Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah setiap ujian yang ditanggung oleh setiap antara kita.  Tidak kira siapa kita, ujian itu akan selalu ada, datang tanpa mengira masa dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Bahkan saat meniti usia senja sekali pun, ada antaranya diuji bukan sahaja ujian kesihatan malah ujian kewangan dan sebagainya.

Ini sebagaimana perkongsian @jenjibam di Twitter yang mencuri perhatian warganet bila berkongsi sekeping gambar lelaki yang telah berumur datang ke tempatnya untuk meminta kerja.

Malah apa yang lebih menyentuh hati warganet bila difahamkan lelaki tua ini sebenarnya mempunyai 11 orang anak, namun diusia senja sepertinya itu masih tetap gigih mencari kerja untuk menampung perbelanjaan barang dapur dan keperluan lainnya.

“Anak 11 Orang, Tak Boleh Hulur…”- Lelaki Ni Kongsi Realiti Ayah Tua Umur 75 Tahun Masih Cari Kerja!

75 Tahun Masih Mencari Kerja

Umur dah masuk 75 datang minta kerja. Anak 11 orang dari isteri pertama, semua dah berkeluarga. Isteri kedua OKU, dapat anak juga OKU. Nak cari duit untuk sara anak dan bini yang OKU.

Anak dia yang 11 orang tu aku doakan anak-anak diorang balas balik la.

Kau rasa aku bagi kerja ke?

Of course la aku sebagai majikan ambik dia kerja. Selagi mana orang tu betul nak kerja, aku macam biasa la sentiasa bagi ruang dan peluang.

IKLAN

Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik!

Yang aku nak highlight ni bukan part aku bagi kerja. Tapi jenis anak ramai buat tak reti kat bapak sendiri.

Bapak sorang boleh bagi makan kat anak 11 orang. Anak 11 orang tak boleh hulur kat bapak dia sorang sikit.

Pakcik tu tahan sebak masa dia cerita. Tapi tu la, kita sebagai bapak ni kena kental jiwa dan sanubari.

Kita kalau kena abai esok walaupun dengan anak sendiri, kita kena kekal steady dan terus berdiri atas dua kaki.

IKLAN

Mulut anak pun kita boleh suap, inikan pula mulut sendiri.

By the way, pakcik ni kahwin kali kedua lepas isteri pertama dia meninggal.

P/S: Moga jadi teladan buat kita semua. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu bapa kita

Ini pula antara komen warganet:

“Anak 11 Orang, Tak Boleh Hulur…”- Lelaki Ni Kongsi Realiti Ayah Tua Umur 75 Tahun Masih Cari Kerja!

IKLAN

 

 

“Anak 11 Orang, Tak Boleh Hulur…”- Lelaki Ni Kongsi Realiti Ayah Tua Umur 75 Tahun Masih Cari Kerja!

 

“Anak 11 Orang, Tak Boleh Hulur…”- Lelaki Ni Kongsi Realiti Ayah Tua Umur 75 Tahun Masih Cari Kerja!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Anak 11 Orang, Tak Boleh Hulur…”- Lelaki Ni Kongsi Realiti Ayah Tua Umur 75 Tahun Masih Cari Kerja!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI