Perkhabaran duka hari ini usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Menurut laporan, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.
Faizol memaklumkan, kakaknya bertolak dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Dalam pada itu, berita yang mengejutkan ini,kala menyambut Ramadan, telah mengundang kesedihan dikalangan rakan artis yang menitipkan didoa diatas pemergian pengasas kosmetik ini.
Siapa yang tak sedih apabila melihat kediaman yang baru dibeli, habis retak. Lebih parah, ada yang mendap.
Nak buat dekorasi rumah pun hilang mood dibuatnya. Situasi begini memang kita tidak dapat jangka. Selalunya semua masalah ini akan diadukan kepada pihak pemaju.
Namun masalahnya ada segelintir pihak pemaju tidak ambil peduli. Situasi ini sudah tentu membuatkan kita kecewa.
Tetapi sebagai pembeli kita ada hak untuk menuntut sebarang kerosakan yang berlaku. Menarik dengan perkongsian ini, menunjukkan cara apa yang harus dilakukan apabial ada kediaman yang bermasalah seumpama itu.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ilmu ini.
Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.
Kalau mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
Nota:
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.
Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.
Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.
Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)
So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.
Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.
============
Pengalaman saya
Pengalaman PERTAMA
Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.
Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.
Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.
Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.
Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.
Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.
Kes SELESAI.
……….
Pengalaman KEDUA
Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.
Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.
Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.
Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.
So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap dari kita inginkan kehidupan yang terbaik untuk seisi keluarga, tetapi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat adakah apa yang diinginkan mampu dikecapi. Sebagai ibu sudah tentu anda mahu memberi pendidikan yang berkualiti ataupun bercuti ke destinasi yang diimpikan bersama ahli keluarga yang tersayang cuma persoalannya adakah ini hanya suatu impian semata-mata ?
Menjawab persoalan ini, Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi Perniagaan berkongsi ilmunya untuk manfaat bersama. Jom semak apa katanya….
Sesungguhnya anda seorang ibu, isteri dan juga anak, maka tanggungjawab yang dipikul sangatlah mencabar. Setiap hari masa yang perlu dilalui perlu diperuntukkan dengan kemas agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik.
Maka persoalannya bagaimana anda boleh membantu si suami untuk merealisasikan impian-impian yang telah dinyatakan tadi.
Sebelum meneruskan artikel ini adalah penting untuk dihuraikan perbezaan di antara peniaga dan usahawan. Peniaga adalah seseorang yang melibatkan diri dalam proses jual beli manakala usahawan adalah seseorang yang mencipta barangan untuk dijual. Seorang peniaga membeli barangan dari usahawan untuk dijual kepada pasaran.
Untuk seorang suri rumah yang ingin berjinak di dalam dunia perniagaan maka disarankan untuk berniaga dahulu untuk menambah pendapatan. Untuk berniaga bukanlah yang mustahil untuk suri rumah sepenuh masa, cuma yang penting anda perlu faham bagaimana untuk menguruskan wang dan masa di samping mempunyai mindset usahawan yang betul.
Antara permasalahan mindset yang perlu difahami sebelum anda memulakan perjalanan sebagai usahawan ialah:
Tidak mempunyai objektif jelas kenapa anda melakukannya
O “Saya berniaga kerana nak tolong suami”
O “Saya berniaga kerana nak kaya”
O “Saya berniaga nak bayar hutang”.
Ini adalah antara ungkapan yang sering didengari apabila soalan kenapa anda berniaga diajukan. Jika dilihat memanglah tiada kesalahan dari ungkapan tersebut tetapi adakah perkara-perkara tersebut membawa maksud yang mendalam kepada diri sebagai seorang ibu.
O “ Saya berniaga kerana hendak memastikan anak saya mampu mendapatkan pendidikan universiti terbaik tanpa menanggung beban hutang bila memulakan alam pekerjaan”
O “Saya berniaga untuk membantu suami membayar insuran seisi keluarga agar kebajikan kami lebih terjamin di masa hadapan”.
Adakah ungkapan-ungkapan ini membawa maksud yang sama atau lebih mendalam kepada diri berbanding ungkapan-ungkapan sebelumnya?
Apabila anda dapat menyelami isu-isu yang dekat di hati maka mentaliti sebagai usahawan menjadi lebih jelas. Secara tak langsung akan wujud perasaan yang penuh komitmen dan disiplin untuk mencapai objektif-objektif tersebut . Maka fahamkan objektif-objektif yang akan memberi kesan emosi yang akan mengerakkan anda untuk melakukan yang terbaik demi keluarga dan juga diri anda.
Tidak menetapkan objektif yang mampu dinilai
Apabila objektif sudah dapat dikenal pasti maka langkah seterusnya ialah memberi nilai wang ringgit kepada objektif tersebut. Sekiranya tujuan utama anda berniaga ialah untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak maka:
OBerapakah jumlah nilai simpanan yang perlu ada apabila mereka mengakhiri zaman persekolahan mereka.
O Kenal pasti apakah nilai simpanan bulanan yang perlu dicapai dari jualan untuk mendapatkan jumlah simpanan yang telah ditetapkan.
O Kenal pasti tabung pelaburan yang mampu memberi pulangan tambahan melalui simpanan bulanan yang dijana dari perniagaan tersebut.
Maka dengan mengenal pasti nilai objektif tersebut ianya secara tak langsung akan membolehkan anda untuk menyusun dan mengurus masa tugasan harian anda dengan lebih cekap.
Oleh itu sebelum terjun ke dalam dunia keusahawanan, fahamkan dahulu kenapa anda perlu menjadi usahawan dan apabila anda sudah mula berniaga, secara automatik anda mampu mengenal pasti objektif yang perlu dicapai dengan lebih jelas dan bermakna.
Dalam hidup ini ada sahaja membuatkan kita rasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki, malah tidak kurang pula berasa bangga dengan kelebihan yang dikurniakan.
Berkongsi kisah tentang perasaan sedemikian, ustazah Norhafizah berkongsi satu kisah rusa yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Ustazah, Semenjak saya berkahwin, Suami saya suruh saya jadi baik. Suami paksa dan suruh saya pakai tudung dan jaga aurat.
Di tempat kerja saya, tiada seorang pun yang memakai tudung. Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung.Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. Ekonomi saya pun jatuh.
Sedihlah ustazah.. Saya tahu wajib dan lain-lain.Tapi…Lemah semangat..Boleh beri sedikit nasihat pada saya?
Jawab Ustazah
“Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.Allah sayang puan.. Dulu ketika saya darjah 6, Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..
“Ada seekor rusa yang sangat cantik, Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.
“Wah… cantiknya tanduk aku..!” bisik rusa itu penuh bangga
Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..
Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air. Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat melihat tapak kakinya..
Suatu hari, dia di kejar harimau, kakinya itu berlari selajunya..Sehabis kudrat, untuk mempertahankan dirinya…
Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik, tetapi gagal.
Dia menangis…
Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat, dia berkata
“Wahai tanduk yang ku banggakan, hari Ini kau telah membinasakan diriku. Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati…
Wahai kaki yang selalu aku hina, hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku. Tapi inilah akhirnya..”
Kaki itu tidak berhenti menyelamatkan dirinya. Berjuang sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya… Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau, Kaki yang selama ini di cemuh itu terus bergelut dengan harimau..Sehinggalah dia disiat satu persatu..Kaki buruk yang di anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir…
Begitulah dalam dunia kita. Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat. Sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat.
Kita malu dengan sunnah Nabi saw kita malu dengan perintah Allah. Kita takut kita dimalukan kerananya.
Tetapi, kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..berbaloi susah untuknya. Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.