Anak Hanis Zalikha terjun kolam renang penuh bergaya dan berkeyakinan. Si comel Alisa, anak kedua pasangan selebriti popular ini menunjukkan keberaniannya dalam kolam renang.
Gaya comel Alisa yang sememangnya mempunyai karektor cheeky & happy go lucky ini sering mengundang kegeraman netizen.
Perkongsian video Alisa selamba dan beraninya terjun ke dalam kolam renang di Instagram thealisaaisyah menarik perhatian netizen yang rata-rata seronok dan kagum menyaksikan keberaniannya
Video yang dimuat naik menunjukkan Alisa terjun ke dalam kolam renang menuju ke arah daddynya, Hairul Azreen dengan tulisan caption #SundayIsFamilyDay
Ramai netizen memuji Alisa yang kecil-kecil sudah pandai berenang dan sangat berani. Bahkan ada juga yang membandingkan Alisa dengan diri masing-masing yang jauh berumur daripadanya tetapi masih tak pandai berenang.
Ads
“Pndainya awak swim alisaaa”
“21 years old pun tak pandai swiming like u alisa sedeh 😭😭😭❤️❤️❤️
“Kcik dh pndai swim… Akak mnyelam je pndai
“Pandainya dia 😍 Alisa yg umur 3 tahun dah pandai swim aku ni 23 still tak pandai swim 😢
Ads
“alisa aisyah umur brpo tahun bulih terapung gitu. Kito umur 24 tenggelam takleh wak gitu
Memang lucu kalau baca komen netizen, diharap keberanian Alisa menjadi inspirasi kepada semua kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik yang masih belum pandai berenang untuk belajar skil ini. Masih belum terlambat tu…hehe.
Apa pun tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Hanis & Hairul kerana berjaya mendidik anak-anak mereka berani dan berkeyakinan mencuba segala macam kemahiran hidup.
Ads
Ternyata konsep bonding family yang mereka amalkan pada hujung minggu membuahkan hasil dan mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.
Kalau anda semua nak mencari ilmu keibubapaan yang boleh diamalkan sepanjang mendidik anak-anak, apa kata join Webinar Keibubapaan PERCUMA ini. Ada 6 orang speaker jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan seperti Ibu Rose, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Prof Dr Nik Salida, Puan Azlina Roszy & Irma Hasmie.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Swee Bee, sebuah perusahaan bakeri terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan tart nanas segi empat dengan inovasi cetak timbul, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan reka bentuk dan corak yang khusus, Tart Nanas Swee Bee bukan sekadar menjadi kudapan yang enak. Sesungguhnya, tart Swee Bee merupakan lambang warisan budaya di Malaysia yang kaya dengan limpah kurnia dan kemakmuran.
Keunikan Swee Bee bukanlah sekadar bentuk segi empatnya, hakikatnya ramai yang tertarik dengan perincian dan rasanya yang lazat. Saiz tart dihasilkan seteliti mungkin supaya memenuhi cita rasa, dengan pastri mentega yang cair di mulut, disulami rasa sekata manis dan masam pes nanas. Setiap tart diisi dengan inti nanas mengikut resepi turun-temurun, cukup membuai rasa.
Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Pengasas Swee Bee, iaitu David Wong, terkenang akan gelaran ‘si perut besar’ oleh neneknya kerana selera makannya yang besar. Bak kata pepatah Cina “口大吃四方” (perut besar terisi empat penjuru), memori lucu ini menjadi inspirasi penghasilan tart nanas segi empat Swee Bee dengan cita rasa tersendiri. Pepatah ini juga bermakna rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa yang mencari. Walaupun tart nanas segi empat boleh didapati di Taiwan, keistimewaan Swee Bee ialah cetakan timbul perkataan ‘福’ (Fortune) pada tart nanas.
Idea reka bentuk yang unik ini, ujar David, “Tercetus sewaktu pelancaran Tart Nanas Swee Bee pada tahun 2010 sempena perayaan, dengan aksara Cina berbunyi ‘Fortune’ tertera pada permukaan tart, khususnya bagi sambutan Tahun Baru Cina. Melalui cetakan timbul aksara ‘福’ (Fortune) pada tart nenas, kami melahirkan tart nanas pertama yang bukan sahaja berbentuk segi empat di Malaysia bahkan tart ini menjadi penyeri buat sesiapa sahaja yang membeli atau menerimanya sebagai hadiah.”
Pada tart segi empat ini, terdapat garis bulatan yang mengelilingi aksara “福” (Fortune) tersebut, melambangkan perpaduan dan jalinan kemesraan. Konsep ini menzahirkan misi Swee Bee untuk menyatukan masyarakat dari seluruh pelosok dunia, meraikan perpaduan dan kemakmuran yang dinikmati bersama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.
Cetusan Idea Swee Bee
Perjalanan Swee Bee terlahir daripada pengasasnya, David Wong tatkala membantu ibunya, Swee Bee seawal usia 8 tahun untuk menyiapkan tart nanas sempena Tahun Baru Cina. Pengalaman sejak di bangku sekolah ini menjadi pendorong untuk beliau meneruskan minat belajar membuat pastri, sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam Pengurusan Hotel & Katering.
Selepas meninggalkan dunia korporat, David bermuhasabah, meneliti semula kehidupannya sehingga menemukan kembali cintanya dalam pembuatan pastri. Pada tahun 2009, berbekalkan resipi tart nanas tinggalan ibunya, David memulakan perniagaan dari rumah, suatu permulaan episod yang menjadikan Swee Bee sungguh istimewa.
Setelah bertahun-tahun, Swee Bee mengembangkan operasi pada tahun 2012 dengan membuka kedai Baker Dave di Sri Hartamas. Pada tahun 2014, kedai bakeri ini bertukar jenama menjadi Nooks by Baker Dave, sebuah kafe bakeri yang menawarkan aneka sajian Barat, pencuci mulut, dan kopi.
Setelah berkembang pesat, pada tahun 2019 Nooks melebarkan sayap dengan mempromosikan tart nanas sebagai produk utama, sebagai tanda penghargaan buat ibu David, iaitu Puan Swee Bee. Bertitik tolak daripada saat inilah, David memberanikan diri menukar jenama daripada Nooks kepada kafe Swee Bee, yang menyajikan hidangan tempatan dengan kudapan tart nanas sepanjang tahun, sebelum memperluas operasi dengan penubuhan kilang pengeluaran produk pastri yang diperakui halal.
Transformasi kafe ini siap sepenuhnya dan dilancarkan pada bulan November 2019. Sekalipun terpaksa mengorbankan sebahagian kecil pengunjung yang kerapkali datang atas perubahan hala tuju perniagaan, sokongan daripada pelanggan setianya kekal teguh.
Apabila negara dilanda pandemik COVID-19, operasi kafe terpaksa ditamatkan, namun ada hikmah di sebalik kejadian, musibah ini membolehkan David beralih arah menumpukan bisnes pada kilang pengeluaran produk pastri. Langkah ini membuahkan hasil apabila kilang produk Swee Bee akhirnya berjaya memperoleh perakuan halal pada tahun 2021.
Mengenang pahit manit usahanya selama ini, David berkongsi, “Saya memilih nama Swee Bee untuk mengenang jasa ibu, yang telah bersusah-payah membesarkan dan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bahagi sepanjang saya menceburi bidang perniagaan. Swee Bee menandakan titik tolak tercetusnya minat saya dalam bidang pastri selain daripada tanda kasih buat ibu, insan yang amat saya sayangi.”
Keunikan Lebih Daripada Sekadar Tart Nanas
Rangkaian produk Swee Bee bukanlah terhad pada tart nanas, bahkan meliputi kuih bulan berperisa nanas, biskut, kek, jem nanas, kopi Nanyang, dan banyak lagi. Swee Bee komited menawarkan produk yang berkualiti tinggi, dengan rangkaian produk yang diperakui Halal seperti tart nanas, kuih bulan berperisa nanas, kek, dan biskut badam perisa espresso.
Walaupun tart nanas dikaitkan dengan tradisi musim perayaan, Swee Bee percaya bahawa semua orang boleh menikmati kelazatan produknya tanpa mengira masa. Falsafah “Kenikmatan Tak Kira Masa” membolehkan Tart Nanas Swee Bee dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sepanjang tahun, serta sajian yang dihidangkan sewaktu majlis hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, malahan sebagai tanda penghargaan.
Swee Bee berhasrat untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk bakeri. Kini, Swee Bee menanam impian untuk menjadi cenderamata nombor satu di Malaysia, yang boleh dinikmati dan dikongsi sesama rakyat Malaysia serta dengan masyarakat sedunia. Dengan keunikan budaya, Tart Nanas Swee Bee memiliki potensi sebagai buah tangan yang wajib dibawa pulang oleh pelancong yang melawat Malaysia, sekaligus memartabatkan kepelbagaian warisan dan tradisi budaya di negara ini.
Sebagai bukti komitmen Swee Bee untuk kekal cemerlang, Swee Bee telah merangkul Anugerah Emas dalam kategori Kek 3D Gaya Bebas Moden di Malaysia Culinary World Cup 2023. Reka bentuk kek Swee Bee bertemakan “Etnik Malaysia” yang menonjolkan budaya Peranakan, Cina, Melayu, India dan Iban begitu mengagumkan, sudah tentulah tart nanas menjadi bahan utama!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.
Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.
Beli benih guna tabungan
Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.
Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.
“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.
“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran,” katanya.
Tidak gemar makan sayur.
Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.
“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.
“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.
Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.
Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.
Seorang suami yang sentiasa menyantuni isterinya akan diberikan kebahagian dan kemurahan rezeki yang tidak disangka. Malah kehidupannya dan keluarga akan bertambah sejahtera.
Semalam, peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin, melalui entri di Instagram telah berkongsi berita gembira mengenai isterinya yang telah selamat bersalinkan anak ketiganya. Lebih manis, perkongsiannya menceritakan detik mudah isterinya melahirkan cahaya mata mereka.
Tidak lama mengalami kontraksi, isterinya bersalin dengan mudah. Lebih mengujakan, selepas isterinya bersalin, esok paginya PU Amin bergegas menduduki peperiksaan.
Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Lepas sambut bayi, bergegas mengikuti peperiksaaan akhir tahun
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi..
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..
Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..
Wahai anak, ingat jasa ibu mu
Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung..
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat . Percayalah pasti ada..
Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar .
PU Amin dan isterinya mendirikan rumah tangga tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.