Wanita dan memasak bolehlah diibaratkan bagai inai dengan kuku, begitu berkait dan rapat. Kebiasaanya sebagai seorang isteri dan bergelar ibu, kita akan memasak setiap hari untuk memastikan seisi keluarga dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangan kita sendiri. Tambahan pula, kita sedar dengan memasak ini banyak kelebihannya.
Dikatakan salah satu kelebihannya melalui makanan yang dimasak, ikatan kasih sayang antara keluarga dapat dieratkan dan sebab ini juga tidak hairanlah orang dulu-dulu selalu berpesan, kalau nak menambat hati suami perlulah dari seleranya.
Untuk itu, bolehlah amalkan cara ini yang telah dikongsikan oleh Puan Norhaslinda untuk manfaat bersama.
Adab basuh beras
1. Menggunakan TANGAN KANAN untuk membasuh.
Ads
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
“Laisa la ha min dunillahi kastyifah”
Maksudnya
Tidak ada penyembuh selain dari Allah
Ads
4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih
Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Apa tu?
DIRI KITA SENDIRI!
Isteri kita macam lukisan yang saya buat ni la. Nampak comot kalau tak berseni, bernilai ribuan ringgit pada yang pandai menghargai.
Tidak dinafikan karenah anak-anak ini, boleh para ibu terutamanya mengalami kemurungan atau stress. Penat yang melampau dengan keadaan rumah yang bersepah membuatkan para ibu menjadi seorang yang pemarah dan suka membebel. Walaupun situasi yang dinyatakan itu hanya dialami oleh segelintir sahaja, namun ia tetap memberi impak kepada emosi para ibu.
Namun menarik dengan perkongsian ini, katanya daripada memarahi anak, lebih baik mendoakan anak. Sekali gus, aura positif menyuntik dalam diri untuk memastikan anak-anak mendapat kasih sayang.
Apa pun anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah untuk kita mendidiknya agar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jadi para ibu, jangan stress, lakukan amanah itu dengan sebaik mungkin. Anggap aje anak yang suka sepah itu anak yang cerdik!
Ikuti perkongsian ini.
Tadi kawan kakg share poll dari group,
“Anak Sepah Apa Hari ini?”
Admin tu tanya, anak nombor berapa paling panjang akal? Majority jawab nombor 2.
Tapi seriuslah, anak kakg, soib paling banyak kerja dan cabaran setakat ni.
Dengan baby dia macam belum boleh terima dia ada adik. Dengan kakak, dia buli je. Mentang-mentang kakak saiz kecik.
Nak jadikan cerita, malam tadi Soib terkencing malam. Kalau ikutkan memang wajar geram atau marah kat dia. Dah tengah malam, baru nak rehat, kencing pula. Gitu lah.
Alhamdulillah Allah izinkan teringat baru je belajar ilmu dalam zoom Aura Rezeki, ayatnya macam ni,
“Orang yang hidup pada masa lalu, dia akan stress. Orang yang hidup pada masa depan, dia akan bimbang”
Apa yang kakg faham, anak dah terkencing, tilam dah basah – masa lalu yang tak boleh ubah dah.
Kalau kakg pilih marah, aku pun akan stress. Dok mikir nape anak aku ni macam ni eh? Aku tak pandai ajar anak ke?
Kalau fikir masa akan datang pula, macam mana nak bersihkan toto ni eh? Kalau aku bersihkan nanti, jiran nampak, agak agak malu tak ek kalau jiran tau anak dah dekat 6 tahun masih kencing malam? (emosi bimbang)
Marah tu energy negatif. Dia menarik energy negatif yang lain macam stress, kecewa, salahkan diri sendiri, dendam dan seterusnya.
Beza kalau kita mampu hadapi dengan rileks, akan tarik energy kebahagiaan, ketenangan, kesyukuran,
“Oh, anak aku kencing. Tak pelah, tukar je lah toto dulu. Esok pagi settlekan”
“Oh, anak aku kencing, tak pelah. Nak buat macam mana, marah pun bukan boleh kering semula benda ni”
“Oh anak aku kencing, tak pelah. Syukur dia masih boleh kencing. ada org lain tak dapat macam ni”
Bawak jelah anak pi toilet. Sambil dalam hati banyakkan doa,
“RABBI HABLI MINASSOLIHIN”
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (QS. As-Saffat 37: Ayat 100)
Kalau time jirus air garam untuk mandikan anak tu pun boleh baca jugalah ayat ni. InshaaAllah molekul air jadi cantik, serap kat tubuh badan anak melalui liang roma dia. InshaaAllah perkara perkara baik yang akan datang nanti.
Ni doa Nabi Ibrahim As, Nabi yang paling ramai keturunannya jadi Nabi dan Rasul. (orang orang soleh)
DOAKAN ANAK
Daripada marah-marah, baiknya kita doakan. Semoga anak ini jadi anak yang soleh. Banyak cabaran masa jaga dia nak membesar tak pelah. Sabar sikit je.
Orang kata yang jenis masa kecik tak mudah handle, dah besar nanti dialah yang paling membahagiakan.
InshaaAllah.
(Gambar dari group anak sepah apa hari ni? Jangan lupa mandi garam ye maknya. Hahaha)
Anak korang yang nombor berapa paling panjang akal?
Boleh dikatakan roti putih antara makanan yang sentiasa ada di rumah. Apatah lagi anak-anak memang menggemarinya. Jadi tidak hairanlah kita sebagai ibu ayah akan sentiasa membeli roti tidak kira waktu bagi memastikan anak-anak boleh menikmatinya bila terasa lapar.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan notis memperlihatkan kenaikan harga roti berjenama Gardenia.
Rata-rata orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga tersebut apatalh lagi sebelum ini, Gardenia sudah pun menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.
Ternyata ianya bukan khabar angin, dan memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.
Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.
Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.
“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.
Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :
Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.