Anak-anak pada usia di bawah lima tahun biasanya masih tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu keadaan. Jauh sekali untuk bercakap buruk mengenai orang lain melainkan meniru percakapan orang disekelilingnya.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, sebagai ibu dan ayah, jadilah contoh terbaik dan paling penting jaga percakapan semasa bersama mereka. Mereka mendengar dan meniru!
Bayangkan anak kecil anda, dengan wajah polosnya, tiba-tiba menyebut kata-kata yang tidak sesuai.
Bagaimana mungkin anak yang belum kenal dunia, yang tutur katanya sepatutnya lembut dan suci, tiba-tiba berkata sesuatu yang menyakitkan telinga?
Ads
Hakikatnya, anak-anak di bawah usia 5 tahun tidak akan mengeluarkan kata-kata buruk melainkan mereka dipengaruhi oleh persekitaran.
Ads
Mereka belajar daripada apa yang mereka dengar, lihat, dan alami. Setiap perkataan yang mereka ucapkan mencerminkan dunia yang mereka hidup di dalamnya.
Sebagai ibu bapa dan dewasa di sekeliling mereka, kita adalah cermin mereka. Jika mereka menyerap bahasa penuh kasih, mereka akan memantulkannya kembali.
Ads
Apa yang kita boleh lakukan?
1. Berhati-hati dengan tutur kata kita
Anak-anak tidak memilih apa yang baik atau buruk. Mereka hanya meniru. Jadi, jadilah contoh yang baik untuk mereka.
2. Cipta suasana yang penuh kasih sayang Kurangkan emosi negatif di hadapan mereka. Bahasa yang positif akan melahirkan jiwa yang lembut.
3. Jelaskan dengan penuh kelembutan
Jika mereka tersilap berkata sesuatu yang buruk, jangan marah. Tunjukkan mengapa kata itu tidak baik dengan kasih. ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejujuran dan kesetiaan antara suami isteri itu penting dalam memastikan hubungan suami isteri yang terjalin terus kekal bahagia selamanya. Pun begitu, kita juga sering mendengar kata-kata bahawa kesetiaan lelaki biasanya diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita pula diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
Bercerita tentang setia, seorang suami yang dikenali sebagai Johan Ahmad, 45 juga pernah mengajukan persoalan kenapa isterinya yang masih setia bersamanya sedangkan kini dirinya berstatus OKU.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, bilamana Sri Norliana Muliyono, 33, yang memilih setia bersama suami, Johan Ahmad, 45, yang telah kudung kaki kiri selepas terbabit kejadian letupan gas di bengkel kereta miliknya pada 2020, menjadi perhatian.
“Saya Tidak Pernah Rasa Terbeban…”
Sri Norliana berkata, kejadian itu nyata mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila suami yang sebelum ini berusaha mencari rezeki kini hanya mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Menurutnya, setahun selepas kejadian itu dia yang tidak pernah berkerja nekad mencari rezeki bagi menyara keluarga, namun mengakui suami melakukan kerja sampingan bagi membantunya.
“Kami menjalani kehidupan suami isteri selama 15 tahun dan ketika suami masih cukup sifat dulu dia seorang yang bertanggungjawab serta berusaha memberi nafkah keluarga dan menyediakan keperluan kami tanpa berkira wang biarpun sibuk berkerja.
“Jadi atas alasan apa saya mahu meninggalkan suami dalam situasi yang dia sudah tiada upaya dan kudrat seperti dulu, malah saya tidak pernah rasa terbeban,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suami Rajin Membantu
Dia yang berkerja dalam penyelenggaraan penapis air berkata, dalam keadaan yang terbatas, suami tetap membantunya dengan menguruskan rumah ketika dia berkerja dan menghantar anak sekolah.
“Dengan berkerusi roda suami buat kerja rumah termasuk memasak untuk anak ke sekolah. Dia tetap melakukan tanggungjawabnya bukan saja bantu di rumah, suami juga menjahit dan menjadi ejen jualan dalam talian,” katanya tinggal di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, di sini.
Sementara itu, Johan berkata, dia kehilangan kaki kiri sehingga paras pangkal paha, tangan kirinya turut parah apabila terbakar dalam kejadian itu menyebabkan tangannya tidak dapat digenggam dengan sempurna selain ibu jari kanan juga putus.
Tidak Mahu Hanya Bergantung Pada Isteri
Bagaimanapun katanya, dia tidak mahu hanya bergantung kepada isteri semata-mata biarpun fizikalnya tidak sama seperti dulu.
“Kejadian itu menyebabkan saya hilang kaki dan perniagaan bengkel kereta tetapi bersyukur keluarga masih setia bersama saya.
“Saya tetap mahu berusaha untuk kelangsungan hidup dengan mengambil tempahan baju kurung (hanya untuk keluarga dan rakan), cadar, langsir dan set tilam bayi sambil turut berniaga dalam talian.
“Malah saya akan membantu isteri menguruskan rumah dan memasak setiap hari. Saya faham isteri yang sebelum ini tidak pernah bersusah payah berkerja kini terpaksa melakukan semua itu, jadi tugas saya meringankan kerjanya,” katanya.
Menurut Johan, dia terharu dengan kerelaan isteri yang sanggup berkerja demi keluarga mereka selain ketulusan isteri yang terus setia bersamanya.
“Saya anggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Biarpun sekarang perbelanjaan kami sudah tidak sama seperti saya berniaga dulu tetapi ia masih cukup dan yang penting sentiasa bersyukur,” katanya.
Mencipta bahagia dalam perkahwinan perlu diusahakan pun begitu dalam perkahwinan ada pasang surutnya.
Namun setiap ujian perlu diselesaikan sebaiknya dan kenal punca penyebab kenapa satu-satu perkahwinan itu tidak bahagia sepertimana Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 puncanya.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Sejak akhir-akhirnya, ramai yang suka aktiviti lasak masuk ke hutan. Ia seakan menjadi trend setelah pandemik.
Namun dalam keseronokkan itu, perlu berhati-hati agar keselamatan diterjamin. Di dalam hutan segala kemungkinan akan berlaku.
Sebagaimana perkongsian renjer hutan ini yang memberi nasihat supaya berhati-hati ketika memasuki kawasan hutan.
Menerusi perkongsian di TikTok, akaun P. sharon.j dia memberitahu supaya mengikut peraturan dan mengikut trek yang disediakan ketika masuk ke hutan. Ranjer muda ini yang dikenali sebagai Sharon memulakan bicara dengan tajuk, “Kenapa di hutan kena jalan di trek yang disediakan?
Katanya, pastikan trek selamat iaitu kena pastikan bersih, dan yang paling penting kena depakan tangan supaya tidak sentuh dengan tumbuhan yang disekitar.
“Bila ada trek, pastikan kamu berjalan pada trek setiap masa untuk mengelak terkena duri, di sengat tebuan dan haiwan berbisa seperti ular.
Dia juga menunjukan seekor ular kapak berwarna hijau pada dahan pokok. Lebih mengejutkan warnannyaa seakan-akan dengan pokok dan daun. Jarak ular tidak jauh dari trek jalan yang disediakan,
“Jadi bila berada di hutan, pastikan kamu on trek, jangan off trek untuk mengelak benda begitu.” nasihatnya.