Tanggungjawab sabagai Ibu bapa adalah membesarkan anak dari kecil sehingga dewasa. Mereka juga banyak berkorban jiwa, raga, harta dan wang demi memberikan yang terbaik untuk anaknya sehingga dewasa.
Namun ada ibubapa mengharapkan sumbangan anak anak bila mereka bersara nanti. Saya kira ini bukan langkah bijak, jika anak beri. Ia merupakan bonus dan rezeki, Anak yang baik pasti akan menjaga ibubapa mereka.
Anak muda hari ini tidak sama macam zaman dulu lagi, zaman mereka serba serbi kena beli.
Kerja gomen dan swasta sudah tidak kaya lagi, cukup makan selebihnya untuk bayar tol dan kereta saja nanti
Graduan dulu tiada hutang, sekarang PTPTN menanti. Jika tak bayar boleh masuk CCRIS hari nie. Itu belum kena potong gaji sebab PKP tak abis abis lagi.
Mereka terbeban dengan hutang pendidikan, cukai dan serba serbi mahal hari ini.
Itu belum 20 tahun lagi. Mereka juga perlu ada keluarga, anak, isteri dan rumah sendiri.
Kawan kawan,
Ads
Jika wawasan kita, bersara nanti harapkan bantuan mereka. Kita sedang menzlimi mereka juga sebenarnya.
Anak yang solehah akan membantu ibubapa, tetapi bapa yang soleh harus ada wawasan persaraannya sendiri.
Jika sekarang kita rasa susahnya berbelanja, bagaimana nanti zaman mereka nanti.
Sanggupkah kita ambil hak anak cucu kita, kerana kita tidak merancang waktu bersara nanti.
“Anak aku ramai, tiap orang aku mintak seribu sorang. Cukuplah Seploh ribu nak jalan jalan tiap tiap bulan”.
Ads
Jangan jadikan anak anak kita mesin persaraan kita dan tuduh mereka anak derhaka, sebab kita lalai dan langsung tak bersedia untuk bersara.
Ads
Sumber: Azizul Azli Ahmad, facebook kisah dunia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi pencinta kucing tentu bimbang apabila pulang beraya di kampung memikirkan makan minum si bulus.
Bagi yang mempunyai bajet, tentunya si bulus akan dihantar ke ‘hotel’ yang menyediakan penjagaan kucing dalam tempoh pulang ke kampung.
Namun bagi yang tidak mempunyai bajet, sudah tentu memikirkan alternatif cara yang mudah dan murah untuk mengurukan kucing ketika pulang ke kampung.
Menarik dengan perkongsian ini, saudara, Iera Umairah mengenai penjagaan kucing, jom ketahui caranya.
“Ada kawan kawan Yang pernah Tanya saya macam mana tinggalkan kucing 21 ekor dekat rumah. Ni saya bagi gambar. Esok dah nak balik kampung..”
***********
********************
Balang makanan
Jumlah makanan ni bnyk dari biasa sebab kalau time balik kampung Akan ada kucing luar tumpang makan kdg ada tuan x tinggalkan mknn..
Setakat sy nampak dkt rumah sy yg tumpang mkn ada la 5-6ekor..kucing sy pun dah 21ekor. Jadi contoh biasa 15kg habis dalam 15hari.jadi saya isi je semua 15kg dalam 6 balang tu .saya balik kampung 10hari. Jadi makanan akan ada lebih.
Air
Air saya isi guna besen je senang.. Saya sediakan 2besen dekat dapur, 1 ruang tamu, 2 dekat porch luar. Lagi banyak lagi bagus sbb skrg musim panas. Kesian kucing kalau tak cukup air.
Pasir
Pasir saya guna fifi little 6beg. 10besen. Kucing saya ada yg membuang di pasir ada yg membuang di tanah. Jadi prepare je lah banyak2.. Biasa pasir baru ni laku keras. Balik nanti kita kira bape kati dapat hasil
Rumah kalau ada brg berharga simpan la siap2 biasa kucing jadi kera bila tuan xde.
Langsir
Langsir ikat tinggi2 kalau kucing anda jenis suka siram. Mcm rumah saya kadang stray cat yg datang tu suka menyiram terpaksa la ikat langsir
Padang
Potong rumput siap2 kalau bosan kucing main dekat padang dgn gembira
Last sekali sebelum gerak niat dalam hati ya allah aku tawakal kepada mu untuk menjaga rumah dan haiwan peliharaan ku.
Tingkap
Saya buka tingkap dapur sebab kucing saya mmg bebas in out.. Dan bila emergency kucing boleh cari makan dekat luar.
Sekian sedekit perkongsian dari saya 6tahun bela kucing . Selamat hari raya maaf zahir batin.balik kampung hati hati.
Sayu hati apabila membaca nukilan Joanna Felicia yang merupakan salah seorang mangsa tragedi helikopter TLDM.
Detik 9.03 pagi pada 23 April 2024 masih menjadi igauan buat semua rakyat Malaysia. Kira-kira jam 9 pagi tadi, mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Engkeroh.
Lebih meruntun jiwa apabila anak perempuannya bertanya mengenai ibunya. ‘Mami irak gepih’ (mama pergi mana),” kata kanak-kanak perempuan itu Allesia Felice Haslie, 4, dalam bahasa Bidayuh sebaik melihat keranda ibunya, Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna, 26, diusung oleh sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Upacara pengebumian itu turut dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan, dengan begitu ramai orang menyertainya sebagai penghormatan terakhir.
Allesia adalah anak sulung mendiang Joanna, 25, anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) yang bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.30 pagi, Selasa lalu.
NUKILAN PENUH SAYU
Sementara itu, nukilan mendiang di facebook buat anak sulungnya menjadi tular setelah coretan itu begitu menyentuh hati. Siapa sangka nukilan bertarikh 12 Julai 2023, bagaikan coretan yang akan dikenang anaknya sehingga dewasa. Dalam coretan itu, mendiang berkata dirinya masih belum bersedia untuk bergelar ibu dan masih lagi berpetualang mengelilingi dunia. Mengakui diri bukan ibu terbaik, mendiang berharap anaknya membacanya ketika dirinya telah tiada.
Untukmu Anak PERTAMA ku…
Yang lahir ketika aku belum siap menjadi seorang ibu..
Bahkan kamu tumbuh di saat teman-temanku masih berpetualang mengelilingi dunia..
Orang bilang,aku yang mendidikmu..
Nyatanya,kamu lah yang mengajarkan hikmah padaku..
Mereka bilang,aku yang merawatmu..
Nyatanya,kamulah yang merawat jiwa ku hingga bertahan sampai saat ini..
Kata mereka,aku yang mencintaimu..
padahal cintamu padaku tanpa syarat apapun…
Walau sebanyak apapun aku menyakiti hati kecilmu dengan nada tinggiku.
Kata mereka,aku yang membesarkanmu.. padahal kamu yang menguatkan pijakan ku..
Ibu minta maaf Nak..
Atas tiap kemarahan yang tersalurkan padamu.. hanya karena hal sepele..
Ibu berdosa padamu,
Atas setiap perlakuan kasar hanya karena hal yang remeh..
Kadang,Aku merasa tak pantas menjadi orang tuamu..
kamu berhak bahagia mempunyai ibu yg lebih baik dariku.
Kamu tempat kami belajar banyak hal..
Tempat pertama tercurah segala kasih sayang dan harapan…
Suatu saat,ketika aku telah tiada.. Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak.. Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
*Peluk hangat dari Ibumu yang xsempurna
“Ketika Aku Telah Tiada..Bacalah Ini Nak…” Coretan Joanna Felicia Buat Anak Pertama Undang Sebak
Perenggan terakhir
Sayu membaca kata-kata terakhir. Ia begitu menusuk jiwa apabila mendiang seakan meninggalkan anaknya suatu hari nanti. Tidak mahu salah faham anaknya bahawa dia seorang ibu yang pemarah, coretan itu menjadi bukti kasih sayang tiada berbelah bagi buat anak sulungnya.
Suatu saat,ketika aku telah tiada..
Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak..
Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
Joanna merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.
Mendiang yang berusia 25 tahun meninggalkan suami dan dua orang anak kecil.
Kebahagiaan rumahtangga adalah dambaan setiap pasangan suami isteri. Kerukunan inilah akan memberikan impak yang positif dalam kehidupan.
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.