Bila sebut tentang kanak-kanak, dah terbayang bagaimana aktifnya mereka di usia yang serba ingin tahu dan dalam proses pembelajaran tentang dunia sekeliling.
Dek kerana terlalu aktif dan jauh dari pantauan ibu ayah kadangkala boleh mengakibatkan mereka ditimpa kemalangan kecil misalnya jatuh, terhantuk dan sebagainya.
Bila cakap pasal jatuh, kadang kita nampak macam biasa je di tubuh badan anak, tapi ibu ayah jangan lalai. Kenali tanda-tanda yang mungkin akan beri kesan buruk pada anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini. Jom sama-sama kita take note ok!
“Anak saya jatuh dari stroller. Lepas tu dia nangis tak henti-henti,” kata si ibu dalam keadaan panik.
Anak dia yang berumur sekitar setahun, jatuh dari stroller, kemudian menangis tak henti-henti walaupun dah dipujuk oleh si emak. Bila saya lihat sahaja keadaan bayi itu, terus saya gemuruh.
Ketika saya sentuh dan periksa, ternyata apa yang saya khuatiri berlaku sememangnya sedang terjadi. Otot lehernya mengeras, tangan melurus, dan kakinya melunjur. Allahu!
Ini tandanya bayi ni mula mengalami sawan, dan itu bermakna telah berlaku kecederaan otak. Ada beberapa lagi tanda saya kena periksa. Ibubapa perlu buat perkara yang sama jika anak jatuh.
Ads
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
Ads
5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
Ads
Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.
Oh ya! Bayi yang sawan tadi saya stabilkan kondisi dia, dan panggil ambulans untuk bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tip Kesihatan & Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari,ada sahaja video mahupun gambar mangsa terperangkap didalam banjir dikongsikan di media sosial.
Ini membuatkan warganet yang melihat berasa pilu dan sebak lebih-lebih lagi banyak video tular melibatkan anak-anak.
Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.
Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.
Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.
Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.
Perkongsian yang dimuatnaik @tutynooramalina itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh ibu berkenaan.
Begitu pun video yang dikongsikan itu tidak sepenuhnya membuatkan ramai tidak berpuas hati. Ini penjelasan pemilik video berkenaan.
Hati mana tak luluh, jiwa mana tak pilu bila insan yang disayang hdup bersama belasan tahun kini pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya dalam keadaan yang mengejutkan. Namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan reda. Apa yang menyentuh hai bila mana dia memaafkan si pelaku. Itulah yang dikongsikan oleh Siti Nabyelah Ithinin menerusi laman facebook, apabila pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.
Suasana pilu menyelubungi pertemuan tersebut, lebih-lebih lagi mereka berpelukan dan masing-masing tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalrkan air mata. “Ini ka yang melanggar tu?”
“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”
“Bukan juga sengaja bah tu…” Seketika ibu saya mencelah.
Dengan tenang pakcik berkata “Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”
Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras. Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.
“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “ Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..” Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.
Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu.. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya.
Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.