Mendidik anak tidak hanya dengan perlakuan, percakapan dan amalan yang terpuji. Perlu disusuli dengan bacaan doa setiap hari agar roh dan minda anak tertanam dengan sifat kerohanian.
Puas mendidik dan memperlengkapkan anak-anak dengan sebaiknya, selebihnya ibu ayah perlu bertawakal kepada Allah. Doa adalah rutin wajib yang seharuslah jangan dilepaskan oleh ibu ayah. Jangan berhenti berdoa.
Amalan ibu muda ini boleh juga kita contohi untuk anak-anak kita. Insyaallah anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta taat pada ibu ayah dan Allah. Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh ibu Diyana Jamal ni.
Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan mendengar kata. Betul-betul?
Jadi, apa kata kita mulakan amalkan 2 tips ini mulai hari ni.
1. Sebelum tidur – Bacalah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Qursi dan juga SURAH AL INSYIRAH. Dan berikan nasihat/kata-kata yang baik kepada anak.
Ads
Maksud Surah Al Insyirah :
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Ads
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Ads
2. Setiap pagi, bacalah ayat ke 82 Surah Yassin. Sesudah membaca “Kun faya kuun”, niatkan yang baik-baik pada anak dan tiuplah di ubun-ubunnya.
Maksud ayat ke 82 Surah Yassin :
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Salah satu amalan setiap pagi, ibu Diyana akan baca ayat 82 surah Yassin pada anak-anak ibu. Pada Nur Damia Humaira’ dan juga Nur Durra Hasina. Setiap seorang.
Ibu akan baca dan niatkan supaya Allah izinkan mereka jadi hamba yang solehah, anak yang taat, pelajar yang cemerlang di sekolah, di kurniakan hati dan minda yang lapang untuk belajar, dapat menghafaz Al Quran 30 juzuk, mengamalkan ilmu yang di pelajari, mudah urusan dunia akhirat, terpelihara dari bala bencana dan di masukkan ke dalam syurga Allah.
Kredit: Diyana Jamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tiada ayah mahupun ibu sanggup melihat anaknya dalam kesusahan dan lemah, apatah lagi ketika kesakitan. Itulah situasi yang tular di media sosial hari ini apabila seorang anak tiba-tiba rebah dalam perbarisan dan diangkat oleh ayahnya yang tidak mahu anaknya dilihat sebagai lemah.
Perkongsian asal yang dikongsikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Facebook milik beliau, merakamkan detik-detik berharga seorang anak melihat kasih ayahnya itu dalam sebuah majlis di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.
Dalam perkongsian tersebut, bait-bait penulisan di ruangan kapsyen YB Dato Seri juga menyentuh hati pengikutnya.
Kasihnya ayah Berkorban nyawa Biarlah jiwa Akan tersiksa Ikhlas dan rela Asalkan bahagia
Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata.
Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya. Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.
Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.
Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah – hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak dan menitiskan air mata melihat reaksi ayah ini terhadap anaknya. Malah ramai yang beri nasihat untuk mengingati dan hargai jasa ibu ayah selagi mampu.
Demi kelangsungan hidup keluarga tercinta, si ayah sanggup berpenat lelah tanpa memikirkan dirinya. Sebaliknya dia mahu anak-anak dan isteri hidup selesa.
Gambar sekadar hiasan
Begitupun, perasaan si anak yang terkesan dek kesibukan ayah membuatkan dia meluahkan rasa menerusi sekeping kertas.
berkorban apa saja. Ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang terpaksa buat 2/3 partime. Ayah mintak maaf.Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga…
Demikian luahan hati seorang ayah tatkala membaca tulisan si anak yang berkongsi cerita mengenai dirinya.
Ini ayah saya, Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lambat. Hari ahad ayah saya kerja orang lain cuti. Tetapi saya sayang ayah saya!
Demikian luahan si anak yang kemudiannya mendapat respond orang ramai. Rata-rata mengakui tanggungjawabn seorang ayah untuk keluarga membuatkan dia berkorban apa sahaja.
Gambar sekadar hiasan
Rohaizal KasimAyah sedang berjuang untuk membesarkan mu anak.
IbuInah QilahTaklah anak,ayah awak kerja untuk untuk awak jugak.. Anak belajar rajin2 ya nanti besar awak plak balas jasa ayah.. Jangan anggap ayah tak peduli.
Shaidatul Akma Ku JohariKeadaan sekarang….betoi2 terkesan…dengan harga yg gila2…org yg berkemampuan x dak masalah..yg kurang kemampuan tgh mencuba dan cuba..semoga kita semua dipermudahkan segala urusan…
Harith RaiqalSemoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik & dipermudahkan segala urusan mncari rezeki buat ayah2 & ibu2 yg bekerja menyara keluarga masing2..
Rashid Ahmad ZainudinItulah pengorbanan seorang ayah. Mujur ayah shah jahan rajin kerja. Klu duduk rumah mkn tdo je. Mesti mak shah jahan tensen. Shah jahan . Ooo shah jahan. Jgn sesekali kau lupakn jasa ayah kau ye.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.
Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu melainkan dalam kadar kemampuan mereka.
Perkongsian ibu kepada Muhamad Syukur mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.
Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda? (Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)
Istimewa sebab 1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.
Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya. (Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).
2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya. (Special because they have hidden talent that we adult could not have).
3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja. (Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).
4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak. (Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)
Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive. (When you are looking at your own kids, do think about it positively.)
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.