Sebenarnya untuk didik anak-anak jadi cemerlang bukan hanya bergantung kepada buku semata-mata sahaja. Ia juga termasuk dengan persekitaran yang berdekatan dengan anak-anak itu.
Begitu juga dengan perkongsian oleh Aishah Kassim melalui paparan Nurul Atikah Moktar yang memaparkan petua mendidik cara mendidik anak-anak yang diajar oleh seorang keturunan cina.
Tips dr seorang Aunty untuk ajar anak… sngt setuju dngn aunty ni.. Kebanyakn point yg sy slalu ajar parents mcm mana nak ajar anak ckp ada disebut oleh aunty ni… 🙂 . Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Ads
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Ads
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Ads
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty. Kredit : Nurul Atika Moktar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kena dengan pengacara, Sherry Al Hadad yang dikenali ramai dan bersahaja apabila mengacarakan sesebuah rancangan sama ada secara Live atau rakaman.
Baru-baru ini beliau telah berkongsi gambar arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad dan arwah ayahnya, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.
Melalui kapsyen yang mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya Sheery telah menarik perhatian rakan artis.
Salam Jumaat semua.Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad. Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun. Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”. Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry cerry lady. btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau.Cicit pun dah ada. Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah.
Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series?
.
3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi.
.
Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas.
.
Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.
.
Turunkan berat badan? Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa ya?
.
Masa awal 20an, makan apa sahaja badan kekal sama. Puncanya metabolisme badan bertukar. Cara tubuh memproses makanan tidak seperti dulu.
.
Namun cara makan kita sama. Selera makin bertambah. Pantang disebut ada restoran baharu dan sedap, pasti kita melanda ke situ.
.
Apabila usia meningkat, tubuh kita menuntut perubahan. Langkah-langkah berikut boleh elakkan kita menjadi jalur lebar:
.
Amalkan K.E.R.A.S:
.
1. K = Kalori rendah Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.
.
2. E = Elakkan makan selepas maghrib. Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.
.
3. R = Rancang apa yang mahu dimakan. Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.
.
4. A = Amalkan pengambilan makanan segar. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran
.
5. S = Senaman ini wajib. Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.
.
Walau berapapun usia kita. Apapun jantina kita. Tips K.E.R.A.S boleh membantu.
.
#DrOtak
#Nueroversiti
#cocoOCOC
Sumber: FB Dr Rizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di media sosial suatu ketika dulu apabila seorang murid yang ditampar beberapa kali di pipi oleh seorang guru akibat kesalahan yang dilakukan. Perkongsian itu telah membimbangkan ibu bapa. Persoalannya, adakah cara tamparan itu boleh menjejaskan pendengaran murid itu dari sudut perubatan. Ikuti kupasan oleh, Dr Ezairy M.Sallih, Pegawai Perubatan Sarjana, Pembedahan telinga, hidung, tekak, kepala & leher, (Otorhinolaryngology, Head & Neck Surgery), Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Apabila mana-mana pesakit atau kanak-kanak mengalami trauma akibat hentakan, kecederaan atau terjatuh di mana-mana dan ianya melibatkan kawasan di sekitar muka, kepala dan telinga, sudah tentunya ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada sturktur di dalam telinga juga. Perkara seperti ini tidak boleh sama sekali dibiarkan begitu sahaja. Mengapa? Saya akan jelaskan satu persatu.
Apabila saya mendapat kes rujukan yang melibatkan masalah pendengaran akibat kecederaan seperti ditampar atau terjatuh, perkara pertama perlu dilakukan adalah bertanya kepada pesakit, “bagaimana pendengaran mereka? Adakah ada perbezaan sebelum dan selepas insiden berlaku?”
Ini penting bagi doktor mengenal pasti sama ada kecederaan yang dialami telah memberi kesan kepada pendengaran pesakit atau pun tidak.
Saya berasa amat sedih kerana ada juga di antara ibu bapa dan pesakit sendiri yang mengambil remeh perkara seperti ini. Ada kes di mana kejadian sepeti ini berlaku selama berminggu-minggu sehingga ada yang berbulan-bulan lamanya sebelum mereka membawa berjumpa doktor. Ia sudah terlambat!
Berjumpa pakar perubatan
Gambar hiasan
Sekiranya pesakit mengadu masalah pendengaran selepas ditampar, mengalami kemalangan, terjatuh dan sebagainya, maka beberapa struktur di dalam telinga perlu diperiksa oleh doktor untuk mengenal pasti apa-apa kecederaan yang berlaku. Ada kecederaan yang hanya melibatkan bahagian luar sahaja, dan tidak melibatkan organ di bahagian lebih dalam.
Saya akan menggunakan alat seperti otoscope untuk memeriksa dengan lebih terperinci apa masalah yang ada pada dalam telinga pesakit. Selain daripada kecederaan di bahagian luar, trauma serta kecederaan yang kuat juga boleh mengakibatkan luka pada salur luar telinga pesakit. Darah yang terkumpul di kawasan ini boleh mengeras dan akhirnya mengakibatkan pesakit berasa tidak dengar. Ini amat membimbangkan pesakit. Bahkan untuk kes yang lebih teruk, ia boleh mengakibatkan kebocoran kepada gegendang telinga pesakit!
Kenal pasti kesan tamparan
Ada beberapa keadaan di mana ibu bapa boleh mengenalpasti bahawa kesan tamparan mungkin telah menyebabkan kebocoran dan luka pada gegendang telinga pesakit.
Lihat beberapa keadaan ini :
Pesakit mengalami kurang pendengaran selepas kejadian berlaku. Ada pesakit mungkin mengalami telinga seperti ‘block’ atau berdesing tanpa henti.
Cecair yang keluar daripada salur telinga. Dimulai dengan darah akibat luka yang berlaku. Apabila jangkitan berlaku dan tidak mendapat rawatan sewajarnya bersama doktor, ia boleh mengakibatkan cecair seperti kekuningan selepas beberapa minggu kemudiannya.
Apa pula kesannya kepada anak-anak? Adakah ia boleh memberi outcome negatif kepada mereka? Ini yang amat membimbangkan saya, kerana ia bukan sahaja memberi kesan untuk jangka masa pendek, tetapi boleh juga memberi impak yang buruk untuk masa yang akan datang. Ia boleh memberi masalah untuk jangka masa panjang!
Untuk kes yang tidak mendapat rawatan serta pemeriksaan awal bersama doktor, ia boleh menyebakan kes ini terbiar begitu sahaja ‘neglected case’. Pesakit atau ibu bapa sendiri mungkin juga tidak mengetahui bahawa anak mereka sebenarnya mengalami masalah pendengaran. Da juga kes di mana pesakit itu sendiri tidak menyedarinya atau mungkin mereka sedar tetapi terlalu takut untuk memberitahu kepada ibu bapa.
Implikasi kepada anak
Sedarlah ibu-ibu dan bapa-bapa semua, jika masalah ini tidak ditangani awal dan sebenarnya anak kita sedang mengalami masalah kebocoran pada gegendang telinga, ia akan boleh mengganggu pembelajaran dan perkembangan akademik anak-anak kita.
Lihat beberapa implikasi buruk yang boleh berlaku:
Anak-anak yang mengalami masalah pendengaran tidak akan dapat menumpukan perhatian penuh di dalam kelas. Cenderung untuk memandang mudah apa yang diberitahu semasa sesi pembelajaran. Bukan kerana mereka malas, tetapi mereka sukar untuk menangkap kesemua yang diajar di kelas.
Pesakit juga akan kerap mengalami masalah jangkitan pada telinga. Setiap minggu atau setiap hari pasti ada cecair keluar daripada telinga. Ada kalanya mengeluarkan bau yang busuk apabila jangkitan telah berlaku. Mengapa ini berlaku? Ini boleh berlaku apabila anak mengalami kebocoran pada gegendang telinga dan mudah mengalami jangkitan pada telinga luar dan bahagian tengah.
Akibat masalah jangkitan pada telinga, kerap juga mengalami selesema dan demam, anak-anak lebih kerap jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah. Untuk jangka masa panjang ia akan memberi kesan tidak baik kepada akademik anak-anak kita.
Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, perkara-perkara seperti ini amat perlu diberi perhatian oleh kita. Bukan untuk kita sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah demi masa depan anak-anak kita. Jika anak-anak kita mengalami apa-apa kecederaan di kawasan muka, kepala dan telinga, perhatikan beberapa simptom yang saya sebutkan sebelum ini. Segala masalah akan lebih mudah ditangani jika dikenal pasti pada peringkat awal.
Sumber: Majalah Keluarga isu Sept-October 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di