“Anak sulung saya sampai langsung tak bercakap dengan ahli keluarga lain sehinggalah majlis pengebumian selesai. Namun sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT.”
Tragedi dua helikopter Tentera Diraja Malaysia (TLDM) terhempas pada 23 April lalu masih menjadi igauan buat kita. Tiada galang ganti buat pemergian pewira negara ini.
Salah seorang yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang bertembung di udara dan terhempas ketika sedang menjalani raptai itu ialah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41
Suami Allahyarham, Pegawai Waran I Muhammad Faizul Kameh, 42, percaya ketiga-tiga anaknya iaitu Muhamad Alif Farhan, 16, Nur Alwani Fatihah, 12, dan Nur Alwani, 9, cukup kuat untuk menerima ketentuan Ilahi meskipun masih bersedih.
Tiga orang anak Allahyarham sebelum tidak dapat menerima hakikat dan terkejut dengan tragedi yang menimpa ibunya.
“Anak sulung saya sampai langsung tak bercakap dengan ahli keluarga lain sehinggalah majlis pengebumian selesai. Namun sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT.
Muhammad Faizul juga meluahkan rasa syukur setelah ketiga-tiganya sudah menerima kenyataan ketiadaan ibu mereka. Dia berkongsi rasa hati ketika ditemui di kediamannya di Pangkalan TLDM Lumut semalam dalam ‘Sesi Ziarah Waris Mangsa Nahas Udara TLDM bersama Timbalan Menteri KPWKM , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ads
URUSKAN ANAK
Muhammad Faizul yang bertugas di Kuantan, Pahang sejak enam bulan lepas berkata, akan berpindah ke Lumut bagi memudahkan urusan menjaga ketiga-tiga anaknya.
“Selepas apa yang berlaku saya fikir untuk kembali ke Lumut kerana anak sulung bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dan saya tak mahu dia hilang fokus.”
Ads
Suami Allahyarham, Pegawai Waran I Muhammad Faizul Kameh, 42, berkata, dia percaya ketiga-tiga anaknya iaitu Muhamad Alif Farhan, 16, Nur Alwani Fatihah, 12, dan Nur Alwani, 9, cukup kuat untuk menerima ketentuan Ilahi meskipun masih bersedih.
Keluarga berkenaan di kunjungi oleh Timbalan Menteri KPWKM , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melakukan lawatan kerja ke Perak bagi menziarahi ahli keluarga waris mangsa nahas helikopter TLDM baru-baru ini.
Melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM menyalurkan RM3,000.00 di bawah Skim Pemberian Ehsan, Kit Kanak-Kanak & Kit Bakul Makanan (PEKA) kepada keluarga waris.
Terdahulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberikan sokongan psikologi beserta RM300 Tabung Bantuan Segera kepada keluarga mangsa.
Ads
Turut bersama dalam lawatan hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Puan Nordina Haron, Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM, Puan Siti Fatimah Ismail, Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif JKM, Puan Liah Pariuk, dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Perak, Puan Fairus Bahar.
Turut disantuni merupakan rumah waris Allahyarham PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi yang terletak di Lekir, Sitiawan, Perak dan waris mendiang Lt. Sivasutan a/l Thanjapan di Sitiawan.
Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini. Kejadian itu menyebabkan 10 anggota termasuk arwah, terkorban.
Sumber & Foto: Sinar Harian dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan bukan mudah untuk bergelar ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahayamata pertama. Tentu kehidupan akan berubah 360 darjah. Jika sebelum ini dapat tidur lena tanpa gangguan dan waktu banyak dihabiskan aktiviti bersama isteri dan kawan-kawan di luar, kini sebaliknya.
Situas yang sama juga dilalui oleh para suami yang turut sama membantu isteri menguruskan bayi yang baru lahir. Inilah cabaran manis yang akan dilalui oleh setiap pasangan suami isteri yang baru mendapat permata hati.
Sebagaimana perkongsian pengacara My Doctor ini, Dr Say Shahzril yang berkongsi pengalaman pertamanya menjaga bayinya dan beranggapan ia bukan urusan yang mudah.
Topik : Saya Koyak
Terus terang sy cerita yg this is tougher than what i expect. Sy ingat things r gonna get easier with time but it doesn’t seem so. Sy xboleh brain mcm mana paternity leave kt Msia ni dpt seminggu ja pdhl sy amik sebulan off masih rasa x bersedia nk tinggalkan bini berdua ngn baby.
Lepas sebulan konon sy rasa boleh rungkai dia but i was wrong sb baby sy teramat unpredictable. Satu hari perangai dia A keesokannya perangainya trus Z, satu masa die tdo 3jam skang setiap 1.5jam dh celik, satu masa die boleh tido sendiri skang kne dukung dkat 30minit baru lelap.
Terdahulu, beliau juga berkongsi kisahnya menguruskan bayinya termasuk perihal bedung bayi dan tak cukup tidur kala membantu isteri menguruskan bayinya. Ikuti perkongsiannya bapa muda ini.
Menarik perkongsian Dr Say, moga menjadi inspirasi kepada pasangan yang akan bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Moga menjadi suami yang menjadi pelengkap isteri untuk membantu menguruskan permata hati dengan sempurna.
Sumber: Instagram Dr Say
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri inginkan bahagia hingga hujung nyawa. Biarpun dugaan yang datang, tetap menempuhinya dengan tabah.
Biarpun, mempunyai anak pasangan suami isteri harus meluangkan masa untuk keluar atau ‘dating’ bersama.
Usia perkahwinan yang sudah lama bukan alasan untuk tidak kekal kan romantis.
Menarik dengan perkongsian wanita ini, wawa shauqi mengenai cara untuk eratkan hubungan suami isteri.
Cara eratkan hubungan suami isteri
Orang kata, sekali sekala suami isteri kena berdating.
Saya tarik nafas panjang. Lepaskan seberat-berat beban keluhan yang tersimpan.
Sepanjang 10 tahun kahwin ni, belum pernah lagi kami dating berdua. Plan pun tak ada.
Dating kami hanya di rumah. Waktu anak dah tidur. Atau waktu anak pergi sekolah. Itupun, dating seminit dua beli kuih bersama. Sebab lepas tu husband dah perlu gegas ke ofis.
Waktu ambil vaksin berdua hari tu baru merasa jenjalan berdua. Tu pun rasa canggung. Macam ada sesuatu yang tercicir. Rasa ada organ dalaman yang tertinggal. Habis je vaksin, menggelupur ambil anak.
Nak kata kami sentiasa lekat dengan anak, idak juga.
Sebab ada hari yang saya perlukan me time, suami akan take over. Kalau suami perlukan me time, saya pulak take over.
Awal tu, down juga bila orang kata laki bini wajib cari masa dating. Down sebab kesempatan tu susah kami nak jumpa.
Tapi bila kami berdua bincang, kami pilih untuk ‘dating’ ikut cara yang kami selesa. Dating ikut piawaian sendiri.
Lepas hantar anak, kami sesama pergi cari makan berdua. Tak pun bersembang sambil cicah biskut kering lepas tidurkan anak.
Ada hari yang kami on movie di tengah malam sambil lumba lipat kain bersama.
Kadang-kadang, saja saya mengadu sesuatu nak dengar dia bercakap acah-acah pakar motivasi.
Mungkin tak seromantik mana. Tapi cukup bagi kami untuk tautkan semula hati dengan rasa cinta.
Kalau ada yang sekapal dengan kami, cubalah. Usahakan.
Usaha adakan masa bersama. Usaha buat pillow talk. Usaha makan bersama. Usaha sebantal bersama. Usaha sambut hari penting sehabis baik.
Kami pegang nasihat seorang sahabat. “Perkara yang kita usahakan secara ‘istimewa’, akan bertambah istimewa. Kalau kita ambil sambil lewa, spark pun susah dah nak menyala.”
Tapi, kalau rasa mustahil nak adakan masa berdua, jangan down-down. Boleh jadi, masa bermesra bersama dengan anak-anak tu lebih bermakna. Sebab boleh jadi itu adalah rezeki kita yang tak ramai orang mampu nak ada.
Yang penting, jangan fokus pada benda yang kita tak dapat buat. Tapi fokus macam mana nak perindahkan perkara yang kita mampu buat.
Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kejang beberapa kali akibat demam sawan. Namun, dengan tindakan segera dengan membawa ke hospital dapat menyelamatkan anak daripada komplikasi.
Begitulah detik cemas yang dilalui oleh seorang ibu menerusi facebooknya, Cik Puan Ammy. Beliau tidak menyangka anaknya yang aktif mendapat demam sawan. Kesempatan ini juga, turut berkongsi panduan jika mengalami situasi anak demam sawan.
KRONOLOGI ANAK KENA SAWAN
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos 2019 adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Biasanya demam tak lama akan kebah
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Malam sebelum tidur tetap aktif
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Seluruh badan kejang
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap.
Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai.
Ya Allah… Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami.
‘Tolong tuan, anak saya sawan..’
Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit “tolong tuan… Anak saya sawan…” Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya.
Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’. “Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Zon merah
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang.
Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi.
Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya. ” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…” Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
Bilik kecemasan selama 1 jam
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
SAWAN DEMAM Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure) Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam. 2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam. Tanda-tandanya… 1. Badan terasa panas. 2. Badan dan kaki tegang. 3. Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan. 4. Mulut berbuih. 5. Terberak atau terkencing. 6. Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif. 7. Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan? 1. Ibu dan ayah perlu bertenang. 2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri). 3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar. 4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk. 5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan. 6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan. Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi. Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…” Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi…