saya
menggunakan hyllis supaya bahan2
masakan yang digunakan boleh dilihat
serta mudah dicapai secara tidak
langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah. Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.
Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. Tak manis dipandang orang.
Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh bila masak diwaktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.
Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.
Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok2 hijau kat situ ye.
Dibahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan diruangan kosong ni
Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.
Kehebatan RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan peneraju utamanya, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang banyak merubah kejayaan dan masa depan ramai sememangnya tidak perlu disangkal lagi.