“Allahuakbar. Alhamdulillah, Rezeki Ya Allah.” MUA Bellaz Syukur Dapat Tunai Umrah Bersama Suami & Anak-Anak!

Share

Bagi MUA Bellaz, jurusolek terkenal, peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah sukar untuk  digambarkan dengan kata-kata.

Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Disebalik pergelutan hidup diselubungi pandemik, ibu kepada tiga cahaya mata ini diberi peluang yang boleh diibaratkan bualn jatuh ke riba.

Lebih manis lagi, peluang Itu bukan sekadar bersama suami bahkan MUA Bellaz turut membawa ketiga-tiga anak kecilnya bersama-sama menunaikan ibadah umrah.

Kegembiraan tersebut dikongsikan Bellaz menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik  beberapa keping gambar dan video ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Allahuakbar masyallah. Rezeki ya Allah.Doakan semoga dipermudahkan urusan kami pergi dan balik ke tanah suci. Alhamdulillah dapat bawa anak-anak sekali,” tulisnya ringkas menerusi Instagram.

Malah melalui Insta Storynya, Bellaz turut memohon doa agar perjalanannya bersama anak-anak dipermudahkan Allah SWT.

“Apa-apa kalau uolls nak tengok suasana tanah suci boleh tengok dekat IG Bellaz muabellaz. Insyallah Bellaz kongsi serba sedikit suasana dekat sana nanti,” tulisnya lagi.

Perkongsian Bellaz turut mendapat reaksi pengikutnya. Rata-rata mendoakan agar perjalanan Bellaz dipermudahkan. Malah ada yang memintanya berkongsi tip  membawa anak ke Tanah Suci.

amyyusuff yes please share & save highlights story plisss sbb tgk hrtu dah lain kat sana sbb covid so many new rules ❤️❤️❤️
mawar_zati78650 Seronok nye ya Allah rezeki dri Allah yg amat berharga …doa kn kami kak bella😭😭😭😭terasa sebak hati rindu nk kesana lgi
shamsulmatsalleh Semoga Allah permudahkan segala urusan @muabellaz & keluarga mengerjakan ibadah Umrah
syaza_safiyya Semoga Allah permudahkn urusan kak bellaz ,suami dan ank³ di tanh suci ,Selamat pergi dan Balik..doakn Sy dan suami dikurniakan zuriat kak..take care di sna..sernok tgokk fmly bhgia🥰
Sumber: muabellaz

 

 

IKLAN