Nama Ana Raffali suatu ketika pernah menjadi perhatian ramai apatah lagi selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku sekali gus mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan nama-nama hebat dalam industri muzik tempatan.
Penyanyi Ana Raffali juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya. Pun begitu nama Ana Raffali seakan hilang dari radar dunia muzik tempatan semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Baru-baru ini berkongsi berita gembira, penyanyi Ana Raffali yang juga merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi Instagram. Menerusi posting sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu.
“Alhamdulillah, syukur saya dianugerahkan Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Ads
“Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajian saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ana turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong dan membantunya sepanjang pengajian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan kenalannya tumpang rasa gembira dengan pencapaiannya malah turut mendoakan agar Ana akan terus berjaya di masa akan datang.
Setiap kali tiba hujung bulan, pasti ramai yang tersenyum gembira kerana dah sampai masanya untuk dapat gaji. Namun kegembiraan itu tidak lama, selepas ditolak hutang dan perbelanjaan itu ini, hanya tinggal suku sahaja baki yang ada. kadangkala tidak mencukupi untuk membayar semua hutang.
Inilah yang membuatkan ramai mengeluh kerana bukan sahaja tidak mampu membeli barangan yang dihajati, malah untuk menyimpan pun tak boleh. Bayangkan kalau yang bergaji 5-6k sebulan pun tidak mencukupi apatah lagi yang lagi rendah kan.
Tetapi jika kita bijak dalam membuat kiraan dan bajet, pasti tidak akan timbul masalah. sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian. Cuma kena guna formula yang betul.
berikut adalah perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor dengan berpandukan Formula 30:60:5:5.
Caranya mudah, cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu: Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)
> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No.3 Bocor (5%) Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh: > ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No.4 Sampah (5%) Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh: > Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik > Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tip mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki kan.
Akibat peningkatan kes Covid -19 secara mendadak baru-baru ini, ramai yang terkesan, termasukalah penuntut pengajian tinggi. Rata-rata mereka yang berjaya dan yang sepatutnya mendaftar masuk, terpaksa pulang semula ke kampung masing-masing.
.
Ramai yang meluahkan rasa sedih tak kurang yang berkongsi kesukaran yang terpaksa dialami mereka untuk mendaftar dan kemudiannya diarahkan pulang. Peka dengan masalah terutama sekali daripada segi kewangan yang melanda para penuntut, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah mengambil inisiatif membantu membawa balik penuntut-penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan menyediakan kemudahan bas untuk membawa pulang pelajar.
.
Bagaimana pun, niat murninya tidak mendapat persetujuan daripada pihak universiti kerana mendakwa pendakwah tersebut tidak mendapat kebenaran rasmi.Bukan itu sahaja, Ebit Lew terpaksa memohon maaf atas masalah tersebut.
.
Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama yang dihormati vice cancelor prof dato upsi sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.
.
.
Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Saya usahakan Bas besar vvip supaya ada ruang besar sikit ada jarak. Kerusi besar. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan. -ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malam tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar selepas hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai beliau namun tidak cukup mengenali secara dekat. Untuk itu, mari kita selami dengan lebih mendalam mengenai perjalanan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di bawah ini.
Latar belakang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan iaitu Desa Shafat at-Turab, Mahallah al Kubra, Gharbiah di Mesir.
Difahamkan, bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur sekitar 2 tahun. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh ibu, bapa saudara dan datuknya.
Sewaktu berada di sekolah menengah (peringkat thanawi) ibunya difahamkan telah meninggal dunia.
Sejarah Pendidikan
Sejak kecil lagi, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terkenal dengan kepintarannya apabila sentiasa mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di sekolah menengah. Beliau juga mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah daripada individu tempat pertama.
Menginjak dewasa, beliau telah melanjutkan pengajian di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih sijil Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.
Kecintaan beliau dalam ilmu tidak berhenti disitu apabila beliau terus melangkah ke menara gading dengan memilih Universiti Al- Azhar sebagai destinasi yang seterusnya meskipun dirinya menerima tawaran di Dar al-Ulum, Kaherah. Di Universiti itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin.
Pada tahun 1973, beliau telah meraih gelaran doktor setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Jawatan yang pernah disandang
Kecerdasan minda beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, beliau turut aktif dalam program berbentuk kepimpinan dan menyandang pelbagai jawatan.
Ciri-ciri kepimpinan beliau terserlah apabila menyandang jawatan pada pelbagai peringkat seperti Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar dan Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.
Selain itu, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi turut menjawat jawatan penting seperti menjadi Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin iaitu Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan banyak lagi.
Guru-guru Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Cintanya dalam berjihad di medan ilmu sangat mendalam. Perkara ini sangat jelas apabila beliau banyak berdamping dengan guru-guru yang terkenal.
Antara guru yang pernah beliau menuntut ilmu termasuklah Syeikh Hamid Abu Zuwail, Syeikh Ali Khalil, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Daffar, Syeikh AL-Munafi dan banyak lagi.
Karya Penulisan
Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al-QaradawiGambar: Egypt Student Information
Al-Qaradawi banyak berbakti dalam bidang penulisan dan sering menyampaikan dakwah serta membentangkan kertas kerja pada peringkat kebangsaan mahupun global.
Penglibatan dalam penghasilan karya yang berkualiti tinggi oleh beliau menjadi sumber rujukan kepada para ulama.
Difahamkan, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.
Karya-karya yang dikarang oleh beliau sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan lagi, buku-buku tersebut merupakan cetusan ideanya dalam membawa wawasan perjuangan dan ideologi Sheikh Yusuf Al-Qaradawi secara terperinci.
Beliau sering mengupas karya ilmiah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman al-Qur’an dan al-Hadith dan bidang Tauhid. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Fiqh al-Zakat 2 jilid, Fatawa Mu’asarah 2 jilid, Haqiqat al-Tawhid dan banyak lagi.
Kecemerlangan dan pengaruh yang ditonjolkan oleh Al-Qaradawi telah membuatkan beliau menerima pengiktirafan ulama dunia yang diberikan oleh para gurunya.