Pantang cuti sekolah, mesti akan ada orang yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan. Mana tidaknya, barulah ibu ayah boleh ambil cuti lebih sikit untuk terus berjalan-jalan dan tak rasa bersalah untuk pontengkan anak sekolah!
Tidak terkecuali, pelakon cantik manis orangnya, Reen Rahim mendedahkan dia akan menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, Reen mendedahkan permintaan ibunya terhadap bakal suami untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bukan wang mencecah puluhan ribu ringgit, sebaliknya hanya senaskah al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan sebagai hantaran.
“Saya tak pasti boleh cerita atau tidak… tetapi ketika bertunang, ibu saya jawab mengenai hantaran. Ibu kata: ‘Anak aku tak ternilai’ dan menurut ibu dia hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskhah Al-Quran yang telah dikhatamkan.
“Selain Al-Quran, ibu juga meminta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.
Ads
Mengulas tentang perkara tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak membantah apa ditetapkan oleh ibunya terhadap bakal suami yang juga seorang ahli perniagaan.
“Saya sebenarnya suka (permintaan ibu) sebab saya tidak boleh minta tunang jadi suami yang baik… suami yang boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.
“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, Reen memaklumkan bakal suaminya yang turut bekerja dalam bidang seni sedang menghabiskan bacaan 30 juzuk dengan meminta pandangan golongan yang arif.
“Dia ok dengan permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, dia sering memuat naik posting meluangkan masa untuk belajar mengaji bersama ahli keluarganya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim itu mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr. H pada hujung bulan ini.
Penyampai radio dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu, menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anak lelakinya.
Menerusi perkongsian yang menyentuh hati di Instagram, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen gembira yang membuatkan air matanya tidak henti mengalir sempena genap ulang tahunnya ke 40 tahun.
Dalam hantaran itu, Jep seolah-olah memberi bayangan bahawa anaknya didiagnos autism menerusi hashtag ta, #anakabah#anaksyurga#autism yang ditinggalkan di ruangan kapsyen.
Pun begitu, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.
“Harini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir.”
“Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini. Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.
“Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu.”
Ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini. Sesungguhnya, anak-anak ini adalah anugerah dari syurga hadir dengan ujian, tetapi juga membawa rahmat yang tak ternilai.
Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak mampu dibalas waima dengan wang ringgi yang menimbun. Kerana itu anak-anak dituntut supaya berbuat baik kepada kedua-duanya kerana pada merekalah terletaknya syurga.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Salwani menerusi laman Twitternya telah memuatnaik satu foto ayahnya sibuk menyiapkan ‘order’ seseorang padahal sebenarnya, jambak duit itu untuknya daripada anak-anak tercinta.
Salwani sebelum ini pernah memuat naik kisah arwah ibunya sehingga tular. Kini dia berkongsi kisah ayahnya. Cukup menyentuh hati kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.
Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon.
Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada
Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon. 😂😂 Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada 🥺😢 pic.twitter.com/tKAjzRhiZF
Salah satu kebahagiaaan dunia bila dapat bahagiakan mak ayah. Mak dah takde. Tinggal yang ni sorang je yang masih lagi boleh dihargai. Semoga panjang umur ayah. Semoga panjang umur. Tak minta banyak pun. Semoga terus panjang umur ayah. Bagilah masa utk anak anak terus berbakti 🤲
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Untuk itu, sudah tentu memerlukan sikap yang saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan ini sudah tentu hubungan makin sweet dalam mewujudkan keharmonian yang berterusan.
Pelbagai petua untuk kekal bahagia. Barangkali petua ini boleh dijadikan panduan untuk kita muhasabah diri untuk menjadikan diri dan pasangan kita terus sweet.
1.Utamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2.Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3. Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4.Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5.Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6.Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7.Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8. Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9.Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10.Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Sumber: tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di