Siapa sangka, bermula dengan mampu bayar zakat sebanyak RM7 setiap bulan sejak berniaga 15 tahun lalu, kini Pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri olehnya dalam satu entri baru di laman Instagramnya semalam.
“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor, dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.
“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan. Tetapi, saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ia menjadi satu semangat untuk saya kerja keras! Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Aliff turut meminta pengikutnya supaya mendoakan agar dia sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya… tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” tulisnya lagi.
Bersempena Hari Kemerdekaan ke 63, pihak Astro telah mengadakan beberapa kempen menerusi rancangan Go Shop. Menurut hos Go Shop, Rai atau nama sebenarnya Raianna A. Rahman, kempen ‘Jom Go Lokal’ Go Shop menawarkan potongan harga sehingga 63% kepada pembeli untuk produk terpilih, sepanjang tempoh tersebut.
“Bermula pada 7 Ogos yang lalu sehingga 30 September, setiap belian di Go Shop dan berbelanja lebih RM300, boleh guna kod Promo Lokal 30 secara automatik untuk mendapat diskaun RM30. Manakala untuk mereka yang berbelanja lebih RM500, boleh guna kod Promo Lokal 63 untuk menikmati diskaun sebanyak RM63.
“Selain itu, kami juga menjalankan kempen lain melalui program Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai yang turut disertai oleh Chef Nakhaee. Program ini akan ke udara sebanyak 9-10 episod. Rancangan ini bersiaran selama sejam setiap Khamis bermula jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Astro Ria HD (saluran 104).
“Dalam rancangan ini akan menampilkan produk jenama tempatan, sekali gus menunjukkan kami juga menyokong inisiatif pihak kerajaan dalam menggunakan produk jenama tempatan,” jelas Rai sambil memberitahu penonton juga boleh berinteraksi bersamanya dan Pak Nil menerusi Instagram Go Shop iaitu @shopatgoshop.
Melalui rancangan ini juga, Pak Nil dan Rai akan menunjukkan betapa mudahnya menghasilkan makanan berasaskan menu Malaysia dari Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan menggunakan barangan jenama tempatan.
“Kerana itu ia dinamakan Dapur Malaysia. Jadi, nak tahu betapa mudahnya penggunaan produk ini yang dibawakan dari Go Shop, penonton jangan ketinggalan menonton rancangan ini. Memang menarik kerana ia membantu ibu-ibu di luar sana untuk variasikan menu di dapur.
“Antara produk yang digunakan termasuklah Nakada Air Fryer yang merupakan produk jenama tempatan. Ia alat yang membantu menggoreng makanan dengan menggunakan minyak yang minima atau langsung tidak menggunakan minyak.
“Produk ini ditawarkan pada harga promosi istimewa RM199 dengan kapasiti yang cukup besar. Jadi, untuk ketahui lebih lanjut berkenaan produk ini kena tengok Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai pada 10 September nanti.
“Selain itu, turut ditawarkan adalah produk Mind Galaxy Air Cooler serta AT& IN Pillow . Bagi anda yang suka bersenam dan kekal aktif, kami tawarkan Zero eC Run Treadmill. Produk-produk yang ditawarkan ini merupakan jenama keluaran tempatan.
“Setiap produk ini ditawarkan dengan harga mampu milik dan berkualiti serta selamat digunakan di rumah. Malah ia juga menjimatkan tenaga,” Ujar Rai sambil mengakui sasaran kempen ini adalah untuk suri rumah selain penonton Go Shop.
Menerusi kempen ini juga, pelbagai produk rumah tangga, fesyen, kecantikan, gaya hidup Islam, makanan dan kesihatan ditawarkan khusus buat penonton Go Shop.
Bagi mereka yang berminat untuk dapat diskaun, bolehlah sertai kempen atau promosi Jom Go Lokal. Promosi ini berlangsung di saluran Astro iaitu Go Shop RUUMA (saluran 118), Go Shop GAAYA (saluran 120), saluran 111 dan saluran berbahasa Mandarin Go Shop iaitu 303.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk Go Shop yang terkini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai tak gemar bila perlu memandu kereta ketika hujan lebat. Satu, perlu hadap lambakan kereta yang banyak dek kerana hujan. Kedua, sebab air hujan yang lebat mengganggu pandangan cermin hadapan kereta. Waktu tu, memang kena memandu dengan sangat berhati-hatilah. Khuatir dengan keselamatan diri dan orang di hadapan.
Sebenarnya, ada cara nak bagi boleh nampak cermin kenderaan dengan mudah walaupun ketika hujan lebat. Jika perasan di luar sana ada pelbagai jenis produk yang watermark dengan mengalihkan aliran air hujan supaya anda mudah untuk melihatkan cermin.
Tapi…. Sebenarnya anda tak perlu pun produk yang mahal begitu! Hanya guna 1 bahan ini sahaja, kesannya sama dengan produk yang dijual. Cara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman Instagram @kakpijah_ yang menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menghilangkan watermark di permukaan cermin. Jom lihat bagaimana caranya!
Cara Mudah Hilangkan Watermark Pada Kereta
Ok baru tahu rupanya pencuci pinggan ada banyak kegunaan dia. Tapi tu lah nak cuba masih tk berani. Korang kalau nk follow tips ni cuci kt cermin dulu tau jangan body. 😂
1. Basahkan cermin kereta terlebih dahulu.
2. Oleskan sedikit pencuci pinggan pada span, kemudian sapu pada permukaan cermin kereta.
3. Dah Selesai, basuh hingga hilang kesan sabun dan lihatlah hasilnya!
* Ada sesetengah orang gemar basuh kereta menggunakan kaedah yang sama kerana hasilnya akan membuat kereta anda lebih bersinar. Tetapi akan beri risiko cat kereta luntur.
Penyanyi dan usahawan terkenal Indonesia, Ashanty, berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Sumber Daya Manusia di Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya.
Kejayaannnya itu dikecapi selepas beliau menghabiskan masa selama tiga tahun setengah untuk menyelesaikan pengajian dan penyiapkan thesis sebagai syarat untuk memperoleh pengiktirafan berharga itu.
Tidak hanya itu, beliau turut menduduki ujian kelayakan serta ICPS UNAIR 2024 sebagai antara syarat kelulusan.
Perkhabaran penuh inspirasi itu itu dikongsikan beliau sendiri menerusi satu hantaran di Instagram sejurus selesai menjalani sidang promosi doktoral yang berlangsung selama dua setengah jam.
“Langkah yang sebelum ini terasa begitu berat, kini bertukar menjadi hela nafas paling lega. Nafas yang sempat tersekat di ruang sidang, akhirnya terlepas bersama kata ‘Lulus’,” tulisnya.
Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan penguji atas setiap soalan, pandangan serta pembetulan yang diberikan sepanjang sesi tersebut berlangsung.
“Terima kasih untuk para penguji atas semua pertanyaan, masukan dan revisinya. 2.5 jam terasa berat, namun saya gembira dapat melaluinya,” katanya.
Ashanty turut menzahirkan penghargaan kepada penyelia dan penyelia bersama yang banyak membimbing sepanjang tempoh pengajian sehingga berjaya ke tahap tersebut.
“Terima kasih juga kepada penyelia dan penyelia bersama saya yang sentiasa sabar membimbing, mengarahkan dan menemani setiap proses sehingga saya sampai ke tahap ini.
“Satu lagi langkah menuju ujian terbuka, iaitu peringkat akhir dalam keseluruhan perjalanan saya. Semoga semua proses seterusnya dipermudahkan,” katanya lagi.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal Anang Hermansyah itu berulang-alik antara Jakarta dan Surabaya sepanjang tiga setengah tahun lalu bagi memastikan komitmennya terhadap pengajian dapat diteruskan.
Beliau turut menafikan tanggapan bahawa status sebagai selebriti memudahkannya melalui proses akademik tersebut, sebaliknya menegaskan bahawa pengajian di universiti awam menuntut standard serta tanggungjawab yang sama seperti pelajar lain.
Sepanjang tempoh pengajian, beliau turut melalui ujian pra-kelayakan yang menyaksikan pertukaran tajuk kajian sebanyak tiga kali. Dalam masa yang sama, Ashanty juga menggalas pelbagai tanggungjawab sebagai ibu, nenek, usahawan dan penyanyi selain aktif menjalankan perniagaan di media sosial.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.