Tidak dinafikan kebiasaannya anak-anak yang masih kecil memang sangat rapat dengan ibunya, bagai tidak boleh dipisahkan. Kemana sahaja ibunya berada, di situlah anak ini akan ada di sisi.  Ini kerana hubungan yang istimewa ini telah terbina sejak anak berada di dalam kandungan lagi. Jadi tidak hairanlah anak ini akan ‘berkepit’ sahaja dengan ibunya.

Namun andai dipisahkan tentu sahaja anak ini akan sedih, menangis dan meraung. Apatah lagi bila melihat ibunya terpaksa dipisahkan dan dibawa pergi dengan menaiki ambulans akibat positif Covid-19.

Berdepan dengan senario memilukan itu, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin dan pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkongsi pengalaman di Harian Metro.

“Anak kecil menangis dan menghalang untuk mengambil ibunya antara kenangan yang menyayat hati saya pernah lalui semasa mengendalikan pesakit Covid-19 kritikal,” kata Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin mengenai pengalamannya menjadi orang pertama yang menjemput pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin.

Menceritakan pengalamannya itu, Ahmad Azim berkata, apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku pada Hari Raya pertama Aidilfitri.

“Kejadian ini berlaku di kawasan Salak Tinggi, Sepang. Ayah dan ibu (anak itu) positif, manakala tiga lagi anaknya masih dalam pemantauan.

IKLAN

“Ketika saya tiba di rumah terbabit, wanita berkenaan berada di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan tidak bermaya.

“Disebabkan kesihatan wanita terbabit yang semakin teruk, kita terpaksa mengambil keputusan untuk membawanya ke wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Azim berkata, pada ketika itu, anak-anak wanita berkenaan mulai menangis sambil memanggil ibunya serta menghalang petugas kesihatan membawa wanita itu ke hospital.

“Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal selepas ayah kanak-kanak berkenaan menenangkan keadaan. Ayahnya yang positif itu masih menjalani kuarantin di rumah serta menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk dibawa ke pusat kuarantin,” katanya.

IKLAN
“Anak Meraung & Halang Untuk Ambil Ibunya. Itu Detik Yang Menyayat Hati” Frontliners Ni Kongsi Pengalaman Jemput Pesakit Covid-19 Di Rumah!
Foto : H.Metro

Bagi rakannya, pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkata, walaupun penularan Covid-19 sudah setahun, namun perasaan sedih setiap kali mengambil pesakit itu sama seperti pertama kali.

Menurutnya, perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan terutamanya apabila melihat pesakit terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing.

Muhammad Faris berkata, kebanyakan pesakit yang menjangkiti virus berkenaan adalah warga emas serta ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.

“Kebanyakan kes membabitkan warga emas, suami dijangkiti, manakala isterinya pula tidak (dijangkiti). Apabila dah biasa duduk bersama, sudah pasti rasa kehilangan bila salah seorang tiada di sisi.

IKLAN

“Disebabkan, suaminya dijangkiti Covid-19 dan mempunyai masalah jantung, kita tiada pilihan lain selain membawa pesakit untuk segera menerima rawatan,” katanya.

Muhammad Faris berkata, ramai yang menganggap penularan Covid-19 itu satu perkara biasa sehingga mengatakan angka harian yang ditunjukkan setiap hari itu cuma wayang.

“Tetapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kenyataan dan bukannya untuk menakutkan orang ramai,” katanya.

Sumber : H.Metro 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI