Ads

Apabila Anak Jadi Pembuli, Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

Pembuli

Bukan mudah untuk ibu bapa menerima hakikat bahawa anak mereka mungkin terlibat dalam perbuatan membuli. 

Di hadapan ibu bapa, anak mungkin kelihatan baik dan berkelakuan seperti biasa, namun tindakannya ketika bersama rakan-rakan boleh jadi berbeza tanpa pengetahuan keluarga.

Ada kanak-kanak yang menganggap perbuatan mengejek, mengugut, memalukan atau menyakiti orang lain sebagai sesuatu yang membanggakan. 

Anak Membuli

Buli pula bukan hanya berlaku secara fizikal, malah boleh terjadi dalam bentuk verbal, emosi dan sosial.

Menurut kajian oleh ahli psikologi Olweus (Norway), persekitaran keluarga antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan tingkah laku agresif dalam kalangan kanak-kanak. 

Antaranya termasuk kurangnya perhatian dan empati, disiplin yang terlalu keras serta pendedahan kepada tingkah laku agresif di rumah.

Kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian. Jika mereka sering melihat ejekan, herdikan atau tindakan kasar dianggap perkara biasa, mereka mungkin menganggap cara tersebut boleh digunakan ketika berinteraksi dengan orang lain.

Jika tidak dibendung, tingkah laku membuli boleh menjadi satu kebiasaan. Anak mungkin terus menggunakan cara mengawal, menindas atau menyakiti mereka yang dianggap lebih lemah. 

Ads

Sebab itu, tindakan awal daripada ibu bapa amat penting.

Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa:

Anak Membuli

  1. Nilai semula cara kita bergurau atau memarahi anak di rumah

Suasana di rumah memainkan peranan besar dalam pembentukan sikap anak. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memastikan gurauan tidak berbentuk penghinaan, memperlekehkan atau menyakiti perasaan orang lain. 

Cara kita mengawal kemarahan juga menjadi contoh kepada anak.

Ads
  1. Dengarkan laporan guru atau rakan tanpa terus menafikannya

Sekiranya guru, ibu bapa lain atau rakan memaklumkan tentang tingkah laku anak, dengarkan terlebih dahulu dengan fikiran terbuka. Dapatkan penjelasan daripada semua pihak sebelum membuat kesimpulan. 

Ada perkara yang berlaku di sekolah atau ketika bersama rakan yang mungkin tidak diketahui oleh ibu bapa.

  1. Jangan anggap ejekan sebagai sekadar ‘gurauan’

Apa yang dianggap lucu oleh seorang anak mungkin sangat menyakitkan bagi orang lain. 

Bimbing anak supaya memahami batas dalam bergurau serta menghormati perasaan dan maruah orang lain.

  1. Bantu anak mengenali emosi dan memahami kesannya terhadap orang lain

Ajarkan anak mengenal pasti perasaan marah, kecewa, cemburu atau tertekan dan bagaimana menguruskannya dengan cara yang betul. 

Ads

Pada masa sama, pupuk rasa empati supaya mereka memahami bahawa setiap tindakan dan kata-kata boleh memberi kesan kepada orang lain.

Anak  Membuli

Mengetahui anak terlibat dalam perbuatan membuli bukan bermakna ibu bapa perlu terus menghukum atau melabel anak sebagai “jahat”. 

Sebaliknya, jadikan situasi tersebut sebagai peluang untuk membimbing, memperbetulkan tingkah laku dan membantu anak membina hubungan yang lebih sihat dengan orang di sekelilingnya.

Pemantauan, komunikasi terbuka dan teladan yang baik daripada keluarga boleh membantu mencegah tingkah laku buli daripada terus berulang.

 

BACA LAGI: Akta Antibuli 2026, Ibu Bapa Turut Boleh Dipertanggungjawabkan Dalam Kes Buli Anak

Sumber: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Tun M Terima Cicit Baru, Ally Mukhriz Selamat Timang Anak Sulung...

Ally Mukhriz selamat melahirkan anak sulung lelaki, Eden Zakaria Ezran Cheah, selepas melalui perjalanan mendapatkan zuriat dan rawatan IVF.