“Allahuakbar Dengar Suara Ibu & Baby Nangis.” Wanita Bersalin Dalam Banjir, Jiran Bantu Redah Air Selamatkan Bayi

Share

Setiap hari,ada sahaja video mahupun gambar mangsa terperangkap didalam banjir dikongsikan di media sosial.

Ini membuatkan warganet yang melihat berasa pilu dan sebak lebih-lebih lagi banyak video tular melibatkan anak-anak.

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

@tutynoormalinaTik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! #fyp #foryourpage♬ original sound – tutynoormalina

Perkongsian yang dimuatnaik @tutynooramalina itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh  ibu berkenaan.

Begitu pun video yang dikongsikan itu tidak sepenuhnya membuatkan ramai tidak berpuas hati. Ini penjelasan pemilik video berkenaan.

 

 

Sumber:


ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN