Orang dulu-dulu selalu sarankan bila ada ahli keluarga yang terkena sawan, perkara pertama perlu buat kena letak sudu.
Namun lain pula saranan doktor ini dan sebaiknya kita ambil tahu untuk kepentingan bersama.
SAWAN: JANGAN LETAK SUDU!
Sawan atau ‘tarik’ adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti seorang individu. Antara manifestasinya adalah:
1. Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
2. Anak mata ke atas
3. Mulut berbuih
4. Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.
5. Kaki dan tangan tersentak-sentak.
Sawan berlaku disebabkan oleh demam yang tinggi, kadar gula yang rendah di dalam darah, gegaran dan kecederaan otak atau pun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.
Jika seseorang diserang sawan, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu individu yang diserang sawan.
1. Bertenang. Perhatikan keadaan mangsa, lihat sama ada mangsa mempunyai manifestasi sawan(seperti disenaraikan di atas). Jika ada, lihat jam untuk menentukan masa sawan bermula.
Jangan panik dan menggelabah. Jika anda panik, anda tak boleh berfikir dengan baik. Jika anda tak dapat kawal panik anda, terus telefon 999 untuk dapatkan bantuan.
2. Pastikan kawasan sekeliling mangsa bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. Jika ada benda berbahaya (contoh: gunting, pisau, jarum, api), alihkan daripada mangsa.
Tidak digalakkan alihkan mangsa melainkan berada di kawasan berbahaya. Kekejangan akan jadikan mangsa sukar dialihkan dan boleh menyebabkan kecederaan kepada anda dan mangsa.
3. Pusingkan mangsa ke posisi mengiring. Ini dapat mengelakkan air liur atau buih dari mulut daripada termasuk ke dalam saluran pernafasan. Pada posisi mengiring, air liur akan mengalir keluar mulut.
Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut mangsa. Ia boleh menyebabkan gigi mangsa rosak, atau mangsa tergigit jari anda. Jika mangsa tergigit lidah, lazimnya hanya bahagian kecil lidah sahaja.
4. Longgarkan pakaian dan aksesori yang dipakai oleh pesakit, contoh: cermin mata, tali leher, tali pinggang. JIka badan pesakit terlalu panas, tuam dengan air suam kuku untuk menurunkan suhunya.
Elakkan pakaian terlalu ketat jika anda atau anak anda mempunyai sejarah terkena sawan. Elakkan suka memakai barang kemas kerana berisiko hilang semasa anda diserang sawan.
5. Jika sawan berlangsung lebih 5 minit atau berulang-ulang dalam harinya sama, telefon 999 untuk dapatkan bantuan. Sawan berpanjangan dan berulang boleh merosakkan otak.
Jangan pegang pesakit dengan kuat untuk cuba untuk menahan atau memberhentikan pergerakan sawan. Jangan berikan ubat, makanan atau minuman melalui mulut semasa pesakit sawan.
Selepas sedar, mangsa lazimnya akan kelihatan mamai. Ia di panggil ‘post ictal drowsiness’. Berikan masa untuk mangsa bertenang dan sedar sepenuhnya. Jika kali pertama sawan, pergi jumpa doktor juga.
Kongsikan, agar lebih ramai tahu cara yang betul kendalikan orang diserang sawan.
Sudahlah keletihan, kali ini ibu hamil demam pula sehingga badan jadi lesu. Jangan dibiarkan lama jika demam berlarutan waktu hamil.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman.
Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil.
Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan. Melalui perkongsian
Ambil paracetamol
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol.
Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan.
Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.