Photo by Thirdman

Ajaibnya doa seorang ibu, dengan hanya sebut perkataan reda, anak nakal dan degil terus berubah sikap menjadi lebih baik. Begitulah mustajabnya doa seorang ibu kepada anak-anaknya.

Doa ibu bapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]

Seorang Pakar Psikologi popular di Kuwait, Doktor Fauziah Ad-Dabbu pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang.

Ajaibnya doa seorang ibu: Ini tulisan Doktor Fauziah

“Aku bersumpah demi Allah…wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahawa engkau reda atas anak-anakmu sereda-redanya dan aku bersumpah demi Allah agar engkau tidak menghijab/menghalangi Reda-Nya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa reda atas mereka masing-masing.”

Ini doanya:

“Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…(sebut nama anak-anakmu satu persatu)…tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”.

(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahawa aku reda kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan reda dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredaan-Mu kepada mereka demi redku kepada mereka).

IKLAN
Ajaibnya Doa Seorang Ibu, Anak Nakal & Degil Terus Berubah Sikap
Photo by Monstera

Kemudian setelah berselang beberapa minggu berita tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat do aitu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.

Maka beginilah kisah si ibu tersebut:

Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata: mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal? Dan seterusnya. Dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian dan di dalam diriku ada sedikit syak?

Dan kemudian ku dapati anakku mandi, pada hal aku tak menyuruhnya.

IKLAN

Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, “Apa khabar ibu?” dengan suara lembut yang tak pernah ku dengar darinya sebelum itu.

Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.

Empat jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, “Ibu, saya di dalam masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call…”

Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku?

Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

Jawabnya, “Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat…..”

Sejak itu kehidupanku berubah 180 darjah dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

IKLAN

Tak pernah aku mengalami kebahagiaan seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian.

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Pada hal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Sya Allah.

Sumber: Kashoorga

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI