Ibu ayah jangan pernah lupa, membina hubungan yang baik dan akrab dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja itu adalah sangat penting. Terutamanya perlu tahu untuk mengubah dan menyesuaikan diri mendekati anak remaja sejak peringkat umur 13 tahun ke atas.
Namun jika ada yang sudah menjauhkan diri dan baru kini kita merasakannya, masih tidak terlambat untuk kita perbaiki hubungan dan menambat kembali hati anak remaja kita agar kembali mesra sebagaimana mereka masih kecil dahulu.
Oleh itu, bagaimana cara dan tipsnya yang boleh kita lakukan?
Hal ini dikongsikan oleh Puan Ainun Mardhiah hasil apa yang diperolehi daripada seminar mendidik anak era digital. Untuk lebih lanjut, ini perkongsiannya.
DAH TERLAMBAT UNTUK TAKLUKI HATI ANAK?
Baiklah, nak ceritanya.. masa “Seminar Mendidik Anak Era Digital” yang lepas, saya memang hajat sangat nak tanyakan soalan ni kepada Puan Nor Afidah, salah seorang Guru Parenting di Malaysia.
Soalannya apa?
“Anak-anak dah remaja. Kerana kita kekurangan ilmu waktu muda-muda dulu, kita tak melayan dan menakluki hati anak dengan baik.
Ads
Anak jauh dengan kita. Anak tak respect kita sebagai ibu ayah. Ada sahaja yang nak dijawabnya. Dan lebih parah, bila anak sebut, rasa benci pada mama! Tak suka ayah!
Apa yang kita patut buat?”
Subhanallah, jawapan yang saya dapat pada hari itu sangat berharga.
Ads
1. Jangan malu untuk memohon maaf kepada anak-anak.
Rendahkan ego kita. Peluk anak, pegang tangan anak dan ucapkan tulus dari hati.. “Abang/kakak, mama minta maaf kalau mama ada buat kakak sedih dan terasa. Kakak, mama sayang sangat kakak. Mama minta maaf ya nak, atas kesilapan dan kekurangan mama dalam mendidik kakak.” Percayalah, dengan meminta maaf, insyaAllah anak-anak akan hormat kita. Bukan pijak kepala kita. Kita sedang mendidik diri kita dan anak-anak tentang akhlak Rasulullah SAW.. meminta maaf dan memaafkan.
2. Umur remaja adalah umur yang sangat sensitif.
Seperti post saya sebelum ni, ibu ayah kadang terlupa nak menjaga hati anak. Contoh begini :
Ads
Kita bawa anak ke rumah kawan. Kawan puji anak kita, “MashaAllah baiknya anak awak. Sopan je,”
Kita pula jawab, “Eleh, budak ni depan orang baiklah. Kalau kat rumah? Adoiii.. pening dibuatnya, ”
Niat kita mungkin nak bergurau.. tapi tanpa sedar telah mencalarkan emosi anak yang mendengar. Inilah bibit-bibit yang meretakkan emosi anak dengan kita. Baiki dan ubah.. Hargailah anak-anak.
3. Jadikan anak remaja sebagai sahabat kita.
Apa yang biasa kita buat dengan best friend kita? Dengar masalah dia, bagi motivasi, bercakap baik-baik kan? Cuba praktikkan untuk anak remaja kita. Mereka memang percaya pada kawan-kawan, tapi kita sebagai ibu ayah tetap ‘menang’ di hatinya bila kita berusaha untuk memenangi hatinya, InsyaAllah.
Alhamdulillah, inilah isi-isi penting hasil diskusi saya dengan Puan Nor Afidah. Malam ni Puan Nor Afidah ada buat Parenting Class. Seorang yang pakar dalam bidang parenting. Rujuk page Parent Connect. Rugi sangat kalau ibu ayah tak ambil peluang ni.
Jangan sesekali anggap masalah bau badan benda yang remeh. Lebih-lebih lagi buat anda yang sudah berkahwin. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan untuk berada dekat dengan kita.
Jadi, sebelum suami atau rakan merungut tentang hal ini atau mungkin menjauhkan diri, sebaiknya cuba atasinya dengan segera. Bau badan terjadi bukan hanya disebabkan oleh peluh di ketiak semata-mata. Ia disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan tubuh badan.
Bakteria dan virus yang membiak sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kita mungkin tidak sedar akan bau tersebut.
Selain pemakaian produk moden, ada juga cara alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Jom Semak kaedah tradisional ini :
1. Guna Daun Sireh
Daun sireh antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Antara caranya adalah dengan ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas. Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami isteri bertengkar? Bukan perkara pelik tapi normal dalam sebuah rumah tangga. Bak kata sesetengah orang, ia adalah asam garam dalam membentuk hubungan lebih bermakna dan peluang mengenali pasangan lebih mendalam. Bagaimanapun, hal ini boleh membawa kepada satu situasi yang agak sukar apabila pertengkaran yang berlaku tidak ada sudahnya hingga menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Bagaimana untuk jernihkan semula keadaan ini?
Meminta maaf
Semua orang mengakui bahawa perkara paling mudah tapi sukar dilakukan adalah meminta maaf. Namun demi kebaikan bersama, tanpa mengira siapa yang bersalah, hulurkanlah kata maaf. Jika dia yang bersalah, pasti si dia akan berasa bersalah dan kesal setelah anda yang terlebih dahulu menghulukan salam kemaafan. Andai anda kurang yakin untuk meminta maaf secara berdepan, anda boleh juga melakukannya melalu sekeping nota atau kad ucapan. Pasti hubungan anda berdua akan kembali lancer selepas itu.
Mengaku salah
Mengaku salah bukan bererti anda kalah. Rendahkan ego untuk melahirkan rasa kesal secara ikhlas atau kesalahan yang dilakukan andai ia benar-benar berpunca daripada anda. Ia adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan selepas terjadi pertengkaran. Tindakan itu juga pasti dapat menyejukkan hati pasangan dan membuat dia segera memaafkan anda.
Bergurau
Gurau senda boleh menjadi penawar mujarab dalam apa jua keadaan. Selepas bertengkar dengan pasangan, biasanya anda memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama. Usah menunggu dia tegur anda dahulu walaupun pada mata anda dia yang bersalah. Tidak rugi anda yang memulakannya dulu demi kebaikan anda berdua. Cuba fikir, apa yang anak-anak fikirkan apabila melihat ibu dan ayah mereka tidak bertegur sapa dan bermasam muka? Tentu ia beri impak tidak baik kepada anak-anak bukan? Jadi, lebih elok jika anda cuba menjernih suasana tegang itu dengan gurauan. Ia akan mencairkan hati yang beku dan membuat anda berdua tersenyum semula.
Solat
Alangkah baiknya jika selepas berlaku pertengkaran, redakan gejolak di hati dengan solat. Mandi dan berwuduk boleh mengurangan amarah. Pasti pasangan anda akan rasa tersentuh apabila melihat anda bersolat selepas bertengkar dengannya. Jangan lupa untuk berdoa agar hubungan anda berdua kembali harmoni.
Nikmati secawan kopi
Kopi boleh memberikan rasa lega di hati yang sedang marah. Aroma kopi yang menyegarkan pasti menusuk deria bau ketika anda membancuhnya. Jangan bancuh untuk diri anda sahaja. Sebaliknya sediakan juga untuk pasangan anda. Perbuatan ini walaupun tanpa kata-kata boleh menjadi jambatan menjernihkan semula hubungan selepas pertengkaran.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menghasilkan sediri minyak urut untuk kegunaan sisi keluarga sebenarnya sangatlah mudah. Memadai menggunakan bahan-bahan yang senang didapati tanpa perlu akar kayu dan sebagainya, anda sebenarnya sudah boleh menghasilkan minyak urut yang mujarab digunakan dan selesa dipakai.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ida Shahida di facebook, berkongsi cara dan bahan-bahan untuk membuat minyak urut yang terbaik untuk kegunaan keluarga. Jadi bolehlah anda cuba untuk hasilkannya dan dijadikan stok untuk kegunaan seisi keluarga.
PETUA UNTUK BUAT MINYAK URUT
Botol tudung purple tu setelah cukup 2 minggu
Minyak angin ini bagus untuk menyembuhkan atau meringankan sakit urat saraf, lengoh lengoh, sakit sendi, gatal gatal, angin badan,gigitan serangga, kemerahan kulit, dan luka luka kecil sebab mengandungi anti septic pembunuh kuman. Baik buat sendiri boleh simpan dirumah bila bila perlu.
Bahan bahannya:
2 biji lemon ( kulitnya sahaja)
Minyak olive oil @minyak kelapa @minyak kelapa dara
Caranya:
1.Hiris semua kulit buah lemon
Photo by okeykat on Unsplash
2. Ambil kulitnya masukkan ke dalam botol/balang.
3. Tuangkan minyak olive oil ke dalam balang sehingga melepasi paras kulit lemon.
4. Tutup rapat balang.
Biarkan selama 2 minggu terendam. Selepas 2 minggu minyak ini anda boleh jadikan sebagai minyak urutan jika anda sakit urat dan sakit sendi dan lain lain.
Baunya pun wangi jadi tiadalah masalah bau busuk seperti minyak angin kita. Kalau nak pakai pergi opis atau jalan jalan pun boleh. Nak guna siang malam pun boleh.
Cemerlang STPM, gadis cacat penglihatan peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.