Menjaga kecantikan dan kesihatan wanita dengan menggunakan amalan tradisi orang dulu-dulu, tidak dinafikan ada manfaatnya.
Umpamanya dengan minum air kunyit sekurang-kurangnya sekali sehari, nak tahu detail ini perkongsiannya.
Hanya Amal Jus Air Kunyit, Dari Kulit Berjeragat Jadi Licin Terus
Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ads
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.Menghaluskan kulit wajah.Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Ads
Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita. Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Saya guna ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Ads
Caranya:
1. Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
2. Tapis airnya.
3. Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Sekiranya memiliki rambut yang bercabang dan sering gugur pula tentunya boleh mendatang rasa gusar di hati. Apatah lagi selepas melalui proses melahirkan anak, umumnya masalah keguguran rambut menjadi masalah yang semua antara wanita hadapi.
Selain kita sering kaitkan rambut gugur dan bercabang ini kerana berlakunya perubahan hormon, tidak dinafikan terjadinya semua masalah ini adalah disebabkan kurangnya nutrisi pada rambut tersebut dan mungkin juga disebabkan kurangnya penjagaan khusus diberikan.
Untuk ini, dikongsikan cara ringkas untuk masalah rambut kering dan bercabang agar kembali menjadi lembut dan sihat.
Pertama: Cuci rambut terlebih dahulu bersama sebiji lemon. Ini bertujuan untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.
Kedua: Gosokkan kulit kepala dengan menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.
Ketiga: Lakukan rawatan mask rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus.
Apa itu rawatan mask rambut dan bagaimana untuk hasilkannya?
Bahan-bahan:
Segenggam kacang soya
1/2 sudu minyak zaitun
4 sudu makan yogurt asli
2 sudu besar coster oil
Cara penyediaan :
Rendam kacang soya dan kemudian dikisar halus.
2.Masukkan minyak zaitun.
3. Masukkan yougrt.
4. Masukkan castor oil.
5. Sedia utnuk dilumurkan ke bahagian rambut sepetelah rambut dicuci dengan lemon seperti mana langkah di atas.
Ekstra Tip
sebaiknya setelah dilumurkan kerambut, biarkan sehingga 15 mini t sebelum dicuci bersih.
Langkah kedua dan ketiga selangkan sehari atau sekurang-kurangnya sebulan 2 kali sudah memadai.
sumber : Norafiza Mahmud
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Kerana itu ramai yang cukup menitikberatkan soal penjagaan yang satu ini. Selain ke salun, anda boleh melakukkannya sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Wanita bernama Najwa Qadah berkongsi cara menjaga rambut dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Cukup mudah dan katanya kaedah yang dipraktikkan orang Arab ini dapat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur. Jom, cuba!
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna.. najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati❤alhamdulilahhh
bunga cengkih banyak kegunaan dia selain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
kelumumur rambut berminyak rambut gugur
mana2 shampoo pun boleh.. tp najwa beli untuk bby sbb ank2 boleh guna sama, bg rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni utk lebat kan rambut tp kesan dia banyak lagi.. najwa takdak gatal2 lagi2 time pakai tudung panas2 mcm skrg ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu? alhamdulilah rambut tak gugur berkilo?..
*najwa ambik petua ni dari org arab* bagi tahu siap2 satgi ada org bising plk?
dan jangan lupa.. pekej umrah rm4990 masih bukak lagi.. ambik upah badal haji untuk tahun 2019.. air zamzam botol kecil dan botol besar masih bukakkk untuk tempahan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebut daun pandan, selalu sangat kita kaitkan dengan naikkan aroma makanan. Sedapkan nasi lemak atau bancuhan air sirap kenduri, wajib ada daun yang satu ni.
Jarang pula kita dengar daun pandan boleh segarkan muka, apa lagi redakan jerawat? Ya itulah kelebihan daun yang satu ini.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di