Nampak biasa je bila isteri memasak nasi goreng dan membebel. Tapi itu semua untuk pencetus kepada kebahagiaan yang tiada penghujung. Bayangkan suami dan anak-anak dapat makan semeja waktu pagi bersarapan bersama seisi keluarga. Di situ ada momen yang bakal dikenang oleh suami dan anak-anak masa akan datang. Walaupun isteri itu telah tiada di dunia.

Ikuti perkongsian Muhammad Hassan yang menceritakan tentang jasa dan pengorbanan isteri untuk menguruskan keluarga yan menjadi pencetus kepada kebahagian rumahtangga hingga till jannah.

Zaman kanak kanak selalu dengar awal pagi mak tumbuk lesung. Rumah kayu berlantaikan papan memang boleh gegar sampai ke bilik.

Apabila mak letak bahan bahan yang ditumbuk dalam kuali, terus memecah suasana pagi. Lebih lebih lagi aroma bau bawang dan asap kayu api menusuk disetiap bilik kami.

Ya Allah.. Rindunya saat itu.

Sekarang bila wife minta nasi goreng kegemaran dia teringat arwah mak. Kita hanya lihat hanya nasi goreng saja.

Tapi setiap masakan mak penuh dengan kasih sayang,susah payah. Yelah ayah mencari rezeki di Singapore kami adik beradik dijaga 100% oleh mak. Untuk siapkan hanya nasi goreng bukanlah semudah yang kita sangka.

Mak awal pagi dah bangun. Kejut semua anak anak solat subuh,selesai subuh ada yang tidur balik,ada yang baca buku,ada bantu kemaskan rumah,mak pula sebagai chef di dapur untuk sediakan makan kepada adik beradik dari 12 orang.

Bayangkan nak siapkan nasi goreng awal pagi bukan semudah kita sekarang dah siap perencah main campak je. Kadang kadang tengah dok siapkan bahan bahan nak masak tu adik yang kecik lampin dah penuh,meragam. Lampin dulu bukan macam sekarang pakai buang. Dulu lampin kain kena basuh balik. Bayangkan,bukan saja cebukkan anak,lampin pun mak kita basuhkan,itu belum pakaian kena sental pakai tangan guna sabun buku.

IKLAN

Membebel tu biasalah,dah namanya mak,wanita hebat pasti mulutnya tak berhenti membebel. Tapi dalam bebel tu dok sebut sebut benda baik dah macam doa untuk anak anak.

Itulah mak kita. Yang besarkan kita dengan penuh tanggungjawab,kasih sayang,air mata,bahagia,penat lelah,setia,cinta dan susah payah. Sehingga ke hari ini tidak mampu untuk membalasnya walaupun hanya setitis susu yang pernah masuk dalam perut kita.

HARGAI PERANAN ISTERI

IKLAN

Sungguh. Cuba hayati dan hargai isteri kita hari ini. Ibu kepada anak kita. Cuba tanya dia bagaimana perasaan jadi seorang ibu. Bagaimana rasa sayang dan cinta itu sebagai seorang ibu. Bagaimana perasan melayan kerenah anak anak.

Seorang ibu yang sebelum ini malu untuk minta simpati dari orang lain,tapi ibu ini sanggup ketuk pintu rumah jiran hanya kerana secupak beras demi anak anak. Seorang ibu yang sebelum ini lemah segalanya tapi kuat berjalan kaki menjaja kuih muih pusing kampung demi lauk tengahhari.

Apakah kita hari ini hargai seorang ibu lebih dari diri kita? Adakah hari ini kita hargai setiap inci penat lelah seorang isteri melayan kerenah dan kehendak kita?

Letak tangan didada,tanya hati kita. Apakah sumbangan aku buat keluarga. Berapa banyak masa aku berikan untuk bahagiakan keluarga ini. Berapa banyak patah kata aku ucapkan terima kasih kepada seorang ibu dan isteri diatas segala keikhlasan mereka untuk hidup bersama kita.

Terima kasih yang bergelar IBU. Kalian diantara manusia terhebat yang Nabi Muhammad s.a.w sebut 3 kali nama kalian dalam sabdaanya.

Moga الله sayang dan beri syurga buat ibu.