Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
Ads
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Ads
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Ads
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Mendidik anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam tempoh anak-anak membesar.
Disebabkan cabaran mendidik anak itulah ibu bapa harus tahu cara yang betul untuk mengelak anak buat perangai.
Ada anak yang berkelakuan baik dihadapan orang lain tetapi sebaliknya buat peel bila dengan ibu ayahnya. Inilah yang harus dibimbangkan. Anak tidak menghormati ibu bapa akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.
Sebagaimana perkongsian puan Adlil Rajiah yang terkenal dengan perkongsian parentingnya yang mendapat perhatian ramai. Kali ini dia mengupas hal tingkah laku anak.
Jom ikuti perkongsiannya.
Kat rumah, perangai anak nauzubillahh. Tapi kat sekolah, cikgu puji “budak baik”. Bila dgn kita, susahnyaa anak nak cakap elok2. Tapi bila dgn orang lain, bukan main sopan santun.
Tapi cuba kita tanya diri sendiri— perangai aku kat rumah depan anak2, sama tak dengan perangai aku bila anak2 takde?
Haa terdiam kan. Kenapa bila kat office, kita peramah, chill, mudah senyum, happy go lucky, tapi bila kat rumah— terus jadi pontianak menghantui seluruh kampung.
Kenapa bila bercakap dgn anak dan suami, suara kita kasar, kita cepat melenting, cepat marah. Tapi bila bercakap dgn anak orang lain atau suami orang lain, amboi bukan main baik, sopan santun, lemah gemalai hetikos endang.
Kenapa agaknya kita jadi macam tu? Dan kenapa agaknya anak kita pun macam tu?
Jawapannya simple je—sebab OUR FAMILY IS OUR HOME.
Only with FAMILY, we can feel comfortable and safe to be authentic, to show our true colours. Kita boleh jadi diri sendiri, tanpa sebarang topeng.
So anak2 kita pun sama. Kita parents ni lah “rumah” mereka. The only “place” yang mereka selesa jadi diri sendiri— selesa buat silly jokes, funny faces, selesa lepaskan segala big feelings, jadi vulnerable. . So remember this. You are your kids’ HOME. . It’s okay sekali sekala anak buat perangai. Itu bukti kita masih “rumah” mereka. . Dan tak semua “benda buruk” yang kita nampak pada anak itu benar2 buruk. Sometimes it’s something beautiful kalau kita lihat dengan ilmu dan kematangan emosi. Tak perlu cepat sangat melatah atau label anak macam2. . Sebab tu penting join Masterclass Ibu Bapa Bijak Emosi tu. Supaya kita jadi emotionally matured parents yang mampu besarkan emotionally matured kids. Eh eh sempat promote. . Home is not a place. It’s a feeling. Maka syukuri lah setiap orang yang memberi RASA itu.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Dalam membina sebuah rumah tangga sakinah dan mawaddah sudah tentu cara hidup bertunjangkan kesopanan dan tata tertib yang baik.
Namun sejak akhir-akhir ini segelintir keluarga semakin alpa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang tanpa segan silu memaparkan kehidupan dan pandangan kepada umum tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa kebimbangan terhadap segelintir pasangan suami isteri yang hidup dalam persekitaran urban hingga lupa batas pergaulan dan etika ketika berbicara. Bimbang nanti jejas keharmonian keluarga.
Ikuti lanjut perkongsian wanita ini.
Sebelumnya saya terbaca lalu lalang di wall tentang rancangan temubual beberapa artis lelaki tentang keseronokan babak rogol. Yang berbincang di sana semua suami dan bapak orang. Yang ada isteri. Dan ada anak perempuan.
Tapi tu lah. Orang lelaki ada yang memang otak dia begitu. Lucah memanjang. Kalau tak takdalah pakcik kaki dah reput, gigi tinggal 3 batang pun boleh buat kelakar lagi dengan jiran katil sebelah masa buat senaman.
“Saya ni kaki je tak kuat. Yang lain kuat lagi. Kahkahkahkah!”. Halaaaa…suka sangat. Tu kalau tersedak tu, mahu minta nyawa tu. Tapi yang peliknya bila kita.
Perempuan. Isteri. Ibu. Lalu di wall saya semalam. Seorang perempuan post pada kawannya yang lain. Gambar lelaki. Hanya bertutup daun keladi. Ada banyak gambar. Tapi saya scroll sebelum ternampak yang lebih huduh lagi.
Tak lama selepas kisah minggu lalu. Seorang ibu dan isteri post gambar artis lelaki korea di wallnya dengan emoji love bermata dua.
Tu kisah lepas beberapa bulan KJ dilantik jadi menteri. Bukan sikit ibu dan bini orang post senak dada, berdarah hidung, pecah ovari, tekak berkahak, halkum lekat, buasir.
Satu saja perkara yang boleh terjadi bila kita boleh rasa seronok post dan bercerita benda begini secara umum untuk dilihat orang. Normalisasi.
Bila anggap ia biasa
Kita tak rasa benda tu memalukan. Sedangkan dalam list ‘friend’ kita ada saudara mara, pakcik makcik, ipar duai, tok imam, ketua kampung, mertua, jiran dan mungkin juga anak kita sendiri.
Minat lelaki lain. Cakap benda lucah. Tengok aurat orang. Aurat sendiri juga. Semua benda aib. Yang patut kita malu. Dan kita tak bagi tahu orang. Tapi media sosial buat kita rasa normal benda tu. Semua orang buat. Apa salahnya kita pun buat.
Buat aksi pelik-pelik sebab itu adalah sumber nak bagi laku berniaga. Biasa. Makan dengan suami orang sebab dia kawan yang lama tak jumpa. Biasa. Borak dengan kawan lelaki dalam whatapps sebab dia kawan ofis. Biasa. Puji lelaki lain depan pasangan sendiri. Biasa.
Anak-anak meniru ibu bapa
Biasa yang moga kita tidak lagi biasakan sebab anak-anak kita melihat kebiasaan ibu untuk jadi kebiasaan dia.
Paling sakit bila kita tegur anak-anak tapi anak-anak jawab, “Mak pun sama”. Bila benar ibu adalah ibu, maka dia adalah guru dalam rumahtangga. Kadang asbab dia bukan anak-anak saja, suami pun juga boleh berubah sama. Kalau…
Besar dan kuat pengaruh kredibiliti dia. Sebagai perempuan, isteri, ibu.
3 perkara yang saya perhati bila dipelihara sebaiknya meningkatlah penghormatan diri seseorang wanita walau dia bukan siapa-siapa. Akhlak. Ilmu. Malu. Moga kita lebih bijak seiring usia. Moga kita lebih matang seiring tua.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rata-rata netizen memuji akan kecomelan anak sulung pasangan ini. Malah tak kurang yang mengatakan si kecil ini mirip ayahnya. Tak kurang juga yang mengatakan Rayyan mirip ahli keluarga Elfira.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.