Anak lelaki sememangnya perlu paling rapat dengan ibunya. Malah keakraban ini bagi membentuk peribadi anak lelaki itu sendiri.
Paling penting anak lelaki penuh dengan sifat penyayang dan tahu menghargai wanita di sekelilingnya.
Dengarkan perkongsian dan tip dari Dr Redza Zainol akan hubungan yang perlu dibina ini.
1. Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “self image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
Ads
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
Ads
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih saying dan kelembutan Ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
-Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan priority dari ibunya.
Ads
-Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau Panjang yang realistic.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
-Lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
-Barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada?
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Baik dari segi keperluan dan juga pendidikan. Begitu juga dengan bab pengasuh, mendengar dan melihat kes-kes yang membabitkan anak didera pengasuh dan sebagainya membuatkan ada ibu bapa bimbang dan memilih untuk menjaga sendiri.
Kerana itu, ada yang berkorban sanggup berhenti kerja demi anak-anak. Bukan hanya berlaku pada orang biasa, bahkan ada antara selebriti di negara ini yang memilih jalan yang sama.
Demikian juga dengan pendekatan yang cuba di ambil pelakon dan pelawak, Abam Bocey. Dia mengakui ada meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.
“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.
“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.
“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.
“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.
Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini. Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi.
Ayuh kita selami kisah suka duka hidup di dunia ini.
Bismillah..
2 Disember 2018
Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yg sentiasa disisi.
Pukul 4 pagi Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dlm 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.
Pukul 7 pagi. Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.
Pukul 1130pagi
Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor.
Pukul 1230tghari Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.
Pukul 5 petang Orang tak henti2 melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit.
Pukul 8malam Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tk rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.
3 Disember 2018 Pukul 1.17 pagi Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apelah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang ckp dgn ibu, nicu call nak jmpa ibu. Then i know Maryam dengar ape ibu ckp kan.
Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wire yg berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dgn ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh.
3.35 pagi Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan Anak dah takde puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Tq Maryam utk 24jam yg ada. @ Hospital Besar Melaka
Meninjau perkongsian terdahulu, ibu cekal ini juga ada muat naik apa yang dirasai dan dilaluinya bertarikh 12. 11 yang lalu. Setiap baris ayat memberi rasa yang sayu buat yang membacanya, apatah lagi buat yang menanggungnya.
Lebih kurang sebulan dah ibu ayah tahu keadaan awak kat dalam tu sayang. Tapi anak ibu masih bertahan. Kuatnya dia.
Lepas jumpa pakar lagi harini, keadaan awak tetap sama. Bengkak makin besar dalam perut awak. Air ketuban langsung takda. Tapi anak ibu tetap aktif jgk.
Tadi doc consult lagi. Kalini ibu kalah. Ibu nangis. Doc nasihat, ibu dgn ayah kena lebih bersedia. Kena redha dari sekarang. Ibu ayah kena kuat. Peratus utk awak hidup mmg tipis. Tapi ini semua kan kuasa Allah. Dia lebih mengetahui.
Untuk sampai ke tahap ni sayang, ibu dah redha dah. Tak pernah ibu rasa penat / menyesal ada awk dekat dalam ni. Tak pernah ada rasa marah sebab jadi semua ni. Tak pernah salahkan sesiapa. mungkin ini cara Allah hapus dosa ibu ayah yang dulu. Mana tahu kan?
Lagi sekali, ibu memang dah redha. Ibu tawakal utk apa yg akan jadi lepas ni. Kita rehat je dulu. Hargai masa yang ada. Selagi awak ada kat dalam ibu dah cukup bahagia dah. Banyak lagi perkara yg patut ibu syukurkan. Salah satunya, dapat suami yang sangat penyabar, sokong ibu tak kira masa.
And ayah sentiasa ada utk ibu. Tak pernah sikit pun dia mengeluh kena ulang alik hosp ni. Tq abang @ifwatishak ❤️ ada mak yg sentiasa doakan utk ibu. Ada mertua yg sgt penyayang. Ade family yg sentiasa support ibu utk kuat. Ada kawan kerja yang sgt memahami. Cukup semuanya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.
Itulah perkongsian yang dimuatnaik isteri kesayangan Datuk Seri Khalid ini menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, penyanyi berkongsi beberapa keping foto momen bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ketika memgunjungi Taman KLCC. Tampak begitu riang sambil berbarin di atas rumput taman sambil bergelak ketawa.
“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dll.
“Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam.
“Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam.
“Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedunia.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.