Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

Siapa yang pernah alami kesusahan sudah tentu akan faham betapa deritanya hidup dan akan beringat apabila sudah senang.

Nyata kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala.

Kisah tragis hidup wanita berhati wajar ini sungguh inspirasi. Dulu,ibu kepada lapan orang anak ini pernah mengalami ketekanan hidup hingga tahap cuba membunuh diri dan anak-anaknya.

Kini dia mampu tersenyum setelah kehidupannya kembali bersinar setelah memiliki 12 ekar ladang daun pandan. Semua ini hasil kekuatan dan semangat yang tinggi untuk bangkit demi anak-anaknya.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menerusi perkongsian yang dipaparkan di akaun tiktok milik thesafiyya.co telah meraih perhatian ramai warga maya. Ramai yang menitiskan air mata melihat  kehidupan getir yang dilalui wanita ini yang mesra di panggil Kak Kamariah setelah di ceraikan suami.

Kata Kak Kamariah dengan nada sebak setelah suaminya lafaz talak tahun 2000 , dia terpaksa menguruskan anak-anaknya seramai lapan orang.

“Ketika itu anak masih sekolah, Yang sulung baru habis SPM dan paling kecil baru setahun.”

“Saya uruskan anak pergi ulang alik ke sekolah dengan menggunakan motosikal,” katanya dengan nada sebak.”

AYAH BAGI TAPAK RUMAH

Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

Dengan bantuan abang ipar, tapak rumah pemberian ayahnya didirikan pondok kecil yang dijadikan tempat untuk dia dan anak-anak berteduh.

Bagainya biarpun kecil, dia bersyukur dan berasa bahagia dapat tinggal bersama anak-anaknya.

“Akak bahagia. Kami makan sikit, berkongsi pinggan. Tak ada orang nak marah,” ujarnya.

Namun, katanya perpisahan itu membuatkan hatinya remuk. Tambahan pula dengan anak yang ramai. Tambahnya lagi jika tiada makanan itu perkara biasa buat keluarganya.

LETAK RACUN DALAM NASI, MAK PENGSAN TERKEJUT

Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

Bagaimanapun, sekuat mana hatinya, kadang kala, jiwanya lemah melihat kepayahan hidupnya.

IKLAN

Sehinggalah pada suatu hari, dia tekad untuk mengambil keputusan untuk membunuh diri dan anak-anak dengan meletakkan racun dalam nasi.

“Balik dari cari pucuk ubi, daun pandan dan kangkung, anak menangis. Dah bagi susu. Akak pandang beras. Ada satu pot lagi. Dalam fikiran masa tu, akan aku bunh anak termasuk diri aku sendiri.

“Biar mati sama-sama. Entah macam mana mak datang. Akak tengah tuang racun dalam periuk nasi. Mak sampai, dia suruh mengucap dan ingat tuhan.”

“Akak cakap tak nampak apa dah dalam hidup. Hidup ini dah hitam. Mak ambil nasi tu dan buang. Mak peluk dan kata ingat tuhan. Solat dan berdoa bukan buat macam ni.”

Mak menangis dan pengsan lihat saya nak bagi cucunya makan racun.” luahnya dalam nada bergetar menahan tangisan.

 

HIDUP KEMBALI BERSINAR

Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

Hidup manusia ini bagaikan sebuah pusingan roda, dahulu di bawah, kini berada di atas. Begitulah juga dengan Kamariah.

Katanya tuhan itu Maha Kaya. Jika dahulu hidupnya susah, sekarang sebaliknya. Mengimbau detik  menjadi pengusaha ladang pandan, katanya, adalah pertolongan individu yang simpati dengan kesusahannya yang menunjukan arah untuk mengusahakan tanaman.

IKLAN

Menerusi bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia, Kamariah berkata dia telah memohon pinjaman RM50,000 untuk membeli kelengkapan dan urusan penanaman pandan. Katanya ketika itu dia sewa empat ekar tanah atas tanah orang lain.

Siapa sangka dengan berkat kesungguhannya itu, dia kini berjaya memiliki 12 ekar tanah tanaman daun pandan. Malah katanya purata pendapatan kasar sebulan adalah RM50,000!

“Alhandullillah syukur kepada Allah buat pandan dan bisnes lain dengan anak-anak purata kasar RM50,000 sebulan,” ujarnya berasa bertuah turut mendapat sokongan suaminya.

Sempat berpesan, bahawa untuk berjaya jangan mudah putus asas dan sentiasa berdoa.

Kisah yang sungguh inspirasikan kita. Teruskan berjuang untuk kehidupan  yang lebih baik buat diri dan keluarga.

 

@thesafiyya.co Subahanallah..🥺Sebak kisah hidup akak ni & Kagum dengan cara beliau bangkit💪#fyp #fypシ #fypage #seo #womanempowerment #janganputusasa #akutanpacintamu #searchengineoptimization ♬ Bintang di Surga – Noah

WAGANET TITIP DOA DAN SEMANGAT

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan sebak melihat perjuangan wanita ini. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya. Antara komen adalah seperti berikut.

“Hebat ujian akak tp akhirnya dapat hadapi dgn baik.”

“Ya Allah mulianya pengorbanan akak ni, moga ia dikurniakan anak-anak yang soleh Dan solehah yang memimpinnya ke syurga Allah.”

IKLAN

“Kuat semangat akak ni. Tahniah kerana dpt merubah kehidupan yang lebih baik”

“Tahniah akak. Akak dah berjaya dan seorang ibu yang hebat buat anak anak akak. Semoga akak dan anak akak berjaya dunia dan akhirat. Akk saya menitis air mata.”

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Peritnya Hidup Kak Kamariah, Letak Racun Dalam Nasi, Nak Bunuh Anak Dan Diri, Undang Sebak Warganet.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI