Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diberitakan dalam keadaan baik dan stabil selepas mengalami kemalangan semalam ketika menaiki motorsikalnya.
Hal itu dikongsikan oleh rakan selebriti, Wak Doyok menerusi X serta turut berkongsi beberapa keping gambar ketika kemalangan itu.
Meninjau Instagram Alif, Alif turut berkongsi keadaan kini dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengalami sakit-sakit badan selepas kemalangan itu.
“Alhamdulillah, Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan. Semoga Allah SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.
“Dah check up dengan doktor di KPJ, Tawakal semalam and all is clear. Tak ada yang patah. Masa jatuh kepala sakit dan pening.
Ads
“Takut juga ada yang serius tapi doktor bagitau tak ada symptoms concussion. Syukur. Cuma sakit-sakit badan (semoga buat penghapus dosa).
“Terima kasih sekali lagi buat semua yang call dan mesej bertanya khabar, saya cuba untuk balas semua,” tulisnya.
Terdahulu, Alif Satar yang baru-baru ini tular di media sosial dengan kempen berjemaah subuhnya turut mengajak orang ramai untuk berjemaah sebaik dirinya sembuh. Terbaik!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan pesakit-pesakit di wad ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu bermula pada Sabtu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM tersebut berkuat kuasa pada 23 April 2022.
“Tatacara pelaksanaan arahan tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
“KKM ingin memaklumkan bahawa polisi dan garis panduan yang digunapakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM semasa pandemik Covid-19 sentiasa disemak dan dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini kejadian jangkitan.
“Berdasarkan analisa trend terkini kes Covid-19 kategori tiga hingga lima dan kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 yang rendah, KKM telah meneliti semula dan mengemaskini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat di hospital.
“Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutama daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Dr Noor Hisham berkata, secara umumnya, pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menemani pesakit mestilah berumur 12 tahun dan ke atas, telah lengkap vaksinasi Covid-19, tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.
Beliau berkata, bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital dengan tarikh dan masa ujian beserta gambar dinyatakan sebagai bukti.
“Mereka juga tidak disyaki menghidap Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS). Selain itu, mereka tidak mempunyai gejala Covid-19 selain perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta memakai alat pelindung diri (PPE) seperti ditetapkan,” katanya.
Selain kriteria umum, KKM menetapkan kriteria khusus yang perlu dipatuhi mengikut kategori pesakit yang dilawati iaitu pesakit bukan Covid-19 dan mempunyai Covid-19.
Beliau berkata, penjaga pesakit bukan Covid-19 yang berada di wad dan individu yang ingin menemani ibu hamil semasa proses bersalin, perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.
Kata beliau, lawatan ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang berada sama ada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau sedang tenat juga dibenarkan, terhad kepada dua pelawat pada satu-satu masa.
“Mereka juga digalakkan untuk menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri, sebelum melawat,” katanya.
Selain itu, tambah beliau, hanya dibenarkan seorang penjaga bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan.
“Penjaga juga adalah digalakkan menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum hadir ke fasiliti kesihatan,” katanya.
Tambahnya lagi, KKM membenarkan penjaga untuk pesakit Covid-19 yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.
“Bagi tujuan ini, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif. Ujian RTK-Ag kendiri perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.
“Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit Covid-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat sama ada di wad atau di ICU. Hanya dua pelawat pada satu-satu masa dan ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri, digalakkan sebelum lawatan,” katanya.
KKM ingin menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.
Amalan berdiet boleh dikatakan ramai antara kita mencubanya. Maklumlah bila berat badan semakin bertambah, tentu kita rasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila terasa baju sedia ada pun sudah sendat untuk digayakan. Mana mungkin hal ini dibiarkan begitu sahaja.
Lalu amalan berdiet dijadikan solusi terbaik untuk mengembalikan semula bentuk badan ideal.
Sepanjang tempoh berdiet, bukan sahaja perlu mengurangkan pengambilan makanan, bahkan ada pantang larang dan panduan pemakanan yang perlu dipatuhi.
Tentu yang terbaik semasa diet adalah dengan memasak sendiri hidangan yang ingin dimakan. Ini memandangkan kita boleh kawal garam, minyak, bahan perasa dan gula dengan kuantiti yang baik.
Namun bila sudah tidak ada pilihan dan kesuntukan waktu, makan diluar pun tak ada masalah. Apa yang penting, kita perlu pandai pilih makanan yang berkualiti sahaja.
Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsian Encik Arif Sukri ini.
“Sepanjang diet dulu hampir 60% saya makan di kedai sahaja. Memandangkan jadual kuliah yang agak padat, masa cuti je boleh masak.”
Jika ke kedai makan dan tak tahu pilih makanan apa yang jadi keutamaan semasa diet. Saya ada tipnya.
1. Nasi segenggam.
Ini kena niat dari awal-awal lagi. Sebelum masuk ke kedai walaupun kedai dia tak ada beras perang yang selalu kau makan. Beras putih pun tak ada masalah. Semasa cedok, anda ukur siap-siap dalam satu senduk setengah.
2. Protin yang bersih.
Bila dah selesai ambil nasi saya terus ke bahagian lauk pauk. Dan tentunya akan utamakan lauk-lauk yang bakar atau rebus sahaja. Ikan bakar, ayam bakar anda utamakan ini. Nak pilih ayam utamakan dada atau rusuk ayam. Sesekali jangan ambil bahagian sayap atau paha yang lebih tinggi kadar lemaknya.
3. Jika nasib tak baik lauk bakar dah habis. Tak apa, anda tenang saja. Boleh untuk ambil ikan-ikan gulai, ayam gulai dan seumpamnya. Ini saya jadikan sebagai pilihan kedua. Jika ada daging atau ayam. Saya akan utamakan daging putih yang lebih kurang lemaknya, seperti ayam.
4. Punyalah banyak cabaran masa diet. Lauk pilihan kedua dah habis. Maka teruslah ke pilihan ketiga iaitu yang bergoreng. Lauk goreng-goreng ini jadikan pilihan akhir.
5. Kuah yang baik.
Lepas dah pilih nasi dan lauk yang baik. Pemilihan kuah dalam nasi juga amat penting dalam diet. Tak boleh nak banjir-banjir dah. Harus kering-kering saja.
6. Sumber serat.
Ramai yang diet namun meninggalkan sumber serat. Sayur-sayur harus jadi keutamaan bila ke kedai makan. Ambillah dalam kuantiti segenggam. Jika berkuah saya suka sup bayam. Jika tiada saya akan pilih ulam segar seperti salad, ulam raja, pucuk janggu dan selainnya. Pastikan ada dan sayur elakkan yang bergoreng juga.
7. Sambal belacan.
Boleh tak ada masalah cuma kurangkan sedikit penggunaannya. Kerana kadar asin yang tinggi tak baik juga untuk diet. Bersederhanalah ya.
“Harap tip ini membantu dan lepas ni tak ada lagi alasan tak boleh diet bila di kedai makan. Semua atas pilihan anda. Teruskan usaha! “
sumber : Arif Sukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak yang sedang membesar dan masih bersekolah memerlukan makanan yang sihat untuk membantunya mengingati banyak perkara ketika belajar. Bantulah anak kecil kita dengan memberikan makanan yang sihat dan baik.
Sebagai panduan ibu dan ayah, tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah. Jom ikuti perkongsian Pn Hanis Athirah Rusli.
Pastikan 7 makanan ni sentiasa ada di rumah. Sentiasa diberi pada anak sebagai makanan harian.
Penting untuk otak anak, mudah fokus dan tajam ingatan.
1. Kurma
Mengandungi vitamin B6 yang penting untuk metabolisme otak, meningkatkan neurotransmiter yang berhubungan dengan konsentrasi dan fokus.
2. Kismis
Dalam kismis ada kandungan serat dan antioksidan yang juga membantu menjaga kesihatan otak dan memberikan kesan positif pada fokus tumpuan anak.
3. Air nabeez
Air nabeez ni merupakan air dibuat dengan rendaman kurma. Air ini memiliki manfaat yang sama dengan kurma itu sendiri iaitu memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk otak dan menjaga konsentrasi.
4. Madu
Madu membantu memberikan tenaga yang seimbang dan mencegah keletihan yang boleh mengganggu fokus.
5. Habbatussauda’
Dalam habatussauda ni terkandung asam lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak.
6. Minyak zaitun
Minyak zaitun memberikan nutrisi yang cukup kepada otak, memperbaiki konsentrasi dan kemampuan mental anak.
7. Kekacang
Kekacang seperti almond mengandungi lemak omega-3 dan vitamin E yang berguna untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan anak terhadap yang mereka pelajari.
Boleh cuba ya. InsyaAllah hasilnya luar biasa, bila amalkan makanan macam ni.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.