Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Fasa Perkahwinan, Usahakan Sampai Penghujungnya Rasa Bahagia! Wanita Ni Kongsikan!

Fasa Perkahwinan, Usahakan Sampai Penghujungnya Rasa Bahagia! Wanita Ni Kongsikan!

Asam garam rumah tangga ada pasang surutnya.Bahkan dikatakan ada fasa-fasa tertentu yang harus ditempuhi.

Memahami apa yang dikatakan fasa dalam perkahwinan,  ini dikongsikan untuk info bersama.

FASA PERKAHWINAN.

Rupa-rupanya, dalam perkahwinana ada banyak fasa yang perlu setiap pasangan tempuhi.
Ia bersifat dynamic.Ia tidak static.

Fasa pertama :
Saat awal kahwin banyak yang manis.
Rasa best..
Rasa happy..
Rasa seronok..
Fasa ini boleh lama sikit jika lambat dapat anak
Tapi mostly about 1-2 yearsFasa Perkahwinan, Usahakan Sampai Penghujungnya Rasa Bahagia! Wanita Ni Kongsikan!

Lepas tu masuk fasa kedua:
Fasa magical thinking 💭
Fasa idealistic,
fikir pasal impian,
Bayangkan bentuk keluarga yang nak dibina,
Rancang tentang haluan kerjaya..
Plan pasal pendidikan anak-anak,
dan plan macam macam lagi
Simpan impian nak jadi suami/ isteri terbaik..
etc etc etc dan pelbagai lagi.

Tapi.. Impian yang dibina lebih bersifat idealistic berbanding realistic…Dan yang lebih bersifat idealistic ramainya perempuan lah banding lelaki

Fasa ketiga ialah fasa power struggle

Fasa mula banyak bergaduh.Mula berselisih dan berbeza pendapat. Dan bermula lah fasa kita semakin nampak perbezaan sesama suami-isteri.Dalam pelbagai perkara. Cara suami lain.
Cara isteri lain. Pendapat suami lain.Pendapat isteri lain.

IKLAN

Kalau ada anak, mungkin berbeza style nak besar dan didik anak-anak. Kalau pasal kerjaya mungkin berbeza dari segi pilihan laluan kerjaya. Masing masing rasa nak menang atau nak ikut style atau pendapat sendiri
Fasa power struggle ni boleh jadi pencetus konflik bagi sesetengah pasangan.

Fasa seterusnya ialah fasa break up. Saat ini mula masuk fasa konflik yang lebih serius.
Contoh kalau isteri tu dah lama bersabar dengan sesetengah sifat suami yang negatif…

Mungkin masa ni dah rasa tak boleh tahan dah
Begitu juga sebaliknya bagi pihak suami..
Jika asyik bersabar dengan karenah isteri..
Mungkin sampai satu tahap hilang rasa sabar

Fasa konflik tersebut berterusan dalam hubungan suami isteri hingga masuk fasa transition phase, dan suami-isteri akan semakin tahu kelemahan masing masing.

Apa jadi lepas tu?
Bagi pasangan yang dah tak boleh cari jalan persefahaman, saat ini mereka akan berpisah “Break up”

Tetapi…
Bagi pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk improve hubungan mereka selepas fasa break up ni,

IKLAN

Mereka akan masuk fasa make up
Time ni kedua-dua pihak, suami dan isteri akan
lebih banyak explore each other, Try to make changes bit by bit. Cuba untuk improve their relationship.

Ada pasangan yang boleh deal sesama mereka
Ada pasangan yang mungkin perlu bantuan dari orang lain dalam fasa make up ni.

Tetapi…. yang bestnya,

Pasangan yang berjaya melalui fasa break up dan make up ni biasanya akan semakin rapat …
selepas lalui fasa konflik atau badai ni..
Go through fasa break up. Go through fasa make up …dan berjaya capai persefahaman yang baru, akan masuk fasa re-romanticizing phase.

Masa ni relationship rasa more meaningful..
And sebenarnya time tulah baru betul-betul boleh kata true love.

IKLAN

Iaitu..
The real love
Masih sayang each other selepas dah tahu keburukan dan kelemahan each other..
Menerima pasangan sebagai diri mereka sendiri. ” reality ”

Bukan lagi bersifat “idealistic”..
Atau mengimpikan sesuatu yang bukan real pada pasangan masing masing..
Bagi yang tengah melalui fasa konflik atau fasa yang selalu fikir pasal nak cerai, ” break up phase”…
Cubalah cari jalan untuk masuk make up stage..

Cuba cuba cuba usaha
Inshaa Allah nanti Allah tunjuk jalan
Kadang kadang Allah beri kesusahan di pertengahan perkahwinan…
Sebenarnya Allah nak beri rasa yang lebih manis selepas kesusahan itu..

P.s:
Komunikasi dan hubungan ni ialah 2 point berbeza

Ada orang mungkin dapat berkomunikasi dengan baik tapi still hubungan hati tidak rapat dan erat

Ada orang mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik tapi ada hubungan hati yang kuat.

Elakkan untuk berada dalam comfort zone about our relationship dengan spouse, sebab apabila rasa selesa kita akan mula pandang remeh little things and so stop finding ways to improve the relationship.

Sumber : Zulfah Zulkifli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI