Berdepan dengan pelbagai masalah anak-anak pastinya memeningkan kepala ibu ayah. Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Ads
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Jangan Lupa Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Kerap Sentuh
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
Ads
5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
Ads
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
8. Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.
Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan tersebut sambil jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kepada kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu, Ramadan kali ini pastinya begitu berbeza buat penyanyi, Nabila Razali yang pertama kali menyambut sebagai isteri.
Menerusi sebuah program bual bicara baru-baru ini, Nabila mengakui begitu teruja untuk menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan.
“Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.
“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur,” katanya berkongsi.
Bercerita mengenai pemakanan suaminya, akui Nabila suaminya seorang yang tidak cerewet tentang makan. Lebih-lebih lagi ketika dibulan puasa.
“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur.
“Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, mendirikan rumahtangga pada 17 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Hari Raya menjelang tiba, sudah tentu ada yang sibuk mengemas rumah sama ada kediaman sendiri atau rumah ibu ayah di kampung.
Menarik dengan perkongsian ini, cara mudah nak bersihkan rumah kekal wangi dan kemas dengan mudah ikuti 4 cara ni, memang menjadi!
TIPS RUMAH KEKAL WANGI
“Jom wangikan rumah…sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me “
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang. Bahan-Bahan: 1 penutup pencuci lantai Cuka Air panas Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya. Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik Cuka Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan: 1 sudu kecil teh soda bikarbonat 1 sudu teh cuka 1 cawan air Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum. Selamat Mencuba
Cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita perlu menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, isteri kita yang dicintai. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di