Suci, bersih dan kosong. Perumpamaan yang boleh diertikan buat anak kita yang baru dilahirkan. Bila semakin membesar, anak mula mempelajari daripada apa yang dilihatnya. Pemerhatian yang tajam juga dididik dengan arahan mak ayah setiap hari. Itulah yang dilalui mereka.
Namun bila semakin punya akal untuk berfikir, anak mula menunjukkan perangainya sendiri. Ketika itulah ibu ayah mula naik hantu dan sesekali bertukar jadi ‘singa’ bila berdepan dengan keletah anak-anak yang semakin bijak.
Tahu tak sebenarnya dalam kita mendidik anak-anak, ada beberapa kesalahan yang kita lakukan. Perkongsian seorang sahabat mengenai perbandingan anaknya ini buat kita buka mata.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun, contohnya nak buang mainan, letak dalam hutan dan sebagainya.”
“Apa yang anak kau akan rasa, bila kerap ugut perkara yang kau takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham.
Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran anak, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
Ads
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Ads
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Ads
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
Saya kongsikan ni sebab saya masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.
Kita merasakan lumrahnya anak-anak perempuan memang suka melaram apatah lagi bila sejak kecil mereka melihat kita sering memakai solekan setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Tindakan kita itu juga, membuatkan anak-anak ingin mencuba untuk mengenakan solekan di wajah
mereka.
Bahkan kita sebagai ibu juga suka melihat anak disolek cantik bila ada waktu-waktu tertentu seperti menghadiri majlis dan sebagainya.
Paling ringkas, kita akan calitkan
pemerah pipi dan gincu bibir!
Pun begitu tahukah anda, bahawa sebenarnya tindakan kita itu mengundang bahaya.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran
Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
Pewarna kuku
Pewarna rambut
Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Jika sudah tekak Melayulah katakan, kalau makan tidak ada sambal memang tidak sah. Terasa tidak lengkap menu walaupun terhidang pilihan lauk pauk dan sayur-sayuran pelbagai jenis. Tapi bila ada sambal belacan terhidang, walau berlaukkan ikan goreng sekali pun sudah cukup sempurna dan terbuka selera untuk dijamah.
Begitulah hebatnya penangan sambal ini bagi sesetengah pecinta rasa sambal. Hakikatnya selain sambal belacan, ada lagi beberap jenis sambal yang turut diminati oleh peminat sambal ini. Apa yang penting sambal perlu cukup rasa dan pedas!
Untuk itu, baik pelbagaikan lagi kepakaran ibu-ibu dalam menyediakan sambal yang menjadi kegemaran keluarga ini. Jom pelajari 2 resipi sambal berbeza ini yang mempuyai rasa yang tidak kurang hebatnya yang telah dikongsikan oleh Cik Pooja dan Hani Mynis di media sosial.
20 bj cabai melaka(yg ijau)
10 bj cabai Vietnam (yg merah)
(Kalau xtahan pedas..bleh kurangkan cabai atau campo ngan cili beso yea)
Belacan (cikpooja guna 1/4 dr sekeping belacan tu)
Belacan lebih lagi sodap
1 cup Air asam jawa pekat(bancuh ngan air masak yea)
3 bj limau nipis(amik jus dia je)
Okeyyyyyyy..tahap ke”masam”an ikut pada citarasa masing2 la yea…
Cikpooja punya sukatan ni rasa sedap dah pada tekak cikpooja
1/2 sudu kecil garam
Secubit perasa(klau xnak letak pon xpe)
Nampak cukup menyelerakan Sambal Belacan Cik Pooja ini dan tidak kurang juga istimewanya bila melihat Sambal Hijau yang dikongsikan oleh Hani Mynis ini. Menurutnya sambal jenis ini adalah menjadi kegemaran keluarganya.
“Pes sambal hijau atau family hani panggil pes sambal jawa (walaupun rupa dia bukan mcm sambal jawa haha) Ni mmg antara kegemaran family hani, kalau makan dengan nasi panas2 makan dengan telur dadar kosong pun boleh habis satu periuk tak sedar. Kadang2 hani ratah je makan gitu tanpa makan dgn nasi”– Hani
Melihatnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang ummph dan seharus tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Jom kita buat sendiri untuk dijadikan stok sambal di rumah kita sendiri. Andai hendak makan nasi, sudukan sahaja ke dalam pinggan. Pasti makan berselera sebagaimana keluarga Hani.
Ayuh ketahui apa resipinya.
Bahan-bahan:
Cili padi hijau banyak-banyak
Bawang merah
Tomato
Ikan bilis
Cara memasak :
1. Kisar bawang merah dan cili padi sampai hancur, masukkan air (guna food blender biasa je)
2. Bila sudah hancur bawang merah dan cili padi, masukkan tomato dan ikan bilis, tekan pengisar dua tiga kali je. Kisar kasar. Supaya ikan bilis dan tomato separa hancur.
3. Tuangkan semua dalam minyak panas, tunggu sampai air kering dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap, api sederhana dan perlahan je. Jangan lupa perasakan garam gula semua masa ni ya.
Ekstra Info :
Boleh simpan dalam peti ais (bhgn chille) atau luar peti ais pun. Pastikan simpan dlm bekas bertutup rapat. Ceduk guna sudu bersih dan kering. Pastikan sambal sentiasa dilitupi minyak, jadikan minyak sbg pengawet.
Selain dari makan gitu je, boleh buat sbg pes nasi goreng, masak kangkung goreng belacan, masak sayur kailan ikan masin pun boleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam cili walau mudah namun ada juga cabarannya. Paling sering dihadapi adalah berdepan dengan serangga perosak.
Selain perlu diatasi dengan menggunakan racun serangga, ada juga cara lain yang berkenaan boleh dipraktikkan. Caranya dengan menggunakan lebihkan sarang telur.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini, menggunakan sarang telur untuk atasi serangan serangga bukan sahaja untuk pokok cili malah untuk tanaman lainnya juga.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Sarang telur dah banyak ni. Semalam ambil dari rumah kawan yang ambil tempahan kek dan biskut.
Jom la kita mendukun! Asapkan pokok cili dan pokok ros. Untuk halau serangga perosak.
Saya asapkan pada waktu pagi atau malam – kerana angin belum bertiup kencang. Letakkan di bawah pokok supaya asap naik ke atas melalui celah daun.
Trik ini terguna pakai untuk pokok cili yang 4-5 pokok sahaja. Kalau banyak tu saya sarankan guna neem oil atau cuka kayu.
Perhatikan kawasan sekitar, ambil kira juga faktor jiran jiran. Karang berparang pulak.