Allahuakbar! Kanak-Kanak 7 Tahun Maut, Dada Tertusuk Kaca Meja
Tak dapat bayang kejadian begini berlaku dalam rumah sendiri.
Khabar duka hari ni apabila seorang anak lelaki telah menemui penciptaNya setelah maut tertusuk meja kaca ketika melompat dari sofa di rumahnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut laporan kosmo, kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.
“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.
Ads
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Ads
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Baru-baru ini, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira ada memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang ke-13 tahun.
Menjadi perhatian ramai dalam perkongsian tersebut adalah raut wajah anaknya yang semakin cantik ketika meningkat dewasa dan semakin iras seperti ibunya.
Malah ada yang mengatakan wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem Sembilu. Tidak ketinggalan, doa orang ramai untuknya sempena hari lahirnya.
Dalam perkongsian tersebut, Erra meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya serta menyifatkan anaknya itu adalah paling berharga buat dirinya.
Malah, Erra turut mengambil kesempatan dalam mendoakan Aleesya menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.
Puasa bukan bermakna rumah tidak perlu dikemaskan kerana keletihan. Jika terlampau tiada tenaga anda boleh lakukan cara pantas ini untuk mengemas. Jimat tenaga.
Tentu jadi satu masalah besar jika gunakan cara sebegini setiap masa. Ada baiknya kita pastikan rumah kita sentiasa kemas setiap hari. Jadi jika tetamu datang secara tiba-tiba, taklah kita kelam kabut.
Bagaimana mengemas rumah paling pantas setiap hari? Langkah ini pastinya sangat membantu anda!
#Tip 1 – Tiga Langkah
Mulakan kerja membersih dengan menyapu rumah atau vakum, seterusnya diikuti dengan mengemop lantai. Cuba lakukan ini dalam masa hanya 30 sahaja atau kurang daripada itu. Kalau tak cukup waktu, pilihlah sahaja untuk mop ruang tamu dan dapur sahaja. Cuba!
#Tip 2 – Susun Atur
Kalau ada anak kecil, buatlah macam mana cara pun pasti susun atur barang hiasan seperti kusyen kecil, bunga dan hiasan kecil lain pastinya akan berubah.
Cara paling pantas menyusun adalah dengan kenal pasti dimana tempat asalnya dan letakkan pada tempatnya kembali dengan pantas. Cara paling selamat adalah dengan meletakkan kesemua hiasan ini di kawasan tinggi. Selamat!
#Tip 3 – Jangan Kumpul Baju
Ada orang yang lebih suka mengumpul dan membasuh kesemua baju dihujung minggu. Cara ini mungkin nampak lebih relaks tapi adakalanya jika anda punya aktiviti di hujung minggu, bukankah jadual membasuh baju terganggu. Cadangan lebih baik, basuhlah setiap hari atau dua kali sehari. Tak ada masalah baju terkumpul!
# Tip 4 – Kemas Dapur Setiap Kali Masak
Sesetengah orang suka biarkan dapur tidak berkemas selepas masak. Cara ini langsung tak praktikal. Sebaiknya setiap kali memasak, sambil menumis, terus sahaja basuh kelengkapan dan perkakasan lain yang sudah digunakan. Sebaik selesai memasak, terus basuh kuali dan periuk dan teruslah digantung.
#Tip 5 – Jangan Biar Baju
Baju yang sudah kering jangan pula dibiarkan menggunung. Sebaik diangkat dari ampaian, teruslah sahaja dilipat. Percayalah cara ini buat anda langsung rasa tak letih malah puas hati dapat selesaikan tugas ketika itu. Secara psikologinya, baju yang tinggi menggunung tidak dilipat akan buat kita rasa lagi malas hendak melipatnya.
Antara tip lain yang boleh membantu adalah:
1. Kalau memasak pastikan proses memasak lebih pantas dan kemas sebaik memasak!
2. Pastikan kesemua barang tidak disepahkan. Jika anak-anak sepahkan barang mainan, selepas bermain pastikan anda minta mereka terus mengemasnya.
3. Pastikan rak kasut dihadapan pintu rumah sentiasa dalam keadaan baik dan kemas. Ajar ahli keluarga untuk jaga sentiasa susunannya. Penting!
4. Jangan letak barang di atas meja utama seperti kunci rumah dan sebagainya. Letakkan di tempat khas.
5. Jangan biarkan baju menggunung tidak dilipat. Angkat dari ampaian dan terus sahaja dilipat. Ini akan buatkan permandangan yang kurang enak.
6. Pastikan jangan sekali ada pinggan mangkuk tidak berbasuh di dalam sinki. Buruk penglihatan kita.
7. Kurangkanlah barang hiasan kecil yang banyak dirumah. Jika tidak kena susunannya, rumah akan nampak sangat bersepah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah beberapa konflik yang melanda buat pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, akhirnya mereka memilih untuk berpisah dengan cara baik dan damai.
Bagi penerbit, Datuk Yusof Haslam serta isteri, Datin Patimah Ismail, mereka akui sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anak dan menantu mereka namun pasrah dengan keputusan Syamsul yang akhirnya bersetuju menceraikan isteri pertamanya Puteri Sarah pada 18 April nanti.
Memetik laporan Harian Metro, kata Yusof, mereka cuma berdoa agar krisis dan konflik antara keduanya bernoktah dengan perdamaian demi anak-anak.
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.
“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,” katanya kepada Harian Metro.
Yusof juga menyerahkan segala urusan lafaz cerai pasangan itu pada 18 April ini kepada mereka sepenuhnya. Beliau dan isteri tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding terbabit.
“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antaranya membabitkan hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.