
Sebuah coretan perkongsian yang sungguh inspirasi buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak agar menerima anak seadanya.
Benar, setiap anak mempunyai perkembangan diri dan pencapaian yang berbeza.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu hargai anak-anak tanpa prejudis kerana dirinya juga punya kelebihan dan kekurangan diri. Moga perkongsian ini mendidik kita muhasabah diri kala membesarkan anak-anak.

~ Anakku ~
Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak yang baik, anak yg cerdik, cuma ujian. Allah hendak tengok kita demand atau tidak, letak syarat atau tidak, kerja kuat atau tidak, sabar atau tidak.
Anak-anak yang biasa-biasa,tidak berapa pandai, itu hadiah Allah.
Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga.
Tidak perlu kecewa hasil kita tidak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.
Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada Allah. Dia yang sebegitu hebat tidak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tidakk beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang.
Kata-kata indah jadi peringatan bersama dalam kita mendidik anak-anak.
Kredit:- Umi Kalsom Omar via Majlis Ilmu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di








Begitupun, hubungan tersebut akui Shuib masih terlalu baharu dan mereka masih di peringkat berkawan.
“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” ujar Shuib ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna.
“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya duda dengan anak empat.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.