Malang tak berbau. Anak kepada pasangan usahawan berjaya, Datuk Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Shahida terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas satu kejadian yang tidak diduga.
Menurut perkongsian Datuk Aliff Syukri, anak kelimanya, Raudah terkena bucu tangga yang tajam sehingga mengalami pendarahan yang banyak.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerja.
“Tapi jadi sebaliknya. Saya terkejut tengah-tengah rekod wife saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit cakap Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan darah memancut-mancut macam air paip,” katanya bercerita.
Menerusi video yang dikongsikan beliau, Raudah yang dipangku sepanjang perjalanan ke hospital itu menangis tanpa henti kerana kesakitan.
Ads
Biarpun panik, namun Datuk Aliff berusaha memujuknya untuk tenang dengan kepala yang masih berbalut bagi menahan darah keluar.
Apapun kata Datuk Aliff lagi, dia bersyukur bila mana luka itu tidak terkena tulang kepala anaknya.
“Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya lari. Saya dan isteri bawa ke hospital waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya.
Ads
“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” ujarnya lagi.
Semoga Raudah baik-baik sahaja dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala.
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida dikurniakan enam orang cahaya mata.
Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasai. Apatah lagi, pemergian suami tersayang dalam keadaan mengejut.
Sebelum Ini, Bunga berkongsi luahan hatinya menerusi lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ yang cukup menyentuh hati apatah lagi ia merupakan nukilan khas Bunga buat arwah suaminya.
Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya.
Terbaru, Bunga berkongsi kisah ‘Love Story’ sewaktu bersama arwah Ashraf dan bagaimana dia melangkah hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran suami tercinta di sisi.
Menerusi temu bual bersama pelakon terkenal Indonesia, Daniel Mananta, Bunga berkongsi tentang kehidupannya terlebih dahulu sebelum kehadiran Ashraf.
Menurutnya, dia seorang anak kecil yang hidup berpindah-randah dan sukar untuk mempunyai rakan. Ini kerana, dia mengikut kedua ibu bapanya yang mempunyai urusan kerja di tempat yang berbeza-beza.
Tambah Bunga, dia tidak seperti kanak-kanak yang lain dan terpaksa berjumpa dengan pelbagai orang daripada pelbagai latar belakang termasuklah budaya. Meskipun sudah menceburi bidang nyanyian, Bunga masih meluahkan rasa ’empty’ sehinggalah dia bertemu dengan Ashraf.
“Saya anak pertama dan kena lindungi keluarga. Jadi saya perlukan pasangan hidup yang sama iaitu pandai berdikari. Arwah sangat menghargai setiap pengorbanan saya. Malah, dia sentiasa ada untuk saya. Saya tak perlu nak jaga ego Ashraf sebab kami memang ditakdirkan sepadan dan Ashraf merupakan pilihan yang terbaik buat saya. Saya rasa jadi diri sendiri bila bersama dia.
“Ashraf seorang ‘fighter’. Dia akan berjuang untuk hidupnya dan orang yang dia sayang. Di sisi lemah, dia seorang yang mempunyai perasaan mudah simpati terhadap orang di sekitarnya dan ternyata kedua-dua ciri Ashraf itu sama dengan saya. Satu perkara lagi, saya suka cara dia atasi sesuatu masalah dan ‘sense’ yang dia punya,” ujar Bunga lagi.
Malah, cara ibu bapa Ashraf yang romantik, sering bersama dan meluangkan masa untuk berbincang membuatkan Bunga yakin Ashraf bakal jadi suami yang terbaik. Jelas Bunga lagi, dia yakin Ashraf bakal mengikut jejak langkah ayah dan ibunya selepas mereka berkahwin.
Kata bunga, bapa mentuanya sering membuka pintu kereta untuknya apabila mereka keluar bersama. Perkara tersebut membuatkan Bunga sangat tersentuh dan percaya bahawa keluarga Ashraf merupakan keluarga yang baik dan mempunyai kualiti tersendiri.
“Saya tak pernah fikir hidup tanpa Ashraf walaupun dia pergi pun bukan dengan ketentuan saya. Apa yang boleh saya cakap, selepas kahwin, Ashraf selalu mencari masa untuk meluangkan masa bersama saya dan Noah.
“Pengorbanan yang dia lakukan itu sungguh luar biasa terutama apabila saya tengok kehidupan pasangan suami isteri yang lain selepas arwah meninggal dunia. Ashraf selalu memudahkan keadaan. Kalau saya sedar dari awal, sudah tentu saya akan memberikan pujian yang lebih buat arwah.
Mengulas mengenai detik percutian terakhir mereka sekeluarga, Bunga memberitahu dia, Noah dan Ashraf sempat bercuti di Melbourne dan Bali. Mereka memilih untuk menyambut tahun baru di luar negara dan ingin merasai pengalaman menaiki belon panas di negara berkenaan.
Jelasnya, dia dan Noah sangat gayat pada waktu itu. Demi permintaan Ashraf, mereka bertiga akhirnya berjaya naik ke atas dan merakam beberapa foto serta memori indah bersama.
Mengenai percutian di New York, Bunga menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan kerja di sana. Pada awalnya, hanya dia dan beberapa orang rakan termasuk ‘Team Bunga’ sahaja yang akan pergi. Oleh kerana risau tiada siapa yang akan menguruskannya apabila tiba di sana, dia mengajak Ashraf untuk turut serta. Memandangkan Ashraf juga teringin melakukan ‘diving’ di sana. Itulah momen percutian yang terakhir buat mereka ujar Bunga.
“Pada hari Ashraf meninggal, saya baru pulang dari kerja dan masih menguruskan hal kerja yang lain sehingga waktu pagi. Sewaktu saya bawa Ashraf pergi ke rumah sakit bersama Noah, saya dah tahu Ashraf mungkin sudah tiada lagi. Namun, Noah berkata mungkin doktor boleh tolong dan merawat ayahnya.
“Noah hanya mampu duduk dan tidak mahu melihat wajah ayahnya pada waktu itu. Saya pula dah ready dan tahu dia sudah meninggal. Saya cuma perlu fikir nak uruskan Noah sebab dia sedih dan tahu ayahnya sudah tiada. Saya jelaskan kepada Noah yang saya tak mampu buat apa-apa dan doktor sudah mencuba sedaya upaya.
“Paling saya terkejut ayat Noah pada waktu itu, siapa yang akan teman mummy nanti bila daddy tak ada?. Noah juga tidak sangka ayahnya akan pergi ketika usianya masih kecil.
Dalam pada itu, Bunga turut meluahkan perasaan kecewa kerana tidak meluangkan sepenuh masa bersama keluarganya terutama di saat-saat akhir Ashraf hendak pergi buat selamanya.
Dia tidak menyangka semua ini berlaku dalam sekelip mata. Kehilangan Ashraf merupakan satu tamparan yang hebat buatnya dan dia mengambil masa yang agak lama untuk pulih daripada kehilangan tersebut.
“Bunga memberitahu dia tidak sedar langsung sepanjang proses pengebumian arwah Ashraf dan kebanyakannya diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan. Selepas seminggu Ashraf pergi dan pandmeik Covid-19 mula berlaku, Bunga baru merasakan kehilangan tersebut. Dia juga berasa sakit di bahagian dada dan sukar untuk bernafas.
Oleh itu, dia terus berjumpa dengan doktor dan menghentikan kesemua urusan kerjanya. Bunga banyak menghabiskan hari-harinya dengan membaca buku dan mencari kekuatan untuk membesarkan Noah secara sendiri.
Saya pernah cakap terfikir kalau saya meninggal siapa yang mahu menjaga Noah. Dahulu saya pernah terdetik kalau saya pergi dulu, saya yakin Ashraf akan jaga dan sayang Noah dengan baik sekali. Saya tahu dia mampu membuat Noah bahagia. Kini, saya perlu mencari kekuatan supaya mampu menjadi insan yang kuat buat Noah.
“Saya sedih melihat Noah kerana tidak mempunyai ayah pada usia yang masih kecil. Saya masih mempunyai ibu dan bapa kandung namun, tetapi Noah sudah tiada ayah. Sukar untuk mencari pengganti Ashraf yang mampu membahagiakan Noah. Ini kerana, Ashraf merupakan ayah terbaik.
Kini, Bunga memberitahu bahawa dia meluahkan segala isi hatinya menerusi sebuah buku yang diberikan oleh arwah Ashraf. Menurutnya, arwah Ashraf pernah berpesan supaya dia menulis dan merancang kehidupan pada masa akan datang.
Ujar Bunga, menerusi penulisan tersebut dia bakal mendapatkan kekuatan seperti mana yang dilakukan oleh arwah suaminya sebelum ini. Bunga turut berkongsi bahawa dia pernah menerima sebuah buku bewarna merah daripada Ashraf sebelum mereka berkahwin.
Buku tersebut mengandungi semua kisah mengenai Ashraf sehinggalah mereka bertemu. Bunga juga tidak sangka, buku yang diberikan oleh arwah suaminya itu merupakan hadiah yang terakhir sepanjang mereka bersama.
Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti ingin melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah. Luluh hati seorang ibu bila mana si kecil menderita penyakit kronik.
Itulah yang ditunjukkan oleh ibu berjiwa cekal ini bila mana anak kecilnya disahkan menghidap kanser otak tahap 4. Kisah anak syurga ini dimuat naik oleh ibunya Mrss Mamaa sebelum ini.
Namun begitu, khabar duka diterima apabila ibu kepada adik Muhammad Al Huzaifah telah memaklumkan anak kesayangannya itu telah kembali ke Rahmatullah pada 3 November lalu.
Berakhirlah penderitaan abg,, selamanya abg di hati ibu,, abg tunggu ibu abi kat sana , doakan kami ke syurga macam abg,, sesungguhnya ibu halalkan susu ibu dan semua untuk abg,, i love you abg.
BEREHATLAH WILDAN SYURGA 18/4/16-3/11/19 hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,, sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,
ABG ANAK YANG BAIK selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,, abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,
BILA ABG DAH MEROSOT abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,
SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok
AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,, ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg
ANAK SYURGA IBU dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi hebat,,abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,
Sebelum ini telah tular satu posting sesi fotografi dari Lurima Lensa di laman Facebook berkenaan adik Muhammad Al Huzaifah dan keluarga.
“SAYANG HUZAIFAH HINGGA KE SYURGA”
Photoshoot kali ini bukanlah photoshoot family biasa, photoshoot kali ini adalah bertujuan mengabadikan kenangan kepada keluarga yang menanggung ujian yang besar dari Allah SWT.
Manakan tidak, anak sulung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang disahkan menghidap kanser tahap otak tahap 4 oleh doktor dan hanya diramal tidak mempunyai masa yang panjang. 🙁
Kisahnya bermula pada 6 Julai 2019, dengan tidak semena-mena adik Huzaifah yang sebelum ini merupakan anak yang bijak serta aktif berusia 3 tahun tidak boleh lagi berjalan sebaik bangun tidur. Apabila pihak hsopital membuat pemeriksaan mendapati adik Huzaifah ini disahkan menghidap sakit yang dinyatakan tadi.
Namun ibu bapa kepada anak kecil ini sentiasa berdoa agar keajaiban akan berlaku serta mengharapkan Huzaifah sembuh seperti sediakala.
Harapan Encik Farhan dan Puan Nurul juga agar jutaan rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan untuk anaknya ini.
Takziah diucapkan buat keluarga adik Huzaifah. Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan ini.
Boleh dikatakan kebanyakan rumah mempunyai televisyen. Jika boleh lagi besar televisyen itu, lagi hebat rumah itu. Malah ada ibu bapa berlumba-lumba membeli tv bersize besar. Maklumlah nak buat anak happy.
Ada juga ibu bapa sendiri menjadikan bilik tidur sebagai ruang menonton tv selain ruang tamu. Ia seakan menjadi kemestian buat seisi keluarga.
Berbeza pula dengan sebuah keluarga ini. Membuat pilihan agar tiada kewujudkan tv di rumahnya. Malah keluarga ini sudah 4 tahun tidak memiliki tv. Malah kisahnya sebelum ini pernah menjdi viral. Ikuti perkongsiannya puan Widyana Ali setelah 4 tahun tanpa TV.
Bulan lepas cukup 4 tahun kami hidup tanpa tv. Masa mula-mula tinggalkan tv hidup rasa macam ada “kekurangan”, tapi lama-lama rasa hidup lebih bermakna.
Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan “idiot box” untuk TV. Baru sekarang saya faham kenapa TV ni dipanggil idiot box.
Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu. Tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.
Buat apa nak kenal pelakon kan? Dia bukan saudara mara kita
Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama-sama menonton drama dan movie. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak, tiba pula slot drama sampai waktu maghrib.
Gambar ini setelah setahun tanpa TV
12 KESAN PADA KELUARGA SETELAH TIADA TV
Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Banyak kelebihan untuk anak-anak bila tiada tv di rumah.
1. Anak-anak kurang tantrum. Sebab mengadap tv lama-lama sebenarnya jadi stress tanpa sedar, macam orang kerja tengok computer lama-lama.
2. Anak-anak senang dengar arahan.
3. Mereka buat kerja jadi bertambah fokus sebab tiada gangguan.
4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat gembira bila mama minta bantu di dapur.
5. Tidak terpengaruh dengan iklan.
6. Hidup mereka lebih gembira rupanya.
Kesan baik untuk saya dan suami:
1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV. (Hypnotized)
2. Kurang marah, sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu. Ya Allah ni paling penting dalam hidup kita.
6. Banyak masa untuk borak dengan suami dan anak-anak.
Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.
Kepada kawan- kawan, cubalah ‘buang’ TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.
Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.
Kami juga sangat strict dengan penggunaan smartphone. Nanti saya akan tulis pengalaman mengawal penggunaan smartphone dalam keluarga.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.