Siapa yang tidak mahu anak. Lambat atau cepat semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah. Namun kita perlulah sentiasa berusaha pelbagai cara sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah sering mengamalkan detox rahim, kaedah menyingkirkan toksin dalam badan. Bila badan sihat, mana tahu usaha untuk mendapatkan cahaya mata lebih mudah.
Kaedah ini dianggap dapat mengatasi pelbagai masalah hormon seperti myoma, cyst, PCOS dan masalah organ intim lain. Bagaimana detoks berfungsi dan apakah tanda-tanda detoks rahim berjaya? Jom ikuti perkongsian ini.
Detox rahim
Detox rahim adalah kaedah membersihkan rahim untuk membuang toksin dalam badan. Di mana, ia bagus untuk kesihatan rahim secara keseluruhan.
Menurut American College of Obstetrics and Gynecology dan American Society for Reproductive Medicine, bahan kimia persekitaran toksik adalah pendedahan terbesar kepada manusia.
Kesan pendedahan kepada persekitaran beracun ini dipercayai juga boleh menjejaskan kesihatan reproduktif. Jadi, program kehamilan yang dirancangkan mungkin akan terganggu.
Ads
Kemunculan pelbagai penyakit reproduktif seperti PCOS, fibroid rahim, kehamilan ektopik, kegagalan ovari pramatang dan pelbagai penyakit reproduktif lain dipengaruhi oleh bahan kimia toksik dari persekitaran.
Bagi membersihkan kepada pendedahan ini dan meningkatkan kesuburan, anda boleh melakukan detox rahim. Menurut Premama Wellness, detox rahim sangat disyorkan untuk wanita yang mempunyai masalah hormon seperti:
PCOS
Myoma
Cyst
Haid tidak teratur
Rahim kotor
Herba atau bahan semula jadi disyorkan untuk digunakan sebagai detoks rahim kerana ia dianggap lebih natural dan selamat. Kandungan bahan semula jadi mempunyai kesan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, kaedah detoks ini dijalankan dengan cara tertentu dan dalam jangka masa yang panjang.
Ads
Tips detox rahim yang selamat untuk tubuh
Bagi mengetahui tanda-tanda detox rahim yang berjaya boleh dilakukan dengan cara yang selamat dan semula jadi, menurut Natural Fertility, iaitu:
* Hanya makan makanan sihat.
* Rajin bersenam.
* Minum air lemon setiap hari dan seimbangkan dengan air putih.
* Rajin lulut (peeling) kulit tubuh.
* Detox dengan ramuan herba.
* Buat kawalan minda dan pengurusan tekanan.
* Mencuba urutan kesuburan.
* Manfaatkan terapi minyak jarak (castor oil).
* Mandi detox.
* Mengubah pola pemakanan sihat.
Beberapa bahan semula jadi untuk detox rahim yang disyorkan seperti:
* Halia
* Motherwort
* Cengkih
* Lemon
* Madu
* Kayu Manis
* Ketumbar
* Pelaga
* Raspberi
* Rumpai Laut
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ada benarnya orang selalu bercakap, ‘apa yang kita makan itulah diri kita’. Andai ingin dikaitkan dengan tahap kesihatan juga tidak jauh bezanya, jika seseorang itu mengambil pemakanan dan gaya hidup sihat maka kurang berisiko untuk mendapat penyakit. Berbanding jika seseorang itu mengamalkan pemakanan yang berlemak dan manis, maka tidak hairanlah tubuh badannya mudah mendapat pelbagai penyakit.
Ini memandangkan, ada sesetengah makanan jika diambil berlebihan akan melemahkan sistem imum tubuh, hal ini dijelaskan melalui perkongsian di akaun fb Dr Hafiz Sulaiman yang juga dikenalai dengan jolokan nama pejuang kesihatan.
Jadi ambil langkah serius untuk kita pastikan seisi keluarga mengamalkan pemakanan sihat untuk kekal sihat tanpa penyakit!
Musim wabak ni..eloklah kita lebih cakna pemakanan kita dan keluarga. Makanan di bawah ini bukan sahaja berisiko sebabkan badan kita radang, lemah dan sakit-sakit..angin..Ia juga lemahkan imuniti badan.
GULA MELEMAHKAN SISTEM IMUN
Kajian tahun 1970an mendapati pengambilan gula sebanyak 100gram mengganggu fungsi sistem imun. Didapati 40% sel darah putih kurang efektif membunuh kuman badan.
Pemenang hadiah nobel, Linus Pauling juga mendapati manusia memerlukan vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Malangnya, pengambilan gula mengurangkan penyerapan vitamin C. Vitamin C terpaksa bersaing untuk diserap kerana kehadiran gula tinggi dalam makanan dan minuman. Kajian juga menunjukkan gula berlebihan merosakkan lapisan sistem pencernaan…menyebabkan keradangan..Mengganggu imuniti badan.
Ini kerana lapisan sistem pencernaan ini PUSAT SISTEM IMUN badan. Majoriti sel imun badan membunuh kuman juga berada di sistem pencernaan. Hanya satu sudu gula saja diperlukan oleh badan setiap masa. Jika nak kuatkan sistem imun, elakkan mengamal minuman manis setiap kali lepas makan.
Jangan bagi anak kita gula-gula dan coklat sebagai ganjaran. Tolong sangat ibu bapa prihatin. Ketahuilah.. tiada minuman kotak atau tin di 7eleven atau family mart yang “kurang gula” dan berbaloi diminum kecuali air kosong.
BERPANTANG MANIS
Cubalah seminggu tanpa makanan dan minuman manis. Nescaya kita akan rasa perbezaan ketara selepas seminggu “berpantang” manis ini.
Jangan risau masalah “hypoglycaemia” jika kurang gula. Banyak makanan kita sebenarnya mengandungi gula tersembunyi. Jika badan lemah, susah nafas, pening, rasa sangap sangat gula bila mula pantang gula…
Sebenarnya itu tanda kita ketagih gula. Mulakan langkah menguatkan kembali imuniti badan. Insha Allah, anak-anak kita susah sakit, demam dan batuk selsema.
Alahan, keradangan.seperti ekzema, resdung..sakit kepala migrain akan berkurangan.
Tidak syak lagi pada saya. Berlebih gula itu bawa bala. Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak bari dan bala akibat gangguan imuniti. Ameen.
Mungkin bila kita sebut tentang penggunaan minyak kunyit, ianya bukanlah begitu popular seperti mana penggunaan minyak bawang putih atau sebagainya dalam membantu melegakan permasalahan kegatalan kulit.
Namun, perkongsian pengalaman Ilya ketika waktu kecil dahulu,di mana ibunya sering menyapu minyak kunyit ini bagi melegakan masalah kegatalan kulit yang dialami, nyata begitu serasi dengannya.
Dan untuk itu, ingin dikongsikan bagaimana cara Ilya menyediakan bahan untuk hasilkan minyak kunyit agar lebih ramai dapat manfaatkan khasiatnya.
Ini perkongsiannya:
Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah
Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.
Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuhnya.
Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah.
Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.
Bahan-bahanya:
Kunyit
Santan
Garam bukit
Cara-caranya:
Step 1 : Tumbuk kunyit sampai lumat
Step 2 : Campurkan dengan santan
Step 3 : Kacau dan masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.
Cuaca yang tidak menentu ditambah dengan kualiti udara yang tidak baik kini, ramai anak-anak yang tidak sihat dan demam serta batuk berpanjangan. Jangan cemas merawat anak demam sebaliknya rawat anak sebaiknya dan pantau kesihatan anak.
Apa nak buat bila anak demam? Ini yang dikongsikan oleh Dr. Erna Nadia sebagai panduan mak ayah untuk memantau anak demam.
Sedikit tips apabila anak tidak sihat:
1. Berikan ubat demam ( paracetamol) setiap 6 jam sekali. Jika anak ada G6PD, boleh bagi ibuprofen pada anak ( elok dapatkan nasihat doktor ya).
2. Pastikan anak memakai pakai yang nipis. Tidak perlu bedung atau selimut mereka. Nanti lagi panas badan mereka.
3. Kerapkan anak anak mandi atau lap badan mereka. Ini untuk pastikan suhu mereka turun.
4. Bantu mereka minum air kosong dengan kerap. Sejam sekali offer mereka minum. Semasa tidak sihat, badan perlu lebih untuk sejukkan badan dan juga untuk pastikan organ berkerja dengan padu untuk melawan jangkitan kuman.
5. Biar mereka berehat. Semasa anak kecil tidur, sewaktu itulah badan mereka sedang melawan kuman dan sewaktu itulah proses pemulihan berlaku.
6. Jika mereka ada batuk, selsema, sakit tekak, muntah, cirit atau simptom lain, berikan mereka ubat setelah mendapat rawatan dari doktor.
7. Offer makanan yang mudah ditelan dan dihadam oleh anak anak. Jika mereka tak mahu nasi, tak perlu paksa. Bagi apa yang mereka mahu makan contohnya roti, sup, buah. Asalkan mereka makan.
8. Jika demam ( suhu lebih 39) sudah melebihi 3 hari, walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, terus bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
9. Jangan lupa lakukan ujian covid-19, influenza atau RSV untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
10. Jika anak kelihatan lemah, lesu, tak mahu makan dan minum, pampers kering hampir seharian, menangis tiada air mata, nafas laju, nafas berbunyi, menangis kuat tanpa boleh dipujuk, muntah atau cirit melebihi 10 kali, sawan atau perut keras, teruslah bawa ke jabatan kecemasan hospital bagi pemeriksaan lanjut. Inilah tanda amaran pada anak kecil.
Harap membantu dan semoga dipermudahkan segala urusan kita.