Meatball Ikea sememangnya menu yang cukup popular. Ada yang sanggup memandu ke sana semata-mata untuk makan meatball sahaja.

Ada yang teringin nak makan meatball Ikea tak?, tapi tak ada masa nak ke sana. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun, resipi yang dikongsikan Zan Zafirah Zainal mudah dan simple je. Tapi menjadi!

Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Bahan-bahan:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam

Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:

IKLAN

Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.

Bahan kuah/Gravy:
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream

Cara membuat:

Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
1. Cairkan butter, masukkan tepung. Kacau dalam 2 minit.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
2.Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
3. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
4. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%
5. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%6. Masukkan dairy cream 150ml.Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%7. Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN

Penggemar Meatball Ikea, Boleh Buat Sendiri Di Rumah.Wanita Ni Kongsikan Resipi Rahsia, Memang Sama 100%

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI