Menutup 2018 dengan drama Pujaan Hati Kanda, pelakon dan juga hos tv yang kian popular ini berkongsi luahan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Si cantik manis, Mira Filzah dalam catatannya sebelum itu berkongsi paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
Jelasnya, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.
“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulisnya.
Ads
Mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.
“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.
“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” katanya.
‘Mira tak suka sentuh cerita peribadi sebaliknya mahu fokus tentang kerjaya buat masa sekarang.
‘Tetapi semua cerita tentang saya di luar sana tidak membebankan atau sampai beri tekanan sebab saya tahu ini semua lumrah sebagai anak seni. Saya faham situasi netizen dan saya takkan boleh halang teka-teki di luar.
“Saya juga tak suka memikirkan apa komen orang dan jarang ‘down’ dengan kata-kata orang. Sebaliknya saya hanya fokus pada lakonan saya sahaja.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pemahaman tentang erti hidup yang berkat dalam membina keluarga bersama pasangan, mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan.
Walau sedang suami diuji dengan kesesakan hidup, namun isteri yang hebat tetap teguh dibelakang suami memberi semangat.
Ini sebagai mana yang diceritakan oleh Encik Khairul Hakimi dan ayuh kita cedok inti pati perkongsian bermanfaat tersebut.
Baru-baru ini selepas kelas, saya nak balik sangat, kemudian ditahan oleh salah seorang dari peserta yang nak sangat ucap begitu begini kepada saya. Saya layankan sahaja kerana beliau nampak teruja sangat.
Kontrak tidak disambung
Kisahnya, suami beliau diberhentikan kerja kerana kontraknya sudah tidak disambung selepas 3 tahun bekerja. Notis yang diterima kurang 3 minggu menyebabkan suaminya itu jadi terpinga-pinga nak cari kerja di mana. Umur sudah lebih 40 tahun dan sukarnya nak cari kerja yang sesuai.
Minta sana sini semuanya tak berjawab dan akhirnya duduklah di rumah dari seminggu akhirnya jadi sebulan. Oleh kerana tak tahan, si isteri (peserta kelas saya tadi) memujuk beliau untuk ambil sahaja pekerjaan yang ada.
Lalu si suami yang dah biasa tunjuk itu ini di Facebook, akhirnya pergi ke stesen minyak terdekat dan memohon untuk kerja sahaja di sana. Gajinya sangat-sangat rendah namun itu tetap membantu keluarga beliau.
Beliau layan suaminya sama sahaja dengan sebelumnya. Cuma, ada kala suaminya kena kerja hingga 12.00 tengah malam, dan beliau terpaksa menanti takut-takut si suami memerlukan air panas minum dan sebagainya.
Berkata sabar
Kata si isteri ini, berkat dia sabar lebih 6 bulan, tak merungut duit tak cukup, tak juga bising suami kerja teruk, gaji kecil dan terus sahaja berbakti untuk keluarga, akhirnya si suami dapat naik jadi akauntan di stesen tersebut. Disayangi dan kini gajinya lebih kurang sama dengan nilai yang dia diberhentikan dulu.
Saya tanya beliau kenapa beliau cerita kepada saya, kata beliau “saya duk teringat tuan tulis di wall tuan pasal berkat. Jadi saya nak ucap sangat terima kasih ke tuan. Sungguhlah, berkat itu macam makhluk. Jika kita reda, kita buat dan usaha, walau kecil, nanti-nanti Allah akan ganti. Seolah-olah makhluk berkat ini naik ke langit dan beritahu Allah yang kita ini dah cuba jadi yang terbaik walau banyaknya kesusahan melanda.
Terus berusaha
Saya ingat lagi masa mak ayah datang rumah, juga mak ayah mentua. Semuanya cakap suruh suami saya cari kerja lain, namun kami berdua tak pernah jawab. Kami angguk sahaja. Kami tahu dah puas kami cakap yang kami duk usaha tapi tak dapat, namun nak beri mak ayah faham, susah. Mereka mesti ingat kami belum berusaha lagi.
Sama juga jiran duk cakap suami saya dah macam Bangla. Kulit dari cerah jadi hitam duk layan kadang-kadang tengah panas pegang sepanduk suruh orang masuk ke stesen minyaknya. Saya diamkan juga. Dulu kereta semua kena Tarik. Hari ini kami beli dah Proton Baru. Yang Suv tu, leganya Tuan. Alhamdulillah. Syukur sangat saya.”
Saya lihat dia duk kesat-kesat matanya. Nampak bergenang dan puas betul beliau bercerita.
Terus berdoa
Yang penting ialah berusaha. Kemudian, yang keliling kena faham, bantu, dorong dan tolong mana yang mampu. Yang tidak, kena berusaha juga diam dan berdoa bukannya membising kritik dan kutuk tanpa bantu sikit pun.
Kita ini sering sahaja melihat kesusahan orang, namun kita bantai tuduh dia malas dan sebagainya. Kita tak tahu cerita di belakang itu bagaimana. Saya puji dan kagum keluarga yang begini. Orang yang dah merasa kena hina kerja kilang, kemudian ditolak-tolak ke sana kemari dengan gaji kecil, tak mampu itu ini, memahami benar kisah ini, lebih lagi apabila saat Allah berikan ganjaran, hadiah dan kesenangan dengan bergaya.
Hidup berkat
Ianya seperti sebuah proses yang dinantikan sangat. Dulunya nak beli ubat anak pun kena marah apabila nak pinjam duit orang keliling, tiba-tiba hari ini kita bantu pula anak dia yang sedang kesusahan. Itulah keseronokan kita bermain dengan perkataan berkat.
Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja. Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang.
Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya.
Membesarkan anak-anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar. Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak.
Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik keibubapaan, jangan sesekali melupakan keampuhan doa sebagai senjata seorang mukmin.
Ada pelbagai surah-surah dalam al-Quran yang boleh menjadi amalan doa terbaik dalam kehidupan setiap manusia.
Perkongsian video di akaun TikTok n.dibsy mendapat perhatian wargamaya apabila ramai kagum dan memuji cara seorang ayah mengalunkan ayat suci al-Quran kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.
Dengan kapsyen yang ditulis, “Ingat tak dulu Uwais 3 bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha” menunjukkan bahawa ibu dan ayah anak ini sememangnya sudah biasa membacakan surah-surah al-Quran kepada dua orang anaknya.
Pesanan untuk para ibu bapa, daripada kita asyik membebelkan anak lebih baik kita buat amalan doa surah Taha ayat 1-6 sebagai salah satu usaha untuk melembutkan hati anak dan mudah mendengar kata.
Menurut sumber dalam Hijabista, surah Taha adalah surah yang ke-20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembutkan hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas, degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendidinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk IIslam pada hari tiu juga di hadapanan
Nabi Muhammad SAW.
Rajnlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha. Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendenar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Maksudnya:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurukan al-Quran kepadamua (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca tiga kali. Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa dibuat pada waktu malam? Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Meninjau ruangan komen, ternyata ramai mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran sejak usia bayi lagi dan turut mendoakan si comel membesar sebagai anak solehah dan terus mencintai al-Quran.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.