Orang kata apa yang keluar daripada mulut ibu itu suatu doa. Jadi apabila ibu bercakap mengenai anaknya haruslah memperkatakan yang baik-baik.

Bak kata orang dulu-dulu, ‘masin mulut ibu’. Jadi elakkan berkata yang tidak elok tentang anak-anak. Lebih elok apabila berkata,  “bertuahnya anak!”

TERKINI: Ustaz Ini Dedah Amalan Syamsul Yusof! Tak Sangka Ini Rahsia Kutipan Mat Kilau RM71 Juta. Cipta Sejarah!

Menarik dengan perkongsian puan Effy Sueffy yang berkongsi mengenai hal ini. Moga bermanfaat dijadikan panduan ibu ayah.

 

 

Bila Anak Nakal, Jangan Main Sebut Je, Mulut Ibu Memang Masin, Hati-Hati!

Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?

Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua. 

Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.

Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.

Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.

  1. Degil.

Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!

Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.

IKLAN

Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.

  1. Nakal.

Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.

Ayat biasa kitalah,

“Kenapa nakal sangat?”
“Jangan nakal sangat, boleh?”

Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.

  1. Bodoh.

Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.

Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.

Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?

  1. Kurang ajar.

“Kurang ajarlah kau!”
“Siapa ajar kau kurang ajar ni?”

IKLAN

Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.

Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.

  1. Pemalas.

Siapa tak pernah sebut anak pemalas?

Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,

“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.

“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”

Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah.

Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.

IKLAN

Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.

Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.

Sumber: Effy Sueffy

 

Bila Anak Nakal, Jangan Main Sebut Je, Mulut Ibu Memang Masin, Hati-Hati!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bila Anak Nakal, Jangan Main Sebut Je, Mulut Ibu Memang Masin, Hati-Hati!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI