Kasih seorang bapa tiada batasan buat anak-anak. Sedangkan apabila bapa sedang meniti usia, lemah tiada tenaga masih ada anak yang mampu menjaga bapanya sendiri sedangkan ada segelintir yang tak sanggup menjaga orang tuanya
Dalam satu kongsian yang dikongsi oleh Ummi Yahaya kisah di sebuah pasaraya yang membuat dia tersentak dengan satu peristiwa.
“Lepas habis check up ibu, dia nak singgah Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat hari tu.
Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu.
Saya dah perasan ayah jenguk-jenguk kedalam. Saya agak dah, ayah ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula-mula cakap, tak nak lah sambil terus tolak troli kedepan.
Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan drag dulu. Anak saya tau dah apa perlu buat,dia akan layan atoknya borak, dia tanya ” atok nak ikan keli tu tak tok?”
Ads
“Entah ye, boleh ke atok nak sekor?”
“Boleh lah kot. Nanti kita tanya umi”
Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya “along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?”
Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih ikannya. Tersengeh2 dan gelak2 ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan sebab salah ikan.
Ads
Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap
“cukuplah satu, ayah nak rasa2 je…”
Allahu..
Kawan,
Ads
Dahulunya.. waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang sama, waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan kerenah kita.
Hari ni, dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma mahukan perhatian dan kawan berbual. Makan pun tidak seberapa.
Kita, belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja kenangan indah-indah supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan. Peliharalah ibu bapa kita sementara mereka masih bernafas.
Walaupun kadangkala kita merasakan ibu bapa kita banyak karenah, namun begitulah juga kita sewaktu kecil yang banyak karenah. Mereka tetap sabar melayani kita walaubagaimana sekali perangai kita pada ketika itu. Inilah masanya untuk kita membalas jaga mereka walaupun kita tahu tak setanding besarnya jasa mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa
Sumber: Ummi Yahaya & FB Oh My Media
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini perkongsian daripada Mohd Fhais yang juga merupakan seorang ayah, menurutnya jika kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita.
Jika sebelum ini, dia tiada masa untuk meluangkan waktu bersama anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja, dalam masa yang sama rezekinya semakin sempit sehingga membuatkan dirinya agak tertekan.
Ini coretannya
Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. Keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
Ini 8 amalan saya menjemput rezeki melalui anak :
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di Malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah. Tak percaya? Cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya.
Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli berkongsi tips ‘move on’ dan ia mendapat perhatian ramai.
Iddin mengupas isu berkenaan bagaimana untuk ‘move on’ daripada seseorang yang pernah kita sayangi dan membuat kita sangat takut untuk kehilangan individu tersebut.
“Macam mana caranya nak melupakan seseorang dengan cepat?”
“Kita nak lupakan seseorang, kita tak boleh nak melupakan! Mustahil kita boleh lupakan.
“Apa yang kita boleh buat adalah? Mengikhlaskan merelakan perkara itu terjadi. Untuk menerima takdir bukan melupakan, untuk move on adalah ikhlaskan takdir itu terjadi. Insya-Allah, kita akan baik-baik,” jelasnya.
“Sebenarnya tak perlu pun melupakan untuk bahagia tapi berjalanlah kehadapan untuk meneruskan kehidupan.”
“Redha dengan segala aturan Tuhan untuk dapatkan kebahagiaan.”
“Sebab hati ini tak boleh dipaksa.”
“Lagi dipaksa lagilah kita kan terluka. Sebab kita memaksa sesuatu itu terjadi sedangkan masanya belum lagi tiba.”
“Apa sahaja perkara di dunia ini selagi masanya belum tiba, kita tak boleh paksa. Kalau kita paksa maka rosaklah perkara itu.”
“Hati masih belum boleh melupaka jadi teruskanlah berjalan ke depan sebab bahagia tu ada dekat depan.”
“Tak perlu paksa diri tapi pujuk diri.”
“Tak perlu melupakan, tapi ikhlaskan apa yang telah terjadi, redha dengan segala ketetapan yang Tuhan telah tetapkan.”
“Sangka baik dengan segala perkara yang Tuhan berikan. Insya allah kita akan kuat.”
“Anggaplah segala yang terjadi dalam kehidupan sebagai pengajaran dari Tuhan.”
“Sebab Tuhan tak hantar ujian untuk melukakan kita tapi hakikat sebenar-benarnya tujuan sebenarnya untuk kita bahagia.”
“Nanti kita kan nampak hikmahnya.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Iddin.
Ada juga dalam kalangan warganet yang meluahkan perasaan hiba mereka mengingati masa lalu bersama insan yang pernah mereka cintai namun ia hanya sekadar sementara sahaja.
Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 pagi 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Perkara itu diumumkan oleh Dato’ Ismail Sabri Yaacob dalam Siaran Langsung sidang media Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak.
Ini merupakan aktiviti yang dilarang bagi penduduk yang terlibat dengan kawasan tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa di seluruh negeri Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) mulai tengah malam ini.
PKPB akan dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini, hingga 26 Oktober 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di