Penatnya seorang ibu dalam menjaga di samping melayan kerenah anak dari kecil sehingga besar bukanlah sesuatu yang mudah. Akui pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini, sehingga kini ibunya masih lagi menjaganya seperti dahulu.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

“Pengorbanan ibu paling besar adalah membesarkan kami adik-beradik dengan secukupnya,. Apa yang kami nak dia penuhi dan kejayaan serta pencapaian saya sekarang adalah hasil didikan, layanan yang membentuk saya sekarang. Tanpa didikan dan jagaan seorang ibu dan ayah dengan baik, saya takkan ‘menjadi’ seperti hari ini.

“Cerminan anak-anak sekarang adalah cerminan ibu bapa dulu yang membentuk anak. Saya percaya  mak telah membesarkan saya dengan sempurna, memberi didikan agama secukupnya, pendidikan yang baik dan semuanya okay.

“Soal menyambut Hari Ibu pada saya tak perlu menunggu hari ini kerana setiap hari adalah hari ibu. Sepanjang hidup ini, cara saya membalas jasa ibu adalah dengan memberi layanan baik, memberi hadiah atau ada masanya saya akan belanja makan. Tetapi bukan hanya waktu istimewa sebegini, sebaliknya setiap masa apabila ada masa terluang,” ulas Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Sambut hari jadi di Mekah

Sementara itu, ibunya Faizatul Akmar Hisan mengakui sambutan hari jadi yang ke-50 yang kebetulan disambut pada hari pertama Ramadan dua tahun lalu adalah hadiah hari Ibu yang cukup bermakna buat dirinya.

“Biasa tidak beria raikan hari ibu, tetapi kadang-kadang ada bawa keluar makan. Dulu waktu kecil ada bagi kad dan hadiah. Tetapi ia bukan satu kemestian. Saya selalu cakap pada anak-anak setiap hari adalah hari ibu. Jadi kena jaga ibu selalu baik masih bujang atau sudah berumah tangga.

“Hadiah paling bermakna dan tidak dapat dilupakan adalah dua tahun lepas saya dan suami dibawa pergi umrah. Kebetulan waktu nak ke di sana, dekat dengan hari ibu dan juga hari jadi saya. Jadi itulah hadiah yang cukup bermakna,” jelas Faizatul yang mengakui tidak putus berdoa untuk kejayaan anaknya selain sentiasa menegur andai ada salah.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Tiga anak perempuan

IKLAN

Memiliki tiga anak perempuan dan seorangnya bergelar selebriti terkenal, akui Faizatul  tidak banyak masalah dalam membesarkan anak-anaknya sejak dulu lagi.

“Sejak kecil lagi cukup mudah untuk besarkan mereka kerana anak-anak ini cukup rapat dan mereka hanya bergaul sesama mereka sahaja. Aktiviti paling mereka gemari adalah cikgu dan anak murid. Ke mana sahaja bertiga malah bab pendidikan okay. Biasanya saya akan duduk sekali bila anak-anak buat kerja rumah.

“Selepas itu, anak-anak dihantar ke asrama dan alhamdulillah cukup mudah membesarkan mereka dan tahu apa aktiviti mereka. Cuma lepas Mira masuk bidang seni, saya mula rasa bimbang. Tetapi saya tahu Mira pandai jaga diri dan saya dan suami sudah berikan didikan agama secukupnya. Lagipun apa sahaja tawaran yang dia peroleh, dia akan berbincang dengan kami terlebih dahulu,’ujar Faizatul lagi tatkala bercerita mengenai anak-anaknya.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Kerja di bulan Ramadan

Mengulas mengenai sambutan raya tahun ini, akui Mira tidak banyak yang akan dibuat memandangkan dia bekerja setiap kali bulan Ramadan.

“Saya ada shooting dan beberapa program lain. Tetapi saya akan pastikan  seminggu sebelum raya saya akan selesaikan semuanya untuk fokus pada ibadah puasa, ibadat terawih dan pulang ke kampung awal untuk berbuka puasa bersama kedua belah opah.

IKLAN

“Paling wajib malam raya akan masak dan susun kuih bersama. Itu perkara wajib, soal pakaian tiada masalah kerana sebagai duta Ariani jadi baju sentiasa ada. Selalunya keluarga yang tentukan baju dan saya akan pilih mana yang bersesuaian.

“Tetapi bab beraya, saya masih lagi ada mood beraya macam orang dulu-dulu. Berkumpul bersama keluarga, buat rendang bersama, main bunga api dan sebagainya. Tidaklah moden sangat seperti yang sesetengah orang sekarang yang beraya biasa-biasa sahaja,” cerita Mira lagi tatkala ditanya persiapan raya untuk tahun ini.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Suka aktiviti outdoor

Penampilannya yang lembut tapi rupanya hos Nona ini gemar aktiviti outdoor.  Namun akuinya dia bukanlah jenis yang lasak mahupun ganas. Dilantik sebagai duta Persatuan Payung Terjun Malaysia (MyPA), menjadi satu penghargaan untuk dirinya.

“Saya suka mencuba aktiviti yang melibatkan alam semula jadi, scuba diving dan beriadah seperti sky dive. Tetapi tidak bermakna saya suka aktiviti yang ganas atau lasak tetapi yang melibatkan outdoor seperti mendaki gunung Kinabalu, saya okay sahaja.

“Pengalaman pertama kali melakukan Sky Dive dengan 15000 kaki, memang saya teruja dan tak sabar untuk mencuba kerana nak rasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti tersebut. Kebetulan saya bukan jenis takut tinggi, jadi tiada masalah untuk melakukan terjunan buat pertama kalinya.

IKLAN

“Bergelar Duta MyPA ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang sukan payung terjun. Kalau di luar negara sukan ini begitu meluas berbanding di negara ini yang mungkin nampak berbahaya pada sesetengah orang kerana nak terjun dari atas.  Jadi tugas saya adalah dapat menarik lebih ramai  yang nak menceburi bidang ini selain mahu menjadikan ia sebagai tarikan kepada pelancong luar serta sebagai aktiviti santai,” jelas Mira lagi.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Dua personaliti berbeza

Berhadapan dengan orang luar dan keluarga di rumah, mungkin cara pendekatannya agak berbeza. Malah, pelakon Pujaan Hati Kanda ini sejujurnya mengakui memiliki dua personaliliti.

“Tentang personaliti saya yang berbeza di rumah dan di luar mungkin kerana orang nampak saya lemah lembut, tapi kalau bekerja saya sedikit tegas. Garang masih ada. Tetapi dengan orang luar saya tampilkan personaliti yang lemah lembut.

“Tetapi ini bukan bermakna saya hipokrit, itu adalah personaliti apabila berhadapan dengan orang luar. Jadi saya cuba jadi neutral, positif tetapi kalau di rumah mungkin sedikit berbeza. Mungkin kerana kita sudah kenal dengan adik-beradik atau famili dan kawan terdekat,” ujar Mira lagi.

Dalam pada itu, baru-baru ini Mira Filzah telah berkolaborasi bersama Taiwan Tourism Bureau (Taiwan Tourism) dengan menganjurkan sebuah peraduan. Tiga peminat bertuah, W. Muhd Faizul Adli, Mohd Amin dan Nur Othman telah memenangi percutian ke Taiwan selama 5 hari, 4 malam dan juga akan meluang masa sepetang bersama Mira Filzah pada acara Meet & Greet di Taipei baru-baru ini.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.

Ketiga-tiga pemenang utama ini telah menawan hati Mira Filzah dan Taiwan Tourism dengan menyiar video kreatif pada akaun Instagram mereka dan melengkapkan ayat,‘Saya mahu ke Taiwan Bersama Mira Filzah kerana…’. Tujuh lagi video turut terpilih sebagai pemenang saguhati.

“Anak-Anak Sekarang Cerminan Ibu Bapa Dulu.” Mira Filzah Akui Tanpa Didikan & Jagaan Ibu Bapanya, Dia Takkan ‘Menjadi’ Seperti Sekarang.
Tiga pemenang yang terpilih ke Taiwan bersama Mira Filzah.

Sumber: Majalah Keluarga Edisi Mei-Jun 2019

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI