Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Pempengaruh dan juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang bergelar ibu tunggal selama 7 tahun akhirnya kembali bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Fuad Hashim semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata itu memuat naik sekeping gambar sambil memegang lengan suaminya dengan kapsyen memberitahu sudah berkahwin.
Menerusi hantaran pendek itu Farah memaklumkan sudah pun bernikah dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim.
“Okay done kahwin lagi sekali. 05.01.24,” tulis Farah cukup ringkas.
Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga para pengikutnya di media sosial apabila teruja melihat pempengaruh itu kembali bergelar isteri.
Walaupun belum mendedahkan wajah jejaka yang berjaya menambat hatinya, namun kebanyakan warganet tumpang gembira serta mendoakan agar pasangan berkenaan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Terdahulu, Farah Lee pernah mendirikan rumahtangga bersama pengacara, Ally Iskandar. Pasangan ini bagaimanapun berpisah pada 7 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kreativiti si ayah ni DIY atau buat sendiri kitchen kabinet mainan untuk anak-anak perempuannya. Memandangkan kini semua dalam proses total lockdown dan anak-anak juga tidak bersekolah, jadi masa lebih banyak dihabiskan di rumah.
Justeru, dengan kreativiti dan kemahiran sebagai arkitek, lelaki ini menggunakan bahan-bahan terpakai untuk merealisasikan impian anak-anak nya untuk memiliki kitchen kabinet sendiri.
Perkongsian ini dimuat naik oleh saudara Ahmadsyafii’ei Abdul Kudos menerusi facebooknya. Memang kreatif dan cantik, nampak seperti kabinet betul.