Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Ads
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Ads
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Ads
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Ayam Goreng memang makanan wajib bagi anak-anak kita. Tanpa menu yang satu ni, ada anak-anak boleh mengamuk tak mahu makan. Begitulah penangan ayam goreng.
Tak hanya anak-anak, kita yang dewasa pun cukup gemarkan ayam goreng. Tambah-tambah lagi dimakan bersama nasi panas. Memang meletop!
Nak tahu tip masak ayam goreng jadi lebih sedap? Anda kena cuba tip ini dan lihat hasilnya. Pasti buat anak-anak bertambah suka.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
3. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada cara untuk buat sticker ini, kerja lebih mudah dan kemas. Tambah-tambah lagi untuk dijadikan label atau pelekat nama untuk buku anak-anak sekolah dan sebagainya.
Ini tips untuk buat sticker dengan cara yang mudah dan mengikut citarasa kita sendiri. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ezzaty Liyana.
“Sajalah nak share something yang rasanya tak ramai tahu rupanye easy peasy je nak buat CUSTOM STICKER LABEL ni. EL tunjukkan step by step ya. Senang sangat rupanye nak buat sticker ni. Boleh tampal kat buku sekolah atau alat tulis anak-anak.
”DIY sendiri bermodalkan RM2.10 je semestinya barang dari Eco Shop,” ujar Ezzaty menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.
”Bermodalkan RM2.10, sepeket ada 15 sheets. 15 x 55 pcs sticker per sheet dapat dalam 800+ pcs,” tambah Ezzaty.
Jom, ikuti langkah mudah di bawah untuk hasilkan label stiker yang cantik mengikut citarasa sendiri.
1. Open Microsoft Word
2. Klik “MAILING” dan “LABELS”
3. Kemudian, klik “OPTIONS”
4. Pilih “NEW LABEL”
5. Namakan template sticker anda. Wanita ini remark 4141**** itu sebenarnya barcode sticker tu. Jadi, lepas ini senang beli sahaja barcode yang sama.
6. Tukar page size to “CUSTOM”.
7. Page width dan page height itu ukuran kertas sticker anda. Make sure ukur dengan pembaris.
8. Kira bacaan top margin dan side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar sahaja 0.25cm seperti itu. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nanti.
Ini adalah cara ukur top and side margin boleh refer pada gambar dan arrow.
9. Masukkan label ‘height and width’. Ukuran label ini adalah ukuran sticker anda.
Anda boleh pada kotak kotak putih tersebut dan rujuk pada anak panah, cara untuk mengukur.
Untuk rujukan anda semua, ‘Vert’ merupakan ukuran dari mula sticker atas hingga mula sticker bawah. Manakala, ‘Hor’ adlaah ukuran dari mula sticker kiri hingga mula sticker kanan.
Boleh rujuk pada anak panah untuk lebih jelas.
11. Nombor ‘across and down’ ini adalah paling penting supaya jarak sticker anda tidak lari. Anda harus mengira dengan betul-betul.
Anda boleh rujuk info ini, ‘Num across’ adalah jumlah sticker dari kiri ke kanan manakala ‘Num down’ pula adalah jumlah sticker dr atas ke bawah.
12. Lepas dah siap masukkan ukuran, klik OK.
13. Ruangan address tu, taip apa yang anda nak cetak pada sticker tersebut.
14. Kalau nak tukar tulisan atau size, right click sahaja. Pastikan korang pilih “FULL PAGE”. Kemudian klik ‘Print’.
Sebagai peringatan, wanita ini memesan kepada orang ramai agar cetak dahulu pada kertas biasa sebelum mencetaknya pada kertas stiker berkenaan. Jadi, selamat mencuba anda semua. Semoga bermanfaat.
Kreativiti dan minat mendekorasi kediaman hasilnya cukup memuaskan hati. Biarpun sekadar rumah biasa, namun yang penting nampak kemas dan selesa seisi keluarga.
Demikian juga dengan kediaman milik Emma Aziz sekeluarga. Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Walaupun ia berupa rumah kayu namun dengan kreativiti suami isteri ini membolehkan ruang dalam kediaman berubah wajah.
Hasil kerja sy dan suami . Deko sikit2 jelah sebab xpandai nk deko sangat😬 Thankyou en.suami membantu.
#sekadarshare #rumahkayuponboleh
Itu perkongsian Puan Emma menerusi laman facebooknya. Penggunaan wallpaper mengubah landskap kediaman pasangan ini. Tranfomasi yang dilakukan tampak menyerlah.
Rumah asalnya seperti rumah felda dulu-dulu tapi usaha suami isteri ini DIY cukup dikagumi. Pilihan warna cukup sesuai menampakkan ruang lebih luas.
Cantik dan kemas selain selasa buat seisi keluarga.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Majlis kahwin tinggal dua hari, anggota Bomba meninggal dunia akibat komplikasi tiroid. Kegembiraan menjelang hari bahagia bertukar duka apabila seorang anggota bomba, Mohd Kasyfi Remali, 42, menghembuskan nafas terakhir semalam akibat komplikasi tiroid yang menyebabkan tekanan darah tinggi.