Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Waktu anak kecil ni la, macam-macam aktiviti perlu diajar kerana di usia mereka ini apa yang mereka belajar mudah untuk ‘diserap’. Jadi, bila besar nanti mereka praktikkan sahaja apa yang dipelajari tidak kira dalam akademi mahupun sukan.
Misalnya seperti berenang, ramai ibu bapa yang mendedahkan aktiviti air tersebut kepada anak-anak untuk belajar berenang dari kecil. Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut mengajar anak mereka berdua berenang, malah sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah sedang bermain kolam renang.
Menerusi hantaran tersebut, Hairul melepaskan Alisa ke dalam kolam renang dan membiarkannya berenang dengan sendiri.
Perkongsian tersebut juga turut dirakam oleh Hanis yang sedang melihat suami dan anaknya itu bermain kolam renang.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah keberanian Alisa yang pintar berenang itu walaupun baru berusia tiga tahun.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka melakukan aktiviti lasak sebegini di awal usia kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini sudah mengajar anak-anak mereka berenang semenjak awal lagi dan oleh kerana itu, mereka berani melepaskan Alisa ke dalam kolam renang secara bersendirian.
Sekadar info, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kucing yang kencing di luar rumah, di koridor atau sekeliling rumah kita pasti meninggalkan bau yang kurang enak. Apatah lagi kalau kucing kesayangan kita ini kencing di dalam rumah. Boleh jadi rimas kalau satu rumah berbau.
Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Rasa tak selesa dan bimbang tidak disenangi tetamu. Membersihkan hari-hari pastinya amat meletihkan jika kucing kita kencing saban hari.
Bermacam-macam petua yang kita telah cuba namun masih belum menampakkan hasilnya. Si bulus kesayangan kita ini masih lagi kencing di merata-rata tempat. Perkongsian petua oleh Munie Muniroh di Facebook miliknya ini, boleh juga kita cuba.
Nampaknya petua akak menjadi. Ni untuk elak kucing kencing di tempat yang sama. Sebelum ni kencing kat luar je, sekarang ni selalu sangat kencing kat dapur.
Begitu rungutannya di facebook. Setelah buat petua guna bahan ‘panas’ ini nyata menjadi dan kucing tak lagi kencing pada tempat yang sama.
Pandai pula dorang lari pergi keluar. Sebelum ni dah cuba tuang clorox sebab kucing tak suka bau-bau gitu, tapi tak juga menjadi. Kali ni baru lah dorang tak hampir langsung dah ditempat ni!
Bahan:
Cili kering
1. Potong cili kering kecil.
2. Taburkan pada tempat yang kencing.
3. Biarkan ditabur berselerak, di seluruh kawasan.
4. Biarkan selama seminggu dan jangan di sapu. Biarkan sahaja seperti dalam gambar.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.