Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
AC Mizal Artis Pertama Buka Stesen TV, Pernah DiPerlekeh Mujur Datin Emylia Beri Sokongan Kuat.
Siapa yang tak kenal dengan pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan, Datuk AC Mizal yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya.
Siapa sangka dulu hanya biasa-biasa aje dalam dunia hiburan tanah air, kini Datuk AC Mizal melangkah setapak lagi dalam dunia hiburan dengan membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun setiap kali membuat kelainan pastinya ada cabaran yang menunggu! Tidak kecuali menghadapinya. Malah AC mengakui menerima sindiran dan diperlekehkan oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan.
“Memang keadaan itu berlakv. Marah itu ada, tapi itu menjadikan saya lebih bersemangat sebenarnya. Sebelum saya mula SUKE TV ini, ketika itu, ia merupakan percubaan kali terakhir saya. Saya dah nak pulangkan lesen dah.
“Lesen itu sudah ada sebelum saya mula lagi dan kena bayar setiap tahun kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
DI SEBALIK KEJAYAAN SUAMI , ADA ISTERI DIBELAKANG.
Biarpun dikritik oleh orang disekeliling dengan impian yang masuk akal itu, Kata AC, dia bersyukur kerana isterinya, Datin Emylia Rosnaida sentiasa meletakkan kepercayaan kepada dirinya.
“Kami berdua ini nasib baiknya memang selalu berfikiran positif. Kita tetap nak buat. Nampaknya Tuhan tetap nak bagi rezeki menerusi SUKE TV ini sebab banyak dah bisnes lain yang dijalankan sebelum ini,Allah tetap bukakan jalan yang ini.
“Memang kami tawakal saja pada Allah dan akhirnya di hujung-hujung perasaan dah nak putus asa itu, Dia realisasikan hasrat kami ini. Saya pun pasang niat nak bantu orang, nak beri peluang pekerjaan kepada ramai orang.
“Mungkin kerana itulah, Dia kurniakan peluang ini kepada saya dan isteri. Bayangkan, kamilah artis pertama yang membuka stesen televisyen dalam negara ini, siapa sangka?”katanya.
APA ITU SUKE TV
SUKE SHOP merupakan saluran membeli belah secara dalam talian di bawah jenama SUKE TV yang dimiliki oleh pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal.
Mula bersiaran sejak April lalu, SUKE TV bukan sekadar menjanjikan program hiburan menarik, malah ia juga menjadi platform buat usahawan tempatan memasarkan pelbagai jenis produk mereka menerusi SUKE SHOP.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya memaparkan promosi dengan menjadi salah seorang pembeli bertuah memenangi kereta mewah jenama Ferrari atau wang tunai RM1 juta dengan setiap pembelian bernilai RM100 menerusi peraduan Suke Menang di SUKE SHOP.
Selain hadiah lumayan itu, SUKE SHOP juga menawarkan baucar bernilai RM10 juta untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli baharu di laman suk3shop.com.
Sebelum ini viral dengan resepinya Ayam Sambal Bali sehingga 1.4 juta share! Terbaru pula, resepi Overnight Fruity Oats menjadi viral pula dengan 42 ribu lebih share. Wow hebat betul resepi ibu beranak lima ni!
Menerusi laman facebooknya Aisha Shukor Mohd Fairuz melahirkan rasa bersyukur resepi Overnight Fruity Oats bermanfaat untuk semua dan tidak menyangka telah dikongsi sebanyak lebih 42 ribu dengan carian 2.2Million people reached bagi resepinya itu.
Ikuti perkongsian resepi viral ini laman facebook keduanya Main Masak2 Aisha Shukor . Mudah dan sihat bagi keluarga yang mementingkan pemakanan yang sihat.
Okey siapp “Overnight Fruity Oats” energy booster yg nikmat nyamann tak muak versi Aisha Shukor (diulangi versi sy,cara sy ye) utk Breakfast kat ofis n stok bila lapo..sehari satu jar,blh ulang bukan suruh hadap skali smp habis okeyy..ni sy buat lebih sbb nk bg kwn2 rasa sama asyik belasah nasik lemak,mee goreng segala bagai kali ni kita eat clean pulak. Sape suka,blh buat sendiri dah..bahan smua mudah jumpa kat supermarket,senang sgt..nk mkn nanti baru gaul..mkn sejuk2 aduhaii nyum3. kenyang abadi gitew. Saya buat mlmni,utk mkn esok dan lusa. Nama pun “Overnight Oats” kan
Berikut perkongsian cara membuat Overnight Oats
Bahan-bahan; Rolled oats (sy xguna instant oats,muesli atau nestum ye..cari yg “Rolled Oat” apa2 brand pun ok..knp rolled oats,sbb dia x memuakkan dan tidak diproses mcm oats biasa atau nestum..tp klau uolls nk jugak guna selain rolled oats,pun xde masalah..uolls yg nk mkn kan?) Natural yogurt perisa asli Low fat fresh milk (sy suka summerfields n farmfresh..nk guna yg lain pun xde masalah) Chia seeds
Pure honey
Buah2an ikut suka (sy guna epal hijau n strawberry)
Kismis
Plastic Jar yg medium size..bkn yg paling kecik n bkn yg besar (beli kat Mr DIY rm1.79 je satu)
Cuci n bersihkan jar n bilas skali lalu dgn air panas..toskan..masuk rolled oats stgh jar
Letak fresh milk menutupi paras oats
Masuk satu camca kecil chia seeds (pasti kan minum air masak byk ye sbb chia ni panas sikit tp bagus utk yg sedang diet)..xnak letak pun xpe
Masuk satu sudu natural yogurts
Letak kismis ikut suka..nk letak kekacang pun blh tp sy xminat campur buah dgn kacang
Last skali letak honey agak2 utk rasa manis2 buah je ye dlm sesudu la
Siap..tutup n masuk fridge..bukan tempat beku yer kang jadi eskrem pulak hihi..selamat mencuba..
Buat agak2 utk makan esoknyer atau lusa je okey..senang je kan nk buat..buat la masa rasa nk mkn..xyah buat stock..ini bukan mcm dadih blh tahan berminggu2 okeyy syggzzz..oh ya,lagi satu klau nk buat bekas kecik2 pun blh buat sekali mkn..kang ada pulak yg kecam kata sama kalori mcm sepinggan nasi lemak pulak kan..padahal kita buat satu jar sehari bkn suruh peghabis skali hadap..blh faham ye
Hafiz Suip kembali bergelar suami apabila penyanyi terkenal itu memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi pada hari ini. Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Hafiz dalam satu temu bual radio, sekali gus mengejutkan ramai peminat yang tidak menyangka berita gembira tersebut.
Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, menyifatkan fasa baharu dalam hidupnya ini sebagai satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Dalam nada tenang namun jelas teruja, beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk sekali lagi membina keluarga.
Menurut pelantun lagu Ku Akui itu, majlis pernikahan dijangka berlangsung pada petang ini, kira-kira selepas solat Jumaat. Berita Hafiz Suip kembali bergelar suami menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan rakan industri hiburan tanah air.
“Petang ini kira-kira selepas solat Jumaat, insya-Allah saya akan membina masjid baharu. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi. Itu satu rezeki bagi saya,” katanya.
Pengumuman bahawa Hafiz Suip kembali bergelar suami dibuat secara sederhana namun cukup bermakna, selari dengan keperibadiannya yang lebih selesa berkongsi perkara penting secara rasmi.
Mengulas mengenai perasaannya selepas Hafiz Suip kembali bergelar suami, beliau tidak menafikan wujud rasa cemas untuk memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi. Namun baginya, kehidupan perlu diteruskan dengan hati yang kuat demi masa depan dan insan tersayang.
“Nak kata cemas, ya tapi kita perlu ‘move on’, kuatkan hati untuk masa hadapan dan orang yang tersayang,” ujarnya.
Kata-kata tersebut menggambarkan kematangan Hafiz dalam melalui fasa kehidupan yang penuh warna-warni. Keputusan Hafiz Suip kembali bergelar suami pastinya dibuat dengan pertimbangan mendalam, terutama demi kebahagiaan keluarga dan anak-anaknya.
Bagaimanapun, Hafiz memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita yang berjaya memenangi hatinya. Ketika ditanya mengenai siapakah pelengkap hidupnya itu, beliau hanya menjawab ringkas, “Pelengkap saya itu, nanti-nantilah.”
Tindakan ini dilihat sebagai usaha menjaga privasi pasangan serta memberi ruang kepada keluarga untuk melalui detik bahagia tanpa tekanan perhatian umum walaupun Hafiz Suip kembali bergelar suami menjadi perhatian ramai.
Dalam pada itu, Hafiz turut merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi serta membantu melancarkan urusannya sehingga Hafiz Suip kembali bergelar suami dengan lancar.
“Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi, terima kasih kepada semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong saya.
“Semua peminat di luar sana, doakan kerjaya, kesihatan saya. Saya akan buat yang terbaik untuk semua dalam industri seni,” katanya lagi.
Doa dan sokongan peminat sememangnya menjadi kekuatan buat anak jati Kuching, Sarawak itu untuk terus bertahan dalam industri seni tanah air.
Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.
Berita Hafiz Suip kembali bergelar suami ini pastinya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Apa pun, sebagai insan biasa, setiap orang berhak mencari kebahagiaan dan membina semula kehidupan.
Semoga perkahwinan baharu yang dibina ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan buat Hafiz serta seluruh keluarganya. Perjalanan baharu selepas Hafiz Suip kembali bergelar suami diharap menjadi lembaran yang lebih indah dan penuh makna.