Merapikan pola hidup sihat mungkin cara terbaik untuk mencegah penyakit. Hidup sihat boleh dimulai dengan cara memerhatikan pengambilan makanan seharian. Pola makan yang betul dapat menjamin jumlah kalori yang secukupnya masuk di dalam badan.
Detoksifikasi contohnya, dapat membersihkan tubuh dari racun yang terkumpul. Racun dalam tubuh inilah menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Tubuh yang bebas dari racun yang terkumpul membuat kulit lebih sihat dan kelihatan awet muda. Detoks juga membuat seseorang itu mampu meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.
Diet dan Detoks
Makanan yang dimakan adalah pertahanan pertama tubuh badan kita daripada serangan toksin. Dengan mengawal pengambilan makanan (apa yang masuk ke dalam mulut), anda dapat mengelakkan sejumlah besar toksin yang masuk ke dalam badan.
Terdapat 10 jenis makanan yang boleh membantu dalam proses Diet Detoks iaitu epal, avokado, articok, ubi bit, bawang putih, buah kiwi, buah prun, rumpai laut, selada air dan sayuran dari keluarga kubus seperti brokoli, kubis bunga, kubis bulat, tauge Brussels dan seumpamanya.
Senaman dan Detoks
Kebanyakan orang menganggap senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan otot di samping mengurangkan berat kolesterol di dalam badan. Namun, tidak ramai yang sedari bahawa senaman dapat menguatkan sistem detoksifikasi dan membuang toksin dalam badan.
Ads
Dua kategori senaman yang boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan adalah latihan aerobik seperti berlari, berjalan, berenang dan sukan lain. Kategori kedua adalah senaman ketimuran, khususnya seperti yoga.
Detoks Luaran
Proses detoksifikasi bukan hanya daripada dalaman sahaja tetapi boleh juga dilakukan dari luar. Walaupun proses detoks secara dalaman seperti diet, senaman dan pemakanan amat penting tetapi apa yang berlaku pada tubuh secara luaran juga memainkan peranan penting.
Menggosok badan, skrub, urutan dan juga rawatan yang menggunakan kaedah pemanasan seperti sauna adalah cara terbaik untuk digunakan bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.
Ads
Aromaterapi
Aroma atau bauan amat penting dalam fungsi kesihatan badan. Kajian mendapati bahawa wangian aroma membantu meningkatkan tenaga, menajamkan pemikiran, meningkatkan libido dan menguatkan minda. Terdapat lebih kurang 400,000 jenis bauan aromaterapi yang boleh digunakan untuk mendapatkan respons atau reaksi tubuh. Salah satu yang paling berkesan adalah penggunaan minyak pati aromaterapi.
Dalam proses detoks, minyak pati aromaterapi digunakan untuk mengatasi simptom toksik di dalam tubuh badan. Caranya, ia boleh digunakan sebagai bauan aromaterapi di rumah atau sebagai minyak pati untuk urutan serta mandian.
Antara bauan aromaterapi yang bagus untuk detoks adalah angelica, lada hitam, cypress, bunga adas (fennel), geranium, limau gedang, juniper, lemon, mandarin dan nilam.
Ads
Suplemen
Sesetengah herba, vitamin dan beberapa jenis suplemen boleh diambil untuk membantu meningkatkan khasiat dan fungsi makanan-makanan yang dimakan dengan lebih berkesan dalam proses detoks.
Terdapat banyak jenis suplemen yang boleh membantu dalam proses detoks dan enam daripadanya adalah seperti chlorella, dandelion, milk thistle, multivitamin, probiotik dan psyllium husks.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membeli barangan dapur telah menjadi antara rutin bulanan mahu pun mingguan bagi setiap keluarga. Maklumlah jika hari-hari ingin ke pasar raya untuk membeli barangan basah, stok makanan dan keperluan isi rumah pastinya seakan tidak cukup masa pula dan adalah lebih baik dilakukan secara berkala. Lebih jimat masa dan tenaga.
Umumnya setiap kali berbelanja, total wang yang digunakan dapat dianggarkan lebih kurang sama sahaja. Tidak ‘lari’ jauh dek kerana kita menggambil barang-barang yang sama sahaja setiap kali berbelanja dan sekiranya ingin dianggarkan, sekitar RM 300-500 normalnya.
Namun perkongsian daripada lelaki ini yang dikenali sebagai Fahmi Jamil, pengalamannya melihat bil barangan dapur yang perlu dibayar hingga mencecah RM 1900 memang cukup memeranjatkan. Dan ini dikongsikan bagaimana situasi ini boleh terjadi.
Bil barang dapur dekat RM1900!
Terkejut cashier dan saya bila bil total RM1882.16. Cashier lelaki tersebut tanya saya, betul ke abang beli harga banyak ni? Saya jawab, takkan la barang dapur dan makanan sampai macam tu harga dia?
Dia kemudian minta bantuan seorang staf wanita yang ada berdekatan. Dia tengok barang dalam troli yang dah siap dalam plastik. Saya tanya, nak kena letak balik ke semua barang? Cashier cakap tak perlu dan minta saya tunggu sekejap. Lepas dapat detect rupanya Serai silap letak harga sampai RM1746.
Lalu staf wanita terbabit pergi ke bahagian label tanda harga di bahagian sayur untuk dapat harga yang betul dan ianya RM0.45 sahaja.
Saya secara berseloroh tanya, “andai kata, saya terbayar dulu tadi (sebab guna kad), boleh refund ke?”. Cashier jawab, kalau abang dah swipe bayar tadi, memang sayalah yang bertanggungjawab kena ganti.
Gambar hiasan
Apapun tahniah pada mereka berdua kerana selesaikan perkara ini dengan pantas dan baik tanpa membiarkan pelanggan tunggu lama.
Disclaimer : Daun ketum atas serai tu daun ketumbar ya tuan puan. Kang tak pasal Tesco saman aku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tercari-cari menu yang enak untuk dinikmati ketika minum petang bersama keluarga, mungkin menu ini menepati selera.
Istimewanya lagi bila kita sediakan menu ini, satu rumah berbau harum dan membuatkan kita tidak sabar menjamahnya.
Jom ketahui cara penyediaannya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Lina Thomas.
Jom kita minum petang. Hari ni kak lina buat Homemade Cinnamon Rolls, sedap sangat. Best when serve warm!
Homemade Cinnamon Rolls
Bahan-bahan:
Bahan untuk Cinnamon Rolls:
1 cawan susu suam
2 1/4 sudu kecil yis
1 biji telur grade A
2 sudu besar unsalted butter, cairkan
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
3 cawan + 4 sudu besar tepung gandum/roti
Caranya:
Cara Membuat Cinnamon Rolls:
Dalam mixer masukkan 1 cawan susu suam, yis, 1 biji telur, 4 sudu besar gula, 1 sudu butter cair dan 1/2 sudu kecil garam. Putar sekejab sehingga sebati.
Masukkan 3 cawan tepung gandum putar lagi dan masukkan lebihan 4 sudu tepung tadi putar sehingga doh tidak melekat.
Keluar kan dari mixer pindahkan ke atas meja kerja yang bersih yang telah ditabur tepung dan uli dengan tangan sehingga sebati selama 3 minit.
Masukkan dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap dan biarkan naik sehingga saiznya dua kali ganda selamat 1 jam.
Tabur sedikit tepung permukaan meja kerja yang bersih, keluar kan doh,
Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 17×10 inci persegi panjang. Sapu permukaan doh dengan butter lembut dan tabur kan campuran cinnamon dan gula.
Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.
Susun di dalam loyang 9 x 13” yang telah dilenser butter. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
Panaskan oven pada suhu 170C, sapu butter cair dan bakar selama 20-22 minit atau sehingga keperangan.
Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau di sapu dengan cream cheese icing.
Untuk Filling Cinnamon Rolls:
6 sudu besar unsalted butter, suhu bilik
1/4 cawan gula pasir
2 sudu besar serbuk kayu manis
Dalam mangkuk kecil, kacau bersama 1/4 cawan gula dan 2 sudu besar kayu manis, ketepikan.
Untuk Cream Cheese Icing:
4 sudu besar unsalted butter, suhu bilik
4 oz (115g) cream cheese, suhu bilik
1/2 sudu besar vanilla extract
1 cawan gula icing
Dalam mangkuk medium, guna hand mixer, krim kan semua bahan sehingga sebati.
Jika anda peminat roti boy atau juga dikenali dengan Mexican Bun mesti tidak dapat menolak untuk terus membeli setiap kali melalui kedai bakery. Aromanya yang semerbak memang cukup mengujakan dan memang ‘layan’ dimakan panas-panas.
Selain membeli sahaja, ada baiknya anda mencuba untuk membuat sendiri roti yang digemari ramai ini.
Ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Efie Muhamad, menurutnya disebabkan anak-anaknya suka makan Roti Boy ini, dalam sehari dua kali dia membuat roti tersebut. Pagi satu adunan dan malam buat lagi untuk satu adunan dek kerana sekejap habis dimakan oleh anak-anaknya.
Ini perkongsiannya.
ROTI BOY / MEXICO BUN HOMEMADE
Selalunya, kalau pergi KB Mall, mesti beli roti ni. Maklumlah, dari jauh lagi memang dah bau semerbak aroma kopi tu. Memang tak tahan kalau sekadar tengok je. Mau meleleh liur tu nanti. Nak pulak dijadikan cerita, tengok member Nasriah Ashikin Mat Nadzir buat roti ni. Kitorang satu sekolah ni, semua ada penyakit berjangkit. Sorang buat, mesti yang lain nak tiru. Selalula macam tu. Perangai la kan. So, godek-godek resepi, buatlah untuk 4 orang AQs yang asyik lapar memanjang je ni.
Buat pagi satu adunan, hmmm dah agak memang konfem tak cukup. Malam tu, buat lagi dua adunan. Haaa makanlah korang sampai jemu.
Korang kalo teringin nak makan roti ni, buatlah sendiri. Senang je. Bahan-bahan pun boleh kata memang ada je kat rumah.
Mentega yang dah dipotong kiub (jumlah terpulang kepada berapa banyak roti dapat)
Semua bahan ni saya humban je dalam breadmaker. Bagi dia je uli. Dah siap uli, baru lah saya ambil peranan pulak.
1. Bulat-bulatkan doh.
2. Masukkan mentega yang dah dipotong kiub ke dalam doh tersebut. Bulatkan semula.
3. Selepas selesai semua, tunggu hingga doh kembang, baru kita letak topping dia.
TOPPING KOPI
Bahan-bahan:
Mentega 60gm
Gula 30gm
Serbuk nescafe 2 sudu dengan 2 sudu air suam (godak-godek dalam gelas, ketepikan)
Telur sebijik
Tepung gandum 70gm
Saya guna mixer je ni.
1. Pukul mentega dgn gula sampai berkrim
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan air bancuhan nescaffe tadi, pukul lagi
4. Last sekali masukkan tepung dan pukul sebati
5. Siap masukkan ke dalam piping beg. Paipkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi..
6. Bakar 170′ selama 20 minit, guna api atas bawah
Fizo Omar terharu dapat anak lelaki-"Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga bercampur baur. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.